Monday, 24 January 2011

Fussili salmon dengan sos krim putih

Di suatu petang hari sekolah yang hening, encik suami mohon untuk makan pasta.

Isteri : Pasta straight ke kerinting?
Suami : Kerinting.
Isteri : Kuah pasta merah ke putih?
Suami : Putih.
Isteri : Isi daging kisar ke salmon ke udang?
Suami : Salmon.
Isteri : Orait, 'begheh'!

Pasta straight ke kerinting ?
sumber: wikimedia.org

Makanya, si isteri jelas dengan apa yang suami tercayam inginkan, fussili bersama salmon dimasak dengan creamy white sauce. Si isteri belek resepi di internet itu dan ini dan cuba gabungkan supaya tercipta resepi mudah. Tapi nampaknya tidak semudah mana kerana white sauce segera (dalam botol) tiada dalam simpanan stok makanan. Maka, terciptalah:

Bahan-bahannya:
Pasta (fussili atau spagetti)
Olive Oil
Mentega
Susu
Tepung gandum
Hirisan isi salmon
Bawang putih (yang dipotong dadu)
Garam
White/Black pepper
Mixed Spice (rempah ratus yang diserbukkan)
Nutmeg (tak perlu pun tak apa)

Cara-caranya adalah:

1. Pasta dimasak di dalam periuk berisi air mendidih (letakkan air yang baru dimasak dengan kettle, lagi cepat). Letakkan sedikit garam supaya ianya lebih lemak (menurut Jamie Oliver). Juga sedikit butter atau olive oil supaya ia tidak melekat (menurut pesanan bonda Ganu).

2. Di dalam pan pertama, resepi salmonnya. Susu dimasukkan ke dalam pan, dan letakkan salmon di dalamnya. Sertakan juga sedikit serbuk perasa seperti mixed spice dan white pepper (supaya rasanya diserap ke dalam salmon). Bila salmon dah masak (salmon sudah tidak pink dan susu kering), angkat dan hancurkan sedikit.

3. Di dalam pan kedua, sediakan white sauce. Cairkan butter. Masukkan tepung gandum. (sesudu sudah memadai untuk dua orang makan). Kacau biar sekata. Kemudian masukkan susu sedikit demi sedikit (saya tidak menggunakan sukatan, meng-agak mengikut keadaan).

Saya banyakkan susu apabila keadaan terlalu pekat. Masukkan sedikit black pepper dan garam untuk sedikit rasa. Kacau sehingga betul-betul sebati, tidak cair dan tidak pekat.

4. Akhirnya resepi bagi keseluruhan masakan. Saya tumis bawang putih bersama olive oil. Saya masukkan white sauce tadi, salmon yang telah dihancurkan, pasta yang telah ditoskan dan frozen kacang peas. Tabur garam sesedap rasa, mixed spice, black pepper (jika masih belum rasa) dan secuit serbuk nutmeg.

5. SIAP!

p/s: mohon maaf, resepi saya memang tiada sukatan kerana mengikut bisikan hati :P

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...