Wednesday, 12 January 2011

Khidmat hantar buku

(entry 2 hari lepas tapi lupa nak publish, boleh?)

Bangunan sekolah saya jaraknya berkilo-kilo metrico dari bandar Bangor yang menempatkan bangunan utama universiti saya (Main Arts namanya). Ini adalah kerana, sekolah saya perlu berada di tepi laut yang indah permai, iaitu Menai Straits. Makanya, sekolah saya teramatlah jauh dengan perpustakaan utama universiti. Ianya agak sukar jika saya memerlukan sebarang buku rujukan atau ingin menghantarnya.

1. Naik kereta ke Bangor semata-mata dua biji buku kemudian berpatah balik ke Menai, kemudian berpatah balik ke Bangor (encik suami).
2. Menaiki bas yang tambangnya £2 sehala ke Bangor! Itu mahal namanya.
3. Pinjaman diperbaharui saja melalui online atau
4. Menggunakan khidmat jasa baik encik suami untuk menghantarkannya.

Saya pilih pilihan ke tiga dan ke empat. Sekolah encik suami memang berada di tengah-tengah pekan Bangor.

Perjalanan dari Main Arts ke Ocean Science

Maaf, peta yang cinonet.
Penghargaan kepada GoogleMaps


Memang adanya perpustakaan mini di sekolah saya ini. Tapi ketika saya mendaftar sebagai pelajar sini, perpustakaan mini tersebut baru sahaja memindahkan kesemua bahan rujukan ke perpustakaan utama. Apakah? Wujudlah perpustakaan mini yang kosong, hanya ada kerusi meja dan menjadi tempat bersantai sewaktu makan tengahari. Pada awalnya masih ada pustakawan yang menjaganya, tetapi semenjak setengah setahun yang lalu, dia sudah 'menghilangkan diri' (khidmatnya sudah tidak diperlukan lagi). Tapi, dia pun tidak ada tugas (nak duduk sosorang) di perpustakaan sepi tersebut.

Oh, itu bukanlah cerita yang ingin saya kisahkan.

Kisahnya adalah saya hanya boleh meminjam buku melalui email. Kemudian nanti ada pihak perpustakaan akan menghantar ke sekolah sini. Saya tidak tahu semudah itu sehinggalah dua hari lepas :p Sebelum itu, sudah beberapa ketika saya menangguhkan diri untuk mencari sendiri buku-buku tersebut.

Hari ini, mendapat email daripada pihak perpustakaan selepas saya memohon meminjam beberapa buku semalam.
Hi,

These books have now been checked out in your name and will be sent over to Vallen in the reception at Ocean Sciences. They should be available by Wednesday.

Please remember to quote your library card number when you make a request.

Regards,
Marc Duggan.

Oh, saya tidak tahu kena bagi library card number. Tapi, khidmatnya efisyen!

Selingan:
Antara yang menarik mengenai buku:

Pokok jadi kertas



Buku biasa bersaing dengan Kindle


Ayahanda saya berpendapat begini


Kena ingat tu!


Selalu terfikir begini di kedai buku/perpustakaan

p/s: Belilah buku pelajaran dengan duit elaun buku :D

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...