Tuesday, 15 February 2011

Bangunan kena roboh

Kiriman tuan Dekan hari ini

Sekolah saya ada dua bangunan. Satu si West, satu lagi si Craig. West untuk orang biological oceanography, manakala Craig untuk orang physical oceanography. Nak dijadikan kisah, sebahagian West akan dirobohkan untuk pembinaan bangunan baru. Nak dijadikan kisah juga, bilik siswazah saya dan officemate saya, Hanna terletak di bangunan yang akan dirobohkan itu. Sebaik lah makmal saya tidak dirobohkan. Makmal saya bangunan lain (sebiji jer) di tepian laut sebab guna air laut sepenuhnya untuk eksperimentasi.

Kerja mengubahsuai ini akan dijalankan secara rasminya pada Sept 2011. Tapi bermula pertengahan Mei, kami kena berpindah. Hari ini dapat email, mengatakan bahawa pelajar PhD seramai 24 orang di sebahagian bangunan West ini akan berpindah ke perpustakaan tinggalan. Perpustakaan tersebut akan diubahsuai menjadi office yang luas, ada partition untuk setiap pelajar berserta ruang dapur yang kecil.

Saya selalu sahaja menerima nasib berpindah. Sewaktu zaman kerja, saya dipaksa berpindah dari bangunan FST ke bangunan tinggalan FPE yang menjadi hakmilik FMSM. Itu adalah disebabkan oleh berpindah fakulti. Di sini pula, kena berpindah kerana bangunan bilik hendak dirobohkan lar pulak. Tapi sebaik lah mereka tak menjadikan kami 'homeless' :D

Penempatan baru di kanan gambar

Bakal ditinggalkan

p/s: tidak akan ada bilik sehingga 2 tahun lagi.

2 comments:

blog-tips-kurus said...

cepat amik gambar banyak-banyak sis. kenangan tu.. :-)

fara said...

a'ah kan. tol jugak. tak teringat pasal tu. thanksss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...