Friday, 25 February 2011

Alatan baru

Racket cap ayam

Kami setiap minggu akan pergi bermain badminton bersama rakan-rakan Malaysian Bangorian. Presiden kelab memang rajin tolong book kan dewan, sama ada Jumaat malam atau siang Ahad. Tak semua yang join. Siapa yang rajin datang lah. Kanak-kanak pun turut datang (teman ayah or parents) sambil main kejar-kejar belakang court.

Biasanya akan disewa dua court, satu untuk orang terer bermain. Satu lagi untuk 'datin-datin' (gelaran oleh pemain terer), yang bermain ala2 pandai. Boleh lar memukul tapi takde lar ganas macam pemain expert. Bola laju sikit dah tak pandai nak pukul balik. Pastu court yang 'datin-datin' ni mesti main tak kira markah bebetul. Malu je kan? Sampai bila nak pandai kalau macam tu. Tapi yang penting, kami fikir, kejar dan pukul bola, lari-lari, lompat-lompat, keluar peluh = EXERCISE!

Saya memang masuk court 'datin-datin', encik suami lak court orang terer. Sogan den nak masuk court tu sebab kena pantas dan tangkas memukul bola dan smash. Saya, sekali orang smash, dah kelam kelibut nak balas balik. Malu malu malu. Rela bersama 'datin wannabe'. Tapi walaupun saya tak terer, saya bersemangat beli alatan permainan baru. Itu hari kan encik suami dah cerita ke-excite-tan dia beli raket baru. Sekarang giliran saya pula. Mak ai, lepas beli tu terus rasa cam nak pergi book court dan bermain. Tapi melampau lah. Makanya, terpaksalah saya bersabar menunggu hari badminton.

Dalam tak main sangat tu, teringin beg sukan simple ini lar pulak
Teringin je
Dapatkan di Argos

p/s: tak pernah terer bab bersukan

3 comments:

Hanis MY said...

feewiittt dah lama tak main badminton... bagus la fara n hubby ni!

Hanis tag contest kalau sempat buatlah eh sambil2 promot blog fara hehe...tatau dah nk tag sape...

Nor Moscow said...

rajinnya dia..kak nor ni kalau nak strat main mmg liat..tapi kalau dah start main..mmg lupa diri weii..haha..

fara said...

hanis: alamak hanis, fara tak sempat ar contest tu. next time plak yek. tag lar lagi dan lagi. kalau ada masa, boleh jer nak buat.

kak nor: itu lar..fara pun camtu. nak start tu susah. sekali start, rasa cam nak p hari2 tapi takde masa lar plak. hik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...