Sunday, 23 January 2011

Mendaki Bangor Mountain

Kat KT kami cuma pernah menaiki/daki Bukit Besar. Bukit yang ada tanda 'Allah Selamatkan Terengganu' tu. Penat juga mendaki sampai ke puncak. Memang jalan tar yang curam. Tapi tengok bebudak sekolah rendah dengan penuh tenaga mendakinya. Orang tua pula berlari /jogging mendakinya. Malulah kami yang agak 'remaja' ini. Kami cuma dua kali menaikinya, seterusnya kami cuma berjogging di Pantai Batu Buruk. Lebih landai, lebih rileks. Hehe.

Kat Jepun pula, encik suami mendaki Takao-san. Dia kata memang boleh putus asa lah. Daki bukit yang berejam-rejam, semput tak hingat lah. Tapi kat atas ada kedai makan, katanya.

Kali ini, di bandar ini, di musim peak winter ini (Bulan Januari hingga Mac), kami mendaki Bangor Mountain. Sejuk amat yang mana mulut berasap-asap. Kami mulakan perjalanan lebih kurang 10.30 pagi, dan cuma satu setengah jam kemudian, kami sudah pun pulang.

Tak tinggi sangat tapi pada awalnya memang sangat curam, semput sangat jugalah. Bila sampai saja di puncak, terus terpaku terpesona. Dapat melihat seluruh bandar kecil Bangor dan sebahagian Menai Straits dari atas bukit. Nama sahaja Bangor Mountain tapi sebenarnya ia bukanlah kategori gunung. Ia cuma adalah dataran paling tinggi di bandar Bangor (overlooking lembah Bangor). Bangor membawa maksud benteng (apa yang dibentengkan, tidaklah pula kami mengetahuinya).

Di atas Bangor Mountain tersebut, kami berhenti dari puncak ke puncak. Lebih kurang 3 hentian yang kami terokai. Pada setiap hentian kami tidak berpuas hati dengan pandangan, cuba lagi cari jalan untuk ke puncak tertinggi. Malangnya di puncak tertinggi, pemandangan di tempat tersebut agak mengecewakan. Keadaan yang 'bersepah', mungkin menjadi tempat anak-anak muda berpesta (dengan unggun api segala). Kami tidak langsung mengambil endah perkara tersebut, yang penting tujuan kami adalah:

Terokai dan Fotografi :D

Di atas Bangor Mountain

Bangunan utama universiti kami

Sekolah dia

bandar Bangor

Ops, tak nampak rumah kami dan sekolah si isteri

Kawan yang turut serta

Sudah perjalanan pulang

Tidak kelihatan curam dalam pandangan kamera :p

p/s: Daki gunung yang sebenar, Snowdon Mountain masih belum dilaksanakan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...