Thursday, 6 January 2011

Rindu benor

Televisyen itulah

Masuk jer hari sekolah, blog akan dikemaskini jarang-jarang.

Hari-hari amatlah suram (tambah dengan kesuraman cuaca lagi) bila tiadanya siaran televisyen. Buat pengetahuan semua, kami tidak menonton tv sejak dari sebelum Krismas itu hari. Ini adalah disebabkan oleh aerial kami dimasuki air (petikan dari kata-kata tukang baiki tv). Mungkin snow yang lebat itu hari menutupi aerial kami dan mencair dan masuk ke dalam wayar aerial. Bolehkah? Boleh, menurut tukang baiki tv.

Sejak itu hari, kami hanya menonton filem-filem DVD yang kami ada, bukannya sitcom, dokumentari, filem lama berkurun dan berita sensasi lagi terkini daripada siaran televisyen Freeview.

Tapi awal minggu ini, baru sahaja mendapat respons email daripada tuan rumah:
Sorry the problem with the TV has gone on over the Christmas and New Year. We have had a problem getting a cherry picker (a hydraulic lift) No one will go up on the roof without one due to Health and Safety Regulations. However I am assured it will be available towards the end of the week and hopefully it should be fixed then.
Moga-moga begitulah Encik David. Kami dah rindu benor dengan cerita di tv.

Rindu benor!!


p/s: Menghargai perkara-perkara kecil di dalam kehidupan.

2 comments:

An Aspiring Writer said...

oh ya azab tu takde siaran tv!

azrul said...

azab... tapi berakhir jua...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...