Thursday, 20 January 2011

Baru tahu

Apa yang baru saya tahu sejak duduk di sini?

1. Saya baru tahu yang UK ini terbahagi kepada England, Wales, Scotland dan Northern Ireland. English, Welsh, Scottish dan Irish. Setiap kawasan itu mempunyai kebudayaan, bahasa, cara mereka tersendiri. Dan cara mereka cakap bahasa omputihs pun memang pelik.

2. Saya baru lebih faham apabila orang cakap omputihs slang British. Kalau tidak, telinga saya hanya biasa dengan bahasa omputihs US, jelas dan mudah difahami. Sekarang, hari-hari dengar omputihs British/English, terasa kekok pula bila mendengar omputihs US bercakap.



3. Bila berjalan, perlu pandang muka omputihs yang kita bertembung. Kekadang mereka suka senyum, say hello dan bercakap mengenai cuaca. Terutamanya warga tua. Terutamanya di kawasan perumahan. Ada jer orang yang tidak bertegur sapa. Ada jer orang yang tidak mesra. Ataupun memang saya bukan muka mesra? :p



4. Bila dah duduk di sini, saya sudah pandai mengawal diri (bersikap cool) apabila bertemu dengan anjing. Kalau tidak, semasa awal-awal sampai, memang mengelak diri habis-habisan daripada si anjing. Kadang-kadang memang anjing mereka bersopan-santun. Kalau yang jenis terlebih kemesraan, saya mengelak diri sedikit dan senyum-senyum. Kalau yang terover dan melampau, encik suami ada sebagai pelindung. Dia memang pandai psycho-kan anjing :D


Kekadang, takut untuk menunjukkan terlalu takut dengan anjing sebab takut tuan mereka tarik muka masam dan menyampah dengan kita. Mereka menatang anjing itu bagaikan anak mereka. Tapi, kebanyakan sudah tahu yang orang bertudung memang elak anjing.

5. Jika cuaca cerah di hari minggu atau hari biasa, memang mereka suka keluar menikmatinya dan berjalan-jalan. Negara ini jarang ada hari cerah. Mereka akan aktif melakukan pelbagai aktiviti riadah (panjat gunung, kayaking, cycling, brisk walking) di hari minggu. Rakan-rakan di sini akan kehairanan jika kita hanya melepak di rumah pada hari minggu.



6. Apabila tibanya Jumaat malam, beramai-ramai mereka berseronak2 di pub dan bermabuk-mabukan.

7. Orang English memang tinggi dan kurus. Orang Welsh pendek dan kurus (kebanyakan)


8. Orang di Bangor ini tidak suka snow.

9. Mereka berdakwah dan mengiklankan aktiviti agama mereka dari pintu ke pintu.

10. Kedai kopi mesti ada pastries, kek, biskut, roti. Semua manis-manis.


Nampaknya itu sahaja idea yang saya terfikir. Mungkin ada tambahan di hari lain.

p/s: Saya kepenatan minda dan tubuh.



3 comments:

Hanis MY said...

teringin nak makan pastry kat situuuuu hehe...fara hebat en hubby leh psiko doggy...tapi anjing pet ni biasanya berjurus kan..tak mcm anjing kg rumah kat mesia...

Dari Kelate Ke Copenhagen said...

Betul3. Kalau anjing terlalu jinak pun susah jugak

fara said...

Hanis: itu lar pasal..hok mesia memang dok juruh. tau menyalak kat orang jer. sebab kat mesia, anjing dibela untuk jaga rumah lar kot kan. kat sini orang bela untuk berkawan.

dari kelate: memang..susah jinak2 ni, asyik nak kita manjakan dia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...