Sunday, 23 January 2011

Si kucing



Pada beberapa hari minggu yang lalu, ada kucing mengacau kami. Bukan kami tak suka pada kucing tapi kucing itu mengacau kami. Sedang elok menonton tv aka movie, seekor kucing berada di luar tingkap ruang tamu kami. Mengiau tak tentu hala.

Nak kata kami tengah makan ikan, tidaknya. Nak kata kami tengah masak ikan, tidaknya. Nak kata kami biasa baginya makan atau manjakan ia, tidaknya. Dia kucing orang lain, berkolar merah lagi tu. Siap cakar-cakar tingkap.

Kami biarkan saja ia walaupun kesian teramat sebab tak faham dia nak apa. Kami biarkan ia mencakar-cakar tingkap dan mengiau tanpa henti sampai penat. Akhirnya, kami tutup langsir. Mungkin ia blah selepas itu. Oh, si kucing hitam. Hari minggu berikutnya, si kucing hitam sudah tidak kelihatan lagi.

Mengiau tanpa henti

Cakar tanpa henti

Marahkan kami ke?

Seketika sebelum langsir ditarik

2 comments:

azmina ibrahim said...

org tua-tua ckp jgn amek gmbar kucing...nnti pendek umur...betul ke?...ntah2 fara amek gmbar dia...dia da xde (oppss)...hihihihihi..tp sirius...comel jerk kuceng tuh

fara said...

elemek azmina, jangan cakap camtu. nanti fara try cari kucing tu lagi, ada ke tidak kat neighbourhood ni. tapi memang lama tak nampak dah. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...