Friday, 31 December 2010

2011 AzrulFara

Menjelangnya tahun baru ini, AzrulFara ada hadiah untuk AzrulFara :D

Kebetulan sebelum Krismas bebaru ini, Tesco Photos membuat promotion untuk kalendar 2011. Kami memilih untuk membuat desktop calendar (lebih kurang £7).

Dapat juga idea untuk membuat kezutan pada orang di Malaysia, iaitu A4 calendar yang boleh digantung di dinding (lebih kurang £10).

Susah juga untuk hanya memilih 13 gambar terbaik daripada sepanjang kenangan 2010. 12 gambar pada setiap helaian bulan berbeza dan satu untuk diletakkan di cover calendar. Kami hanya melakukannya online dan pick up di Tesco terdekat. Siapkannya online pada 19hb Dis, dan pada 24hb kami sudah boleh mengambilnya.

Dari kiri: A4 calendar dan desktop calendar

Susah nak cari desktop calendar di sini. Jika ada, harganya mahal tidak berbaloi tidak munasabah. Maka, apa salahnya kami buat kalendar gambar kami sendiri daripada membeli kalendar mahal yang ada gambar tiada kaitan. Bolehlah kalendar personal kami dibuat kenang-kenangan selain daripada gambar diletak dalam frame. Kan?

January kami

Bulan Ogos bulan raya insyaAllah, maka gambar berbaju raya :D

Paling terbaik antara yang menarik

Paling menarik antara yang menarik


p/s: Kawan kami membuat photo book di PhotoBox. Idea yang marvellous! ;)

Thursday, 30 December 2010

Hadiah untukmu untukku


Hadiah 2010
Ingatan rakan2 dan ibu mertua

Hadiah yang PALING tercinta daripada yang dicintai :D

Hadiah untuk diri sendiri

Beg bunga bunga favourito puan isteri

Lenguh tangan


Sumber gambar dari google.com

Laptop tidak disarankan untuk digunakan dalam keadaan yang lama. Kedudukan mengadap laptop yang tidak betul boleh mengakibatkan sakit leher, tulang belakang dan tangan. Jika ingin membuat kerja yang memerlukan masa yang lama di hadapan komputer, desktop computer adalah lebih sesuai. Semasa saya mengikuti kelas Health and Safety di awal tahun ini, kedudukan badan yang betul untuk menggunakan komputer juga telah diajar.
Postur badan yang tegak, jarak pandangan mata dengan skrin yang betul, kedudukan lutut yang lebih rendah atau sama dengan peha, kedudukan meja yang sama tinggi dengan siku. Semua itu perlu dipastikan ditepati. Kaki pun seharusnya tidak tergantung untuk orang2 pendek seperti Puan Fara. Jika kaki tidak sampai, pastikan ada pelapik. Cahaya pun dititikberatkan di dalam perkara ini iaitu dipastikan tiada silau dari tingkap yang menganggu penglihatan kita terhadap skrin komputer (mungkin ada silau dari arah belakang kita).

Sumber gambar dari google.com

Saya terfikir balik mengenai hal ini kerana sejak dua menjak menggunakan laptop di rumah ini (cuti omputihs ni kan panjang, belum dapat pergi school), pergelangan tangan saya sakit. Agaknya tersalah teknik/postur tangan apabila menggunakan laptop. Tak menyedarinya sampailah dah terasa sakitnya. Takut juga jika ini adalah simptom Carpal Tunnel Syndrome. Nauzubillah..

Tapi simptom utama untuk sakit ini adalah tapak tangan dan jari jemari berasa kebas kerana berkaitan dengan tergeliat atau ter'penyek' urat-urat tangan. Seringkali akan menganggu ketika tidur. Biasanya orang yang biasa melakukan kerja2 teliti yang terlalu banyak dengan menggunakan jari, iaitu menjahit, mengubah/mengukir (itu based daripada pengalaman orang yang pernah mengalaminya). Keadaan kroniknya apabila satu ketika seseorang itu tidak boleh memegang/mengenggam sesuatu. Apabila cuba memegang cawan atau teko, terketar-ketar dan akibatnya, barang dipegang akan terhempas.

Jika ada simptom penyakit ini, boleh diatasi dengan melakukan senaman ringan. Atau jalan akhir, adalah melakukan pembedahan kecil, membetulkan urat tangan tersebut. Namun penyakit ini tiada kaitan dengan tangan/postur badan yang tidak betul sewaktu menggunakan laptop.

Badan tegak, meja disengetkan supaya kedudukan tangan dan mata tengok skrin dengan betul

Wednesday, 29 December 2010

Wordless Wednesday


p/s: Google for the longest place name in Britain

Tuesday, 28 December 2010

Ucapan penghargaan



Thank you sayang cayang bucuk dear soulmate aka roomate aka blog partner ;)

Boxing day at Bangor and Llanduno

Kami ada mood bershopping pada Boxing Day yang lalu kerana dimulakan oleh aura kengkawan kami yang memborong perfumes yang banyakkkkkkk sekali dari Debenhams.

Siapa tak tergoda dengan potongan 50% kan? Kedai dibuka seperti waktu biasa bermula 10 atau 11 am dan tutup jam 4 atau 5 pm. Kami menunggu seawal 9.30 di bandar Bangor tapi hampa lah sebab kedai buka lambat. Setelah bershopping 'ala kadar' di Bangor yang tak meriah, kami ke bandar jiran iaitu Llandudno pula yang sedikit lebih meriah. Tapi shopping 'ala kadar' juga.
Nak ke Outlet Cheshire Oak tapi keadaan malas kami. Sepulangan dari bandar jiran, singgah juga di TkMaxx yang menjual barangan branded pada harga yang murah (barang yang tak habis di butik atau shopping complex lain). Rembat lar juga satu set periuk dapur.

Siapa kata kami tiada mood nak pergi shopping? Haha! :p





p/s: Tempat shopping kegemaran terbaru jatuh kepada Laura Ashley!

Monday, 27 December 2010

Cymru @ Wales


Even after nearly 200 posts inside "From Terengganu to Cymru", I do think that there might be some readers out there don't have a clear understanding of what Cymru is. After all, it has been 1 year and 22 days since I last wrote about what is Cymru (here). Let me elaborate more about Cymru or Wales in this post.

Theoretically there are 4 kingdoms inside United Kingdom. They are the kingdom of England, the kingdom of Wales, the kingdom of Scotland, and the kingdom of Northern Ireland. Even so, all four kingdoms usually omit the use of the word kingdom before the country and just use the country name alone, thus, England, Wales, Scotland, and Northern Ireland. As shown in the image at the start of the post, Wales (marked in light green) is geographically in the middle of all of the United Kingdom.

Each country in UK has their own language, English for England, Welsh for Wales, Gaeilge for Ireland and Scots for Scotland, however all of them can speak English fluently and English is the lingua franca for the whole of UK. In the recent years, Wales has been starting to improve and promote the usage of Welsh language in Wales. This movement have been active in the northern part of Wales where there are now big percentage of Welsh speaking community compared to Southern Wales.

Welsh people has a common surname such as Jones, Williams, Davies, Evans, Thomas, Roberts and Hughes. Another way to spot a Welsh through their name is the usage of double L or double F in their name (e.g. Ffiona, Lloyds, Ffanci, Llyr). Among famous people with Welsh descendants are Catherine-Zeta Jones, Tom Jones, and Andrew Lloyd Webber. (Correct me if I'm wrong)


I think that is enough for now... Maybe I will continue writing about Wales again later (next year?)

Sunday, 26 December 2010

Suka yang ini sahaja

Jom dapatkan vitamin C dan copper!

Bekalan buah yang mesti ada di dapur kami; conference pears dan oranges.

Pears boleh kami dapatkan 67 pence untuk 6 biji di Aldi.

Oranges pun lebih kurang demikian.

Clementines boleh dapatkan untuk 1 pound di Morrisons atau lebih murah berbanding supermarket lain seperti Lidl dan Aldi.


Saturday, 25 December 2010

Sambutan dan Boxing day

Semalam, tanggal 24hb Disember 2010, genap umur saya '21' tahun 2 hari, kekawan buat majlis makan2 dan juga tiup kek untuk diri saya. Seronok pula bila diraikan sebegitu. Makanan pun lazat dan meriah. Ada ayam panggang (cari turkey halal tak jumpa) dan nasi lemak dan kek sedap tentunya.

Hari ini, tanggal 25hb Disember 2010, genap umur saya '21' tahun 3 hari, kawan aka jiran Menai buat majlis makan2 dan sambut hari kelahiran saya. Seronok! Soto simple tapi mengenyangkan dijamu pada tenghari/petang tadi.

Alhamdulillah, rezeki kami dijamu. Moga rezeki mereka dimurahkan sentiasa olehNya. Amin.

Kek sedap, ayam panggang di sebelah kanan, sambal sotong di belakang, rupa coleslaw sedikit di sebelah kiri
(gambar ditaja oleh a*imi)

Tiup lilin yang sengaja tak dicukupi bilangannya
(gambar ditaja oleh a*imi)

Pada hari esok pula, tanggal 26hb Disember 2010, bersempena dengan Boxing day - hari bershopping sakan, kami akan 'terpaksa' bershopping. Kami tiada mood sakan nak bershopping. Tapi oleh kerana kesiankan kekawan yang tidak berkereta dan tidak ke mana pada musim cuti panjang ini, kami pun volunteerkan diri bershopping. Berjumpa mereka di high street Bangor, kemudian ke bandar terdekat yang lebih meriah dengan kedai2 lain untuk sambung membeli-belah.

Boxing Day AzrulFara 2009

Hasil shopping kerana ada mood :D

Bergaya di Bull Ring

p/s: Mungkinkah aura boxing day esok akan mewujudkan mood shopping kami?

Paprik Mudah Untuk Suami

Paprik ayam pesen AzrulFara

Biasanya untuk menu tengahari atau makan malam, saya akan hidangkan sekurang-kurangnya dua masakan, iaitu lauk utama dan juga lauk yang bersayur. Tapi jika saya 'malas', saya cuma masak paprik, kerana ia adalah lauk utama yang bersayur. Lagipun, ini adalah favourito encik suami.

Sewaktu bergelar siswi di universiti dulu, saya suka order nasi putih bersama paprik ayam atau paprik campur. Atau kegemaran saya juga order nasi putih bersama tomyam ayam/campur bersama telur dadar. Mak ai, memang sedap menjilat2 jari. Bukan ke semua orang sukakan menu tersebut? :D

Saya mula mempelajari resepi untuk memasak menu ini daripada sahabat baik saya di universiti dulu, iaitu Cik E. Sekarang sudah bergelar Cikgu E (I miss her so much, nak duduk lepak borak lama2 dengan dia..huhu).

Jom kita belajar resepi Paprik Ayam daripada Cikgu E!

Bahan-bahannya:
Bawang besar mayang, bawang putih mayang, seketul dua cili padi yang diketuk, ayam potong kecil, serai diketuk, daun limau purut, sos tiram, kicap manis, sos cili, sos tomato, sayur kobis bunga, carrot, kacang panjang, baby jagung.

Resepinya:
  1. Tumis bawang besar, bawang putih mayang dan cili padi sehingga wangi.
  2. Kemudian, masukkan ayam, goreng sehingga agak2 masak. Masukkan air (jangan terlalu banyak, ayam dan sayur akan keluarkan air juga).
  3. Letak serai dan daun limau purut (koyakkan dulu supaya keluar baunya).
  4. Jika ayam sudah putih masak, masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap secukup rasa.
  5. Biar mendidih seketika. Kemudian masukkan sayur2nya.
  6. Taburkan garam secukup rasa. Tak perlu serbuk perasa kerana semua sos2 tersebut sudah ada cukup rasa.
  7. Akhir sekali letak sedikit lagi daun limau purut yang dikoyak2 untuk lebih wangi. Terlalu banyak pun tak sedap (saya jarang ada daun limau purut di sini. Maka, pernah saya gunakan kulit buah limau untuk rasa tersebut..menjadi lar juga)
  8. Agak mendidih, sila tutup api dan angkat dan hidang untuk yang tersayang.
  9. Hidang bersama nasi putih panas atau nasi goreng kosong. Oh yummy!!
p/s: Gambar paprik saya di atas tidak cukup sifatnya kerana tidak ada sayur2 seperti yang dicadangkan :p

Friday, 24 December 2010

Burung liar pun nak disuap

Sekali lagi entry mengenai musim sejuk. Tolong, jangan bosan walaupun memang dah nak muntah baca blog entries saya sejak akhir-akhir ini :p

Terbaca daripada BBC News online sebentar tadi mengenai larangan untuk memburu kepada pemegang lesen memburu di musim sejuk sekarang. Musim sejuk begini, orang di sini bukan saja mengambil kisah akan manusia tetapi juga haiwan.

Depa nasihatkan supaya jangan kita lupa pada haiwan seperti serangga dan yang lebih penting, burung kerana katanya sukar bagi mereka ini mencari makanan di dalam keadaan cuaca kritikal begini.

Berkaitan dengan itu, mereka menyatakan mengenai pesanan daripada badan sukarelawan yang bertanggungjawab terhadap burung liar di UK ini, RSPB (Royal Society for the Protection of Birds).

Mereka mencadangkan supaya:
  1. Meletakkan makanan burung secara kerap. Letakkan meja burung dan menggunakan makanan (campuran biji) yang berkalori tinggi. Boleh juga letakkan sisa makanan seperti keju parut, pastri dan oats.
  2. Letakkan pada 'hanging feeders' makanan seperti biji benih bunga matahari atau kacang tidak bergaram.
  3. Pastikan bekalan air sentiasa mencukupi setiap hari. Jangan letak sebarang produk anti-beku di dalam air tersebut.
  4. Letakkan buah-buahan seperti epal atau pear untuk burung spesies thrush (blackbirds, song thrushes)
  5. Gantungkan atau sapukan food bars burung pada batang pokok untuk spesies burung; treecreepers, goldcrests dan lain-lain.
  6. Letakkan kotak sarang untuk burung-burung kecil untuk mereka tinggal. Mereka boleh menggunakannya untuk bertelur di musim biak akan datang.
Inilah contoh tempat untuk burung disediakan oleh kebanyakan orang di sini di dalam taman rumah mereka (best kan boleh tengok burung cute2 datang makan hari2):

Sumber gambar dari google.com:

Birds table

Birds Hanging Feeders (kacang tanah)

Nest Boxes

Birds bath

p/s: lens camera tak cukup panjang untuk mengambil gambar burung

Thursday, 23 December 2010

Alkesah top-up elektrik

Di saat-saat jalan berais ini lar, baru kami tersedar yang elektrik kami hampir habis. Tinggal £5 sahaja. Masak pun kena guna elektrik. Heater for sure lah. Modem yang penting bebenor, lagi lah kan. Memikirkan cuti panjang omputihs sudah tidak lama lagi, maka encik suami bercadang untuk jalan kaki sahaja ke kedai berhampiran.

Menai High Street 1 km dari rumah

Elektrik kami jenis top-up. Rumah di sini ada yang menggunakan elektrik secara bil seperti biasa di Malaysia, ada yang top-up macam mobile network dan ada juga yang masukkan syiling setiap hari seperti telefon awam di Malaysia (unik! biasanya di cottage houses di kawasan pedalaman sikit). Dan ada juga card operated electric/gas meter. Kami menggunakan gas (untuk heater) secara bil.

Coin operated electric meter

Electric top up dan juga coin meter ini mudah bagi tuan rumah, yelar tidak menghadapi masalah bil elektrik tertunggak yang ditinggalkan oleh penyewa yang tidak bertanggungjawab. Kan?

Alkisah kami kali ini, encik suami bersusah-payah (berjalan terkedek2 sebab jalan licin) ke pejabat pos untuk meng-top up. Sampai sahaja di pejabat pos aka kedai serbaneka, dia baru teringat dia sudah terlupa membawa 'that top up thing'. Terpaksa lah dia patah balik dari high street Menai yang jauhnya lebih kurang 1km!! Terkedek-kedek lar balik pula. :(

This top up thing

Akhirnya masalah elektrik hampir habis kami diselesaikan pada esok harinya (sebab dia dah penat). Keesokannya dapat lah top up £30 yang dijangka boleh digunakan untuk sebulan lebih sikit.

Pernah di awal kedatangan kami di mukabumi Cymru ini, kami tidak mengetahui apa-apa mengenai penggunaan aplikasi elektrik sebegini. Setahun yang lalu, di rumah sewa lama, kami baru pulang dari somewhere (lupa mana), cuba 'on' kan suis tapi tak berfungsi. Pelik bin ajaib. Kami cuma teringat yang agent rumah ada memaklumkan kami something about the top up. Telefon lah agent rumah, sebaik dia bagi handphone number. Bawa lah this thing ke stesen minyak terdekat, akhirnya kami faham bagaimana aplikasinya :D

Jika kita tak dapat top up, kita masih boleh tarik that thing, kemudian masukkan balik. Kita akan hutang £5 setiap kali berbuat demikian (boleh lah buat begini dalam keadaan emergency)


p/s: air, elektrik, gas semua penting

Sejuk dan hangat

Siang hari di North Cymru

Minggu ini, suhu siang lebih kurang 0 sehingga 2 darjah celsius. Manakala, pada waktu malam pula, suhu menjangkau sehingga -9 darjah celsius. Kawasan pergunungan di North Cymru ini iaitu Snowdonia, suhu pada hari Ahad lalu -17 darjah celsius. Itulah suhu yang paling rendah di kawasan kami ini.

Matahari terbit pada pukul 8.30 am dan terbenam pula seawal jam 4.00 pm. Siang yang pendek membuatkan diri terasa tidak sempat berbuat apa-apa. Bila keadaan sekeliling dah gelap malam, automatik terasa seperti, 'tibanya masa untuk makan malam, berehat dan tidur'. Percayalah, memang begitu perasaannya. Mungkin juga dipengaruhi oleh suhu yang sejuk.

Subuh : 6.20am
Zohor : 12.16pm
Asar : 1.46pm
Maghrib: 4.01pm
Isyak : 6.05pm

Selalu bila keadaan begini, rindunya pada kehangatan dan kenyamanan cuaca Malaysia. Rindunya pada waktu siang dan malam yang normal Malaysia :D

Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri pun tak apa...

Siang hari di timur Semenanjung Malaysia

p/s: muka terbakar untuk hari kahwin di sebelah encik suami :p

Wednesday, 22 December 2010

Another Wordless Wednesday

A 'white' birthday :D

Wordless Wednesday

It has been one year since I got this for my bornday...




Tuesday, 21 December 2010

Tickle Me Elmo

TMX Elmo:
  • Three different tickle spots trigger rounds of infectious laughter and movement
  • Elmo slaps his belly, falls forward with his butt sticking out, stands back up again, topples backwards, and kicks his legs over his belly

Bebaru ini, suami isteri ini menonton rancangan televisyen bertajuk, '100 The Greatest Toys'. Si isteri berkenan betul dengan si merah yang galak gelak, Tickle Me Elmo (berada di tangga 70 lebih di dalam ranking tersebut). Si isteri teringin memiliknya tapi setelah digoogle, harganya boleh mencecah sehingga semahal £70. Mak aiiii, duit sebanyak boleh kami gunakan bershopping makanan mingguan di Tesco sebanyak 3 kali ! :p

Tapi Elmo itu menarik. Dia gelak sebab kena geletek. Terguling2, gedik2 kaki, ketuk2 lantai, sengguk2. Menarik!




p/s: Kalau dah miliki, pastinya tengok dua tiga kali dah naik bosan, kan?

Monday, 20 December 2010

Khabar gembira tapi...

Hari ini kami berdua mengambil keputusan untuk tidak keluar rumah. Maka, pendek kata, kami tidak mahu ke sekolah. Kerana jalan bersnow sudah bertukar menjadi ais. Huhu. Padahal, itu hari saya mengatakan bahawa tiada alasan untuk saya tidak ke sekolah kerana snow semata-mata (janji tinggal janji)

Kami terpaksa mengambil keputusan 'berat' tersebut :p Kerana memang logik dan munasabah untuk menggunakan alasan jalan licin. Baiklah, berbalik kepada tajuk entry - khabar gembira yang kami terima adalah email daripada pihak universiti yang berbunyi begini;

Bahasa Cymru (Wales):
O ystyried rhagolygon y tywydd a’r ffaith bod ffyrdd, llwybrau a meysydd parcio yn yr ardal yn beryglus iawn, bydd y Brifysgol ar gau tan ar ôl gwyliau’r Nadolig. Dylai'r rhai sy’n gwneud gwaith hanfodol gysylltu â’u goruchwylwyr i drafod eu trefniadau.

Please scroll down for the English version (selalu email universiti akan ada dua bahasa, terpaksa scroll ke bawah lagi *tak suka*)
\\\///


\\//


\/


In view of the weather forecast and the fact that roads, pavements and car parks in the area are very dangerous, the university will now be closed until after the Christmas vacation. Individuals who carry out essential duties should contact their supervisors regarding arrangements.


Khabar gembira buat kami tapi universiti mengisytiharkan cuti bermula pada hari ini. Apa yang kami nak buat duduk di rumah dari hari ini (20 Dis) hingga 4 Januari nanti??? Sejak beberapa bulan yang lalu, kami memang tidak merancang untuk ke mana-mana sempena cuti raya mereka ini kerana:

a) risiko menaiki kapal terbang apabila musim sejuk
b) bercadang untuk ke sekolah dan juga makmal
c) yang lebih tepat lagi: keadaan kewangan yang tidak mengizinkan :D

Maka, akan duduklah kami di teratak kami ini sehingga 'lebam'. Atau mungkin jika keadaan jalan dan cuaca sudah bertambah baik, kami boleh lah ke sekolah pada tarikh yang lebih awal.

Sejurus keluar dari flat kami

Salji sudah mencair menjadi air, lalu membeku

Air membeku menjadi permukaan ais

Jalan berais semata-mata

p/s: Hari cuti pertama ini kami luangkan untuk bermain FB dan bermain Wii seharian !!!

Santapan

Malam semalam masak nasi goreng patayya tapi saya memang tak pandai bungkus nasi dengan telur.

Makanya, meletakkan saja telur dadar di atas nasi goreng itu. :p

Biarkan lah, asalkan rasa memang macam nasi goreng patayya ~pesanan encik suami.

p/s: Masaklah dengan senyuman.

Sunday, 19 December 2010

Pertama kali

Pertama kali main sledging.
Pertama kali main snowfight.
Pertama kali penat sangat, lenguh teramat, sakit betul keseluruhan badan.
Pertama kali merengek2 kesakitan dan susah tidur.
Bahana mengharung snow tebal 10inci, lari dalam snow, jalan dalam snow.

Jakun kali ketiga :p

Main, turun, naik balik

Kepalkan, padatkan, lemparkan bola salji sampai masing masing semput

p/s: Perasaan excited menghapuskan kepenatan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...