Sunday, 27 February 2011

Leeds

Hujung minggu bebaru ini kami ke Leeds. Tujuan adalah untuk membantu kawan menghantar barang kepada kawannya. Sambil-sambil, pergi ke kedai nasi beriani best (orang reccomend kan) dan shopping pinggan mangkuk. Biasalah wanita, tak boleh dipisahkan dengan membeli-belah. Kununnya niat di dalam hati, nak berkunjung semata-mata tanpa membeli apa-apa. Tetapi memandangkan memikirkan duit minyak dan masa (3 jam wo nak sampai) ke sini, berbaloi lah untuk membeli (alasan tak boleh 'blah').


Kedai runcit dan makanan di Bradford

'Eat in' di Pakeeza

Kami berempat dengan kawan kepada kawan

Berposing di persekitaran Leeds University
(taktahu la pulak mana bangunan utama)



Membeli belah di Day2Day

Singgah pekena kopi 'kaw' sebelum tolak pulang

Pergi dan balik hari. Alhamdulilah, lega rasanya dapat menyelesaikan masalah dan urusan kawan. Semoga dapat berkunjung lagi ke Leeds kerana tak sempat nak jumpa rakan-rakan senegeri yang ada di Leeds University.

p/s: hari minggu berlalu begitu saja :(

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...