Wednesday, 9 February 2011

Ayam kicap lain daripada yang lain


Cuma ingin berceloteh pendek, mengenai resepi ayam kicap yang saya baru belajar. Auntie yang ajar belajar dari Chef Wan. Tapi yummylicious sungguh, lain daripada yang saya biasa masak (tumis dengan halia dan bawang putih sahaja dan letak air, kicap, bawang mayang dan cili, ayam goreng dulu).

Saya rasa lar kan, bila kita menikmati sesuatu makanan dalam keadaan lapar, memang kita akan menikmati makanan itu dengan sepenuhnya, rasa macam sedap sangat dan akan membuatkan kita teringat-ingat lar pendek kata. Tak gitu?

Kami menikmati masakan ini sewaktu berkunjung ke rumah rakan minggu lalu. Ibunya menyediakan juadah nasi minyak dan-dan tu jugak walaupun kami semua baru sahaja pulang dari berhuha-huha di Llandudno. Sambil rehat sambil lepak, kaum wanita berkumpul di dapur dan belajar memasak (sambil bergosip) bersama auntie.

Ayam masak kicap lain daripada yang lain

Bahan:
bawang merah, putih, halia - diblend sekali
kentang dipotong lapan tapi nipis2
beberapa ketul ayam digoreng garam kunyit terlebih dahulu
kicap pekat mee tu
kicap manis
serbuk kari (jangan bancuh dengan air)
sos tomato
minyak biasa dan minyak ghee (saya gantikan dengan butter untuk lebih sihat)
gula
garam

Caranya:

1. Sedikit minyak ghee dan minyak biasa dipanaskan
2. Tumiskan blend bawang sampai wangi
3. Letakkan serbuk kaki sesudu besar, masak sehingga garing2 wangi
4. Letakkan sesudu lebih kurang sos tomato
5. Masukkan kentang potong nipis, goreng sehingga masak
6. Letakkan air secukupnya, kicap pekat sesudu dua, kicap manis
7. Masukkan ayam yang digoreng terlebih dahulu
8. Garam dan gula secukupnya
9. Sebatikan ia dan biar agak mendidih, bolehlah dihidangkan

Sedap dimakan bersama nasi minyak !!! :D

Kami berhuha di Llandudno sebab sambut birthday si gadis

2 comments:

Hanis MY said...

thanks for sharing the recipe..like3...

fara said...

u r most welcome. thanks to chef wan! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...