Friday, 11 February 2011

Gilakan lemon


Mohon dari google.com

Oh saya gilakan lemon kini. Tapi orang kata lemon atau air limau nipis untuk kuruskan badan. Saya tahu lemon untuk sedapkan lauk sardin, mencuci kotoran serta mewangikan dalam rumah.

Pada awalnya saya membaca blog Hanis Zalikha dan ibunya, yang sibuk lah bercerita mengenai eloknya buah lemon. Kemudian beberapa ketika selepas itu, terbaca pula di blog taktahu nama apa tapi dia cantik mengenai cara-cara berdetox. Salah satu yang paling saya ingat atau yang paling senang sebenarnya, minum air suam yang diletakkan sehiris dua buah lemon sebagai pemula hari. Kemudian diikuti dengan cara-cara lain dalam tempoh seminggu. Meaning, no oily and fatty bum bum foods, no caffeine or such (sugar), eat more on fresh veggies and fruits, fasting, drink a lot lot of water.

Tapi saya hanya follow yang pertama-tama, iaitu minum air lemon di pepagi subuh hari, not lemonade, sebab lemonade ada gula. Hari-hari minum. BUT, tak tercapai lar tujuan detoxnya sebab saya minum juga coffee. Muahaha! Saya cuma pikir saya mahu detox caffein dari body. Tak mencapai tujuan lah kalau selang hari pergi teguk coffee di kedai kopi dan makanan manisan omputihs (add more gula to body).

Tetapi, saya dapat rasakan diri saya lebih ringan kerana proses pencernaan yang lebih baik. Terjumpa di web mengatakan bahawa, air lemon ini bagus untuk perut - nausea, heartburn, parasites and helps bowels to remove wastes efficiently. Untuk kulit pula, lemon memberi kesan dalam melambatkan proses penuaan - hilangkan kedutan dan juga blackheads. Jerawat pun boleh dikurangkan bila ada vitamin C (dan juga zink). Teringat pula pernah mencuci muka dengan limau nipis dulu kerana ikutkan petua untuk hilangkan jerawat. PEDIHSSSS!!

Selepas gilakan green tea, gilakan lemon pula kini. Encik suami memang tidak pernah sukakan kemasaman, tapi saya paksa juga dia minum air lemon sekali sekala untuk detox body. Sebenarnya pelbagai cara untuk detoxkan body, just google it. Atau tak perlu detox pun, cuma amalkan memakan sayuran dan buahan segar dan kurang minyak, daging, lemak, kolesterol jahat pada jantung, karbohidrat yang sedang-sedang, semua secara seimbang sudah cukup, air banyak cuci buah pinggang. Paling mudah, pengamalan puasa sunat setiap minggu yang mana puasa memang dah sahih diketahui sebagai cara menyahkan toksin dari badan yang terbaik.

p/s: Yang baik itu lah yang susah diamalkan

Kopi kampung omputis + Scones = Ngam!

4 comments:

Hanis MY said...

wah bestnya kalau hanis g sana sila paksa hanis minum lemon gak eh (ceh ngada) pastu silalah bawa pergi minum kopi dangdut eh silap kopi kampung itew me likeee coffee...

blog-tips-kurus said...

(me like mocha & neslo! yami!!)
jap lagi nak minum air jarang + limau. limau + madu pon best!!

* pernah makan ikan ayam??

Ein Auzai'y said...

wah sedapnyer..terliur dibuat nyer....selalu pakai lemon untuk bake cheese cake....salam maulidur rasul andperkenalan..kembal melawat di blog...

fara said...

hanis: wah wah..pasti.. memang best kalau bawak coffee lover jalan2 makan2.

blog tip kurus: ikan ayam? ikan yang rasa cam ayam ke? hik

ein: terima kasih, salam perkenalan jua..blog anda akan dikunjung nanti, pasti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...