Friday, 18 February 2011

Comelnya berbaju kurung



Puan Hanis sudah men-tag saya. Susah juga rupanya nak mencari gambo berbaju kurung. Baru sedar yang tak banyak sangat saya berbaju kurung. Kalau ada pun, tak nampak sepenuhnya. Rupa sekerat kepala sahaja. Cemane nak masuk contest berbaju kurung kalau ada gambar bertudung-kunun-berbaju-kurung. Setelah korek-korek album zaman dulu kala (sewaktu masih bergelar pengantin baru), baru lah jumpa sekeping yang memenuhi syarat 'berbaju kurung'.


Ini adalah syarat-syarat peraduan 'comelnya berbaju kurung' daripada blog cik adik ini.

SYARAT-SYARAT

1) Entri contest "Comelnye Berbaju Kurung"
2) Link entri dengan blog
3) Sebab kenapa korang rasa perempuan pakai baju kurung itu comel
4) Letak gambar comel korang tuuu...=)
5) Pendapat tentang baju kurung
6) Jadi follower blog ni
7) Tag 5 orang rakan anda


1) DONE

2) DONE

3) Kenapa saya rasa perempuan comel berbaju kurung? Kerana berbaju kurung lah menunjukkan kesopanan dan keperempuanan melayu terakhir. Baju kemelayuan kita, siapa lagi nak memakainya kalau bukan melayu itu sendiri.

5) Gambar saya berbaju kurung bersama encik suami

Gambar sewaktu menghadiri perkahwinan sepupu di KL. Menumpang pelamin depa lar ni :p

6) Pendapat saya tentang baju kurung: baju yang paling simple dan selesa untuk dibawa kerja atau majlis rasmi. Walaupun ianya simple tapi ianya boleh menampakkan ke-cun-an jika dipakai dengan gaya yang betul. Ditegaskan di sini..dengan gaya yang BETUL. :D

7) DONE

8) Marilah saya tag beberapa kerat kawan yang ada.. huhu

Lya Alias
Noriah Abdullah
Halida

alamak..tu jer kawan saya ada? Aci? Tak cukup syarat dah ni. Takpe lah yer tuan contest? Maafkan saya! :p

Sekian !!

1 comment:

An Aspiring Writer said...

alamak kena tag rupanya! baru perasan ni! sorry na!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...