Tuesday, 8 February 2011

Kami kena halau

Beta kena halau. Beta kena halau bersama kawan beta. Huhu!

Alkesahnya, pagi ini sewaktu datang sekolah, masuk bilik siswazah kami, saya selamba said Hi, how are you. Kemudian duduk mengadap computer berejam tak sedar. Kawan sebilik, Hanna membuka tingkap katanya, 'sejuk, saya bukak tingkap, ada sesuatu, orang buat kerja bla bla', dia jelaskan secara laju kerana sedang asyik membuat statistik. Saya mengiyakan saja walaupun tak berapa paham. Kemudian, dia melihat saya menyarungkan kembali jacket, dia terus tutup tingkap dan pintu dibuka (saya masih lagi tidak tahu menahu kenapa dia nak buka pintu, mungkin dia nak angin luar).

Tiba-tiba, seorang pensyarah lalu dan tegur. Saya masih tidak paham apa yang berlaku. Apabila saya berpaling, melihat keadaan bilik, bilik kami dalam keadaan berhabuk, foggy gitu, macam seolah-olah ada asap kebakaran. Hairan! Memang ignorant betul lah saya. Hanna kata itu kelihatan since awal pagi. Pensyarah tersebut memanggil technician. Dia pun cuba menghidu2 tapi tiada bau pelik. Bukan gas katanya. Kemudian technician yang lebih tinggi pangkatnya pula dipanggil, dia kata mungkin asbestos (tiles lantai semua diperbuat daripada asbestos) kerana mereka sedang membersihkannya di tingkat atas. Dia buka bilik sebelah, lebih dasyat keadaannya, memang berkabus dengan debu.

Dia segera menyuruh kami jangan masuk bilik. Tapi kami tutup hidung, mengemas barang dan menutup computer dan terus BLAH. Dia kata jangan masuk sehingga segalanya selesai.

Harap bukan asbestos. Harap sekadar debu dinding atau debu kotor. Kalau bilik itu dikuarantin, di mana saya nak buat kerja atau melepak? Takkan di lab yang basah dan bau hanyir itu? Uwak! Library tinggalan pun sedang direnovate sekarang ini. Uwak lagi!

Seolah-olah begini keadaannya
google.com

p/s: memacam perihal office saya ni kan!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...