Thursday, 13 January 2011

Groceries shopping at Tesco

Sejurus selesai kerja sekolah hari ini, kami ke Tesco untuk membeli-belah barangan dapur. Rasanya sudah agak lama kami tak sakan membeli. Kami kadang-kadang suka memilih hari kerja iaitu di waktu petang atau malam kerana kurang orang. Tapi jika di waktu malam, terima lah nasib kalau banyak barang tidak ada sebab stok baru belum sampai. Biasanya sayur dan juga buah. Kalau waktu pagi, berduyun-duyun orang kejarkan sayur segar dari ladang.

Sebelum sakan membeli, kami singgah di Tesco Cafe untuk pekena kopi dan juga sedikit santapan (macaroni cheese youuuu) bagi mengalas perut (perut betul-betul teralas). Aktiviti petang kami memang suka mengalas perut dengan kopi omputihs. Lepas tu sibuk tak boleh tidur memalam. Siapa suruh minum kopi berkafein lewat-lewat petang ?? Oh ya, kami alas perut sebab takut banyak membeli makanan yang mengarut sebab perut lapar.
Perut lapar + beli + barangan dapur = pembaziran

2 jam meronda Tesco dan pulang dan kembali lapar.

Pencapaian di Tesco: Beli ini sebab saya sebagai chef dapur, ketandusan idea nak bawa apa sebagai bekal ke sekolah. Fajitas segera lar jawabnya.
p/s: Semua barang naik harga. Even recycle bag tesco daripada 9p dah naik jadi 10p.


Suatu hari makan petang/lewat malam di rumah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...