Friday, 28 January 2011

INTRUDER ALERT!


Petang semalam, duk asyik mengadap komputer di dalam bilik siswazah, tetiba ada satu orang kunun cam 'serbu' masuk. Takut lah saya sebab saya sosorang. Kawan sebilik perempuan ada kursus di St.Andrews sepanjang minggu. Kawan sebilik lelaki pula memang lebih suka membuat 'writing'nya di rumah, lebih rajin katanya. Memang sengaja saya biarkan pintu bilik kami tidak berkunci, memang kebiasaan begitu.

Saya sangkakan orang itu salah bilik tapi mukanya bukan seperti seorang pelajar. So, saya anggap dia pekerja la apa-apa di fakulti kami ini (mungkin baiki tandas ke, baiki elektrik ke, check paip gas ke). Memacam jer ada kekadang tu.

Seketika kemudian (15-20 min), dia buat-buat salah bilik lagi, tergopoh-gopoh membuka pintu, jenguk kepala, buat-buat hairan, blah. Kedengaran dia ke bilik lain pula. Tapi biasanya di lorong bilik kami tersebut, hanya bilik kami berpenghuni, yang lain cuma lab yang jarang-jarang digunakan. Memang sunyi dan hening jer lorong bilik kami jika dah lewat petang atau hari cuti.

Aih, kali ketiga dia cuba lagi macam tu, saya pun dengan garangnya 'YES??'. Dia kata sorry. Saya dah berdebar kecut perut. Bayangkan pelbagai. Tetiba dia serbu terus masuk, macamana? Dah lah saya sosorang. Dah lah bilik kami ini tidak ada jiran tetangga. Paling dekat, orang di tingkat atas. Ayoyo ma! Kemudian, saya mengunci pintu.

Semalam petang juga, sejam kemudian (sewaktu saya sudah pulang rumah) dapat email daripada pihak sekolah kami yang bertajuk 'INTRUDER ALERT!'

Hi everyone,

The School has been 'visited' by an intruder today who seemed intent on trying door handles and generally nosing around the buildings. We have no idea if this was a 'one-off' or part of a preliminary look around to see what's here.

Please make sure to keep your offices/labs etc locked when you're not there and overnight.

If you see someone suspicious in the School DO NOT approach them on your own. Please
ring 2795 and ask for Security. If two (or more!) people wish to approach a stranger and ask if they need help then this is considered a safe way to handle the situation.

Thanks, David
Aduhai, memang orang asing yang pelik. Entah-entah cubaan mencuri jika tiada siapa di bilik kot. Memang bilik di sini kebanyakan tidak berkunci jika hanya ke tandas atau ke pejabat atas atau memana yang dekat. Takuuuuuuuuuuut. Sebaik tiada apa yang berlaku.

Fuh!

Meja saya di sebelah/belakang pintu

6 comments:

fa10 said...

fuh... nasib baik! hati2 yer..

Ein Auzai'y said...

bahaya jugak kan...take care....salam perkenalan dari ampang....singgah2 ke blog...

fara said...

fa10: yep. alhamdulillah takde apa2, arini sv mintak report ke pihak atasan perkara ni.

ein: thanks. salam kenalan juga!

Mr H said...

Whoa, bahaya tu.. take good care of urself k..

Hanis MY said...

ee scarynyaaa...hati2 yer fara... btw kemasnya meja i likeee...

fara said...

Mr.H: itu lar pasal..bahaya kan!

Hanis: Sure, I will be more hati-hati pasni. Kunci pintu sokmo dah. meja? thanks, buku idokler sentiasa tegak camtu. hik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...