Thursday, 10 February 2011

Cikkiah ke Porthmadog

Rombongan cik kiah ke Porthmadog dua minggu lepas. Kami komuniti melayu Bangor (bukan semua pun) berduyun-duyun membuat rombongan pergi balik hari ke Porthmadog.
Tujuan?
Bersukaria, belajar fotografi laut pula (asyik ke hutan jer pada musim luruh yang lalu), dan juga menghabiskan masa bersama-sama sebelum keluarga Abang P dan Kak B yang akan pulang for good beberapa bulan lagi (semakin sikit lar keluarga Mesia yang tinggal di sini).

Porthmadog letaknya lebih kurang sejam dari bandar Bangor. Bandar pelabuhan yang kecil dan pada suatu ketika dahulu merupakan kawasan perlombongan dan mengeksport slate ke England. Slate ni batu yang pipih, nipis, biasanya digunakan untuk atap rumah mereka. Yang ada kini cuma keretapi berstim untuk pelancong dan juga suasana bandar di tepi laut. Dan juga kedai makan dan souvenirs yang berderet.

Oleh kerana tujuan bersuka ria, kami terlebih dahulu, berkelah di taman permainan dalam kesejukan 3degC (benches semua kosong sebab takde omputis nak keluar ke taman waktu sejuk2 :p). Memang menggeletar lar pegang sudu dan makan. Tapi kerana lapar, nasi lemak, mee goreng, bihun dan pelbagai kuih-muih lain memang habis dimakan. Fuyo!

Seronok makan bila beramai-ramai. Bila perut dah diisi, kenyang, suka lah hati. Berjalan-jalan lah untuk sesi fotografi. Setelah berfoya-foya di bandar Porthmadog, kami ke Pantai Criccieth untuk fotografi lagi dan mengisi perut kembali dengan dessert omputihs- eskrem!! Sejuk2 pun teringin merasa bila lihat ada pelbagai perisa eskrem dijual. Ini, bila dah kenyang, dah penat, terasa sudah mahu pulang. Hari pun sudah hampir senja, kami pun pulang ke sarang Bangor.

Sebelum sampai di Porthmadog, singgah di sini

Melayu Bangorian

Tuan blogger di nuclear power plant somewhere on the where to Porthmadog

Ahli gedik of the day

Mengalahkan kanak-kanak

Makan dalam sejuk

The steam engine locomotive

Porthmadog town

Sayang tinggi dan anje pendek :p

Trying new photography skill - silouhette (auto saja pun)

Memacam gaya cuba nak jadikan cute silouhette

Haa..inilah kedai eskrem. Laku sangat even in winter

Mine is scoops of coffee and strawberry. What a weird eskrem combination :p

The Criccieth Castle - tak sempat masuk, dah tamat waktu

p/s: Kami warga fotografi di sini, saban minggu ada sahaja photography outing ke sekitar Gwynedd. InsyaAllah ingin diteruskan lagi dan lagi selepas ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...