Sunday, 28 November 2010

Kegemaran



Dia seludup makanan luar


Kegemaran tiap tahun sejak di sini adalah rancangan I'm A Celebrity, Get Me Out of Here.

Setiap malam kecuali malam Rabu.

Geli tapi suka! Menyampah tapi nak tengok! Tahun ini, kami menyampah (sangat!) dengan Gillian McKeith, nutritionist kononnya. Apabila dikaji latarbelakangnya di Wikipedia, rupanya dia seorang yang suka menipu. Patutlah dalam rancangan tersebut, dia pandai mengelat, buat-buat pengsan, buat-buat mengandung, seludup barangan yang tidak dibenarkan dalam seluar 'kecil' dia. Ei, teruk!! Sekarang, dia terkecuali daripada melakukan sebarang 'bush tucker trials' oleh pihak produksi atas alasan kesihatan! (Adoko!!). Dia begitu fobia dengan semua semua. Termasuk lah seekor lalat. Terloncat-loncat jika ada lalat hinggap. Uik! Kalau fobia, kenapa memasuki rancangan ini. Dia kata dia tak pernah melihat rancangan ini seumur hidupnya, uik! Mungkin benar.

Dia pura-pura pengsan untuk mengelakkan diri daripada 'bermain' dengan serangga

Dia hos rancangan You Are What You Eat.

Dipetik daripada Google:

Asked about McKeith's advice, Amanda Wynne, senior dietician with the British Dietetic Association, said: "We are appalled. I think it is obvious she has not a clue about nutrition. In fact her advice, if followed to the limit, could be dangerous. Her TV programme takes obese people and puts them on a crash diet that is very hazardous to health."

Dia juga dikenali sebagai 'celebrity stool-sifter'. Itu adalah cara dia mengkaji nutrisi seseorang. Pelik! Dia inginkan kelainan mungkin. Dia juga mengatakan dia boleh melihat kesihatan seseorang melalui lidah, keadaan jerawat, dari kuku, rambut, bibir dan kulit.

Katanya PhD nya bukan daripada kolej yang diiktiraf. Mungkin dia hanya mendapatkan PhD di dalam bidang holistik nutrisi, yang jarang-jarang orang ingin mempercayainya.

Sekian mengumpat orang.

p/s: I want you to get out of the I'm Celebrity, Get Me Out of Here!


Saturday, 27 November 2010

Bingit telinga

Kelmarin, sewaktu tengah 'syiok-syiok' berborak setelah pulang dari school, tetiba bingit telinga kami dengan bunyi smoke detector alarm rumah.

Gambar dari Google

Rumah kami rumah flat. Jika alarm itu berbunyi, tak semestinya rumah kami. Mungkin jiran atas kami atau jiran atas jiran atas kami. Kami tiada aktiviti memasak atau memanaskan makanan di dapur pada ketika itu, maka kami yakin bunyi itu bukan disebabkan oleh kami.

Periksa dapur dan ruang tamu dan semua. Tiada apa-apa. Oleh kerana kami penghuni yang terbawah, yang terdekat dengan alarm system tersebut, encik suami pun bergesa-gesa lar ke hallway luar, untuk me-reset-kan sistem alarm flat kami.

Setelah 'reset' kan nya, lega terasa telinga sebab bunyi tersebut telah di'diam'kan. Jiran atas, Andrian tanya kami. Kami tak buat apa-apa. Andrian pun tak buat apa-apa. Jiran atas sekali, Sa'adiyah pun tidak berbuat apa-apa, sebab dia demam, duduk di depan televisyen seharian.

Soalan Andrian, 'no fire no nothing?' 'Ok'!

Aik? Lepas itu siapa kah buat angkara? Kemudian, setelah hampir jam 7 malam, saya memulakan aktiviti memasak makanan malam. Masak hanya menu biasa, bukan yang jenis berkepul-kepul asap segala. Lagipun memang tiada asap atau bau atau hangit ketika itu, TIBA-TIBA, alarm kami ber'desing' lagi. Aduhai. Bingit-bingit.

Andrian tiada di rumah, Sa'adiyah pula hanya menonton televisyen lagi. Encik suami resetkan sistem alarm tersebut, silentkan 'buzzer' nya, dan kami meneruskan aktiviti2 kami. Tenang.

Tak tahu apa yang tidak kena dengan sistem smoke detector kami. Mungkin ada serangga ke apa ke yang menganggu alat tersebut.

Menu itu hari - paling mudah, paling kegemaran


Friday, 26 November 2010

Playstation Phone


Playstation phone... a little bit late if you ask me, because Microsoft has come out with their Xbox Live capable HTC HD7. But this Playstation phone seems a little bit promising, as it runs on Android 3.0 and bundled with Playstation Marketplace (I don't know its trademark name) for users to buy and download games.

The phone is likely to be announced in Paris on the 9th of December 2010. It is reported that Sony has been giving out pamphlets giving a hint of a Playstation + phone. We can just hope that the lower 1GHz compared to 1.5GHz HD7 will not take any toll in gaming experience. 

The slide version also gives a hint that the phone is not going to be thin. After all, there are rooms for fat phones, as the owner's wallet should have already been thinned in order to pay for the phone.

BTW, I don't think that Facebook phone will ever see the light. 

Alasan Snow


Snow sikit. Sleet shower sikit. Turunnya awal sikit. Turun salji di Menai dan Bangor sejak dari pagi tadi. Sewaktu menyediakan sarapan pagi, tersedar ada snow selepas hujan. Intai tingkap depan rumah, tengok snow turun atas Laut Selat Menai. Cantikkkk.

Kawasan lain sekitar England dan Scotland sudah menghadapi snow lebat dan banyak sejak 2 malam lepas.

Tahun lepas, kalau tak silap, bulan December 2009 baru lah ada snownya di sini. Masa tu kami di rumah sewa lama di Bangor. Ada pernah ketika, sewaktu snow di awal tahun ini, snow lebat, jadi kami membuatkan alasan jalan licin dan snow lebat untuk kami tidak ke school. :P

Kali ini, rasanya kalau snow turun lebat pun, jalan licin macamana sekalipun, semua alasan itu tidak dapat saya gunakan untuk tidak pergi school kerana:

1. School saya sangat dekat, jarak 9min jalan kaki.

2. Rutin untuk 'mengintai' tropical lab saya setiap pagi dan petang.

Jan 2010, Bangor, UK.

p/s: Berhajat nak main sledging di Snowdonia pada tahun ini, insyaAllah

Thursday, 25 November 2010

Cheaper Wii

I just bought a set of Wii for a friend. Just to find out yesterday that Nintendo decided to cut the prices of the black console towards the end of the year.

The new black package come in three types.

  1. Black console + 1 remote + Wii Sports + Wii Sports Resort (£164)
  2. Black console + 1 remote + Wii Sports + Mario Kart Wii + Wii Wheel (£149)
  3. Black console + 1 remote + Wii Sports + Wii Fit Plus + Wii Balace Board (£169)

All those three packages are bargain purchases. You will have the most savings on the third package bundle. Because you can't get a Wii Fit Plus with Balance Board without emptying £79 from your pocket. Furthermore, the Balance Board is Black.

I also noticed that those new package comes with a controller that already has Wii Motion Plus built-in. That is a bummer for those who spent lots of dough to buy that heavy add-ons. (Like me!)

Nintendo shouldn't upgrade it's Wii any... just come out with a new HD console oredi!



Monday, 22 November 2010

HTC HD7


A friend of mine just bought the latest HTC HD7 last week! Walaweh... It was very nice. It's quite responsive for a Windows Mobile, but personally I do think that is because it uses a 1.5GHz ARM Based Processor compared to other smart phones that only uses 1GHz processors.

Microsoft is generous enough to put some demo games inside the XboxLive apps. I tried NFS Underground... and won even though I don't know how to accelerate! It seems like the car accelerate by itself, players just need to steer and brake.

The screen is very big. The displays pan up-down for the apps and widgets. Not sideways like iPhone, Android and even Symbian. It has a camera cover cum stand that makes it easier for people to put their phones down to watch movies. Kudos. I remembered have to hold my phone to watch Ponyo... very not relaxing and it is hard for you to enjoy the movie.

All and all... the designs is very good. Xbox Live is very welcome. The only drawback is that the apps store doesn't have a lot supporters (yet?). People is either focuses on iOS or Android. Well... it is a nice buy... but I won't buy it for myself.

Need For Speed Hot Pursuit


Yes, the new installment of the Need for Speed (NFS) franchise is out now. Hot Pursuit came back to the basics of the NFS where players will be focusing on fancy nice cars, and flee away from the law enforcers.

With the end of 'Fast & Furious' movie trilogy, NFS need seems to find their root again and start over. I think their move was well executed.

For those who have a Wii and feel bored with their Mario Kart, Need For Speed Hot Pursuit is a good buy.

Yesterday

Semalam.. kalut mulanya , lancar akhirnya
Semalam.. ramai dan meriah
Semalam.. perasan puas, perut kenyang, hati suka
Semalam juga.. dia datang bersama keluarganya!! Lagi hati ini suka!

His family loves Malaysian food

Loves the wall deco. Simple yet beautiful.

Love and us

p/s: I love Yesterday Once More by Carpenters



Saturday, 20 November 2010

Kesejukan musim sejuk

Rumah kami sejuk amat. Dikatakan cermin tingkap semua dah 'double glazing', tapi belum mencukupi. Pakai baju berlapis, berstokin segala di dalam rumah. :p

Heater sudah pasang. Setkan ia 'once'. Maka ia akan 'on' apabila ia merasakan suhu dalam rumah sejuk. Heater dalam rumah ini adalah centralized. Untuk mengelakkan pembaziran, kami akan pastikan pintu ruang tamu dan pintu bilik tidur ditutup supaya haba panas tak tersebar jauh. Kalau pasang heater kuat-kuat, sentiasa, takut bil gas melambung pula. huhu.

Sebelum tidur setiap malam kami akan 'bed warmer'. Mungkin dalam 15-20minit. Pemanas yang kami letakkan di bawah lapisan cadar katil. Sekadar untuk panaskan tilam, selesa untuk kami baring/tidur. Kalau naik terus katil, memang terketar-ketar sejuknya. Kalau dipasang sepanjang malam, mahunya berpeluh pabila dah menjelang tengah malam. Aduhai. Kekadang, kami setkan heater di dalam bilik tidur di paras paling minimum, kerana bimbang terlalu 'panas' apabila kami sudah nyenyak tidur.
Contoh Bed warmer
Gambar google

Tetapi, apa pun, haruslah kami memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana ada juga tempat untuk kami berteduh hari-hari, untuk kami berlindung dari hujan, panas, salji, hail, angin kuat, embun, fog, frost.


Tempat kami jarang winter
Gambar google

Friday, 19 November 2010

Sleepy


I need lavender oil

I need sleeping eye mask

I need a not too warm or too freezing cold bedroom

I need a total pitch black darkness in my bedroom

I need a tight and good sleep..I need it sooooooo!!

I'm having trouble sleeping well since last few weeks. Otak fikir banyak kot?!

Raya party is coming!


Lotza of presents. Not for us. Not by us. We bought it and wrapped it for our Malaysian Society here in Bang*or. Those will be given to the winners of Win, lose or draw, Deco-tudung-for-your-wife and Musical Chair - the games which will be held during our coming party .

Both of us are among the only four committee members of the society - the president, vice president (suami fara), secretary (isteri azrul) and treasurer. Huhu. (Kami lah merangkap pembungkus hadiah, penyedia senarai makanan, penyedia kelengkapan makan, penyewa dewan, pembuat banner, peniup belon..merangkap segala). Gini lar kalau ahli kelab yang tak seramai mana.

Our society will organize an Eid Adha celebration with a potluck theme, on this coming Sunday. Yey, party is here!! Can't wait for it. Both of us will bring our hope-to-be-delicious Nasi Dagang Ganu. Or we have to present it as Traveller's Rice to make it understandable for our guests (need to translate all our local food into english..oil rice?vegetable dalca?compressed rice?).
We are gonna invite our deary Mr/Mrs Supervisors and some local friends (Selamet dateng !!). Bruneian students will also join us. Meriahh noksss. There are not so many of us. So, to make our simple-usual makan-makan raya into a great celebration, why not we just invite the others.

Lets get together and celebrate, rakan-rakan!

p/s: hope everything will run smoothly, amin.


Thursday, 18 November 2010

Discouraging Day

After a long wait, the results came in, my paper got rejected... (speechless...)

(Feels like picking up the Wii Remote to shoot some bad guys tonight. 'Pyu pyu pyu')

Mek Bunga


Minat baru. Barang peribadi bermotifkan bunga comel. Bunga ros, kecil besar. Ada juga yang bermotifkan polka dot tapi hati ini tidak berkenan. Cuma minat bunga. Memang mek bunga. ;D Sebaik tak pakai bunga atas tudung. Kui!
Kalau ke kedainya, memang barangnya selalu 'menggoda' saya. Sabar tapi sambar juga. Mujurlah sekali-sekala sahaja ke Bicester.
Kalau boleh nak folder ke, file nya ke, beg nya lagi ke, untuk birthday ke.. (hint untuk ahli kongsi blog) *tersenyum malu*

p/s: Jiwa masih keanak-anakan.

Wednesday, 17 November 2010

Belaan

4 spesis karang

Haiwan Belaan Saya

Haiwan ini namanya coral. Best sikit kalau kita sebut nama inggerisnya. Kalau sebut nama Melayunya, dia nya tidak glam. :D

Ini 4 ketuanya, si poli, si monti, si seria dan si stylo. Anak-anak buahnya tiada di dalam gambar. Berdebar nak membela mereka ini. Mereka semuanya terlalu manja. Air tak bergerak elok ke, air kurang masin ke, terkurang atau terlebih cahaya ke, air tak cukup nutrisi ke, semua itu membuatkan mereka tidak gembira dan berasa tertekan.

Kali ini saya nak buatkan mereka gembira dulu sebelum 'menyedihkan' mereka. Selepas beberapa ketika mereka sudah gembira, saya akan menguji mereka dengan beberapa keadaan 'stress'. Hurm.. stress stress.

Haiwan ini tak perlu makan pun mereka akan sihat. Kalau bagi makan, lagi lah sihat. Tapi kalau kita suap mereka, kita perlu berhati-hati sebab nanti banyak kotoran, iaitu alga hijau. Alga itu kotor. Alga itu membuatkan coral tak gembira. Bila coral tak gembira, nanti dia mengeluarkan 'peluh' @ mukus. Jika dia dah bermukus, saya pasti tidak suka. Jadinya untuk membuatkan mereka lebih gembira dan tidak ada wujudnya lumut, saya akan membela juga kawan mereka iaitu hermit crab atau mungkin ikan. Kita tengok dulu!

Gembira lar engkau wahai corals. Kalau awak semua gembira, mummy fara pun gembira tau! :p

p/s: Play with it, pesan Mr. Supervisor

Wordless Wednesday

Tuesday, 16 November 2010

Selamat hari raya!

Selamat hari raya aidiladha! Selamat hari raya korban! Selamat hari raya haji!

Kami harus ke sekolah pada hari ini.

Si suami ada tanggungjawab yang harus dijalankan.

Si isteri pula ada temunjanji untuk dilaksanakan. Seorang pakar terumbu karang akan membuat lawatan berjumpa Mr. Supervisor. Maka, encik supervisor bersama anak muridnya perlu lah melayan pelawat tersebut.

Semoga ibadah kita semua diterima oleh Allah S.W.T. Amin.

p/s: juadah raya kami mee goreng, keropok keping :p

Blog cantik :D

Puan Hanis bagi kat kita award ini. Terima kasih daun keladi, lain kali boleh lar kasik lagi :D

1. harus menyatakan nickname kepada si pemberi award: hurm apa ya.. hanis kawaiii lar of course. that's the only word I know in Japanese. Hiks!

2. harus membuat ucapan kepada si pemberi award: semoga perjalanan PhD hanis dan suami dipermudahkan sentiasa dan diberkati Allah swt dan semoga sentiasa di bawah lindunganNya. amin.

3. harus menyatakan 6 artis kegemaran: aiyoyo, susah ini.

~Enrique Iglesias ~Cheryll Cole ~Carpenters ~KRU ~Ant&Dec ~Zizan

4. harus memberikan award ini kepada blogger yang lain: to all my readers (ramaikah? :D)

Thursday, 11 November 2010

Press-on eye shadow



I saw this advertisement in the facebook. I google-d for it.
A creative and innovative idea. Seems very easy to use.
Tapi ada terbaca sedikit ulasan, ianya agak tidak sesuai untuk mata orang Asia, mata yang kecil-kecil. Yelar, pasarannya di USA. Mungkin kalau dibuat khas untuk orang Asia, lagi menarik. Mungkin sudah ada di pasaran Malaysia kerana Avon pun merupakan penjual produk ini.

Ianya dijual $20 bagi set nya yang 5. Lebih kurang, RM60 untuk lima kali application. Not bad.

Saya memang tak pandai bersolek. Nak pakai eye-shadow, ish memang sangat lar tak pandai. Dengan keadaan mata berlebam, kalau salah warna atau solek, makin lar nampak lebam. Akhirnya, rupa 'smokey eyes' yang natural saja. Hehe. Tapi kalau ada this kit, boleh lar bersolek sikit-sikit. :D









Tuesday, 9 November 2010

Semalam

Lapar masak ini,
Pertama kali cuba buat yong tau fu

Sejuk pasang ini,
Malam semalam baru cuba pasang fireplace olok2 ini


Comel pakai ini,
Stokin kegemaran - fleece corak lembu :D

p/s: the small things in my life

Monday, 8 November 2010

AberFalls during Fall season

Ter-serupa pula dengan Hana Sakura, dia pun berjalan-jalan ke air terjun pada hujung minggu bebaru ini. Tak tiru tau, kebetulan. :D

Kami dengan kumpulan fotografi yang sama sepertimana minggu lepas, kali ini membuat 'photography outing' bersekali dengan senaman jalan kaki ke Aber Falls. Letaknya di bandar bersebelahan Bangor, iaitu Abergwyngregin (berbelit lidah nak menyebutnya). Kami Carina Convoy sampai di lokasi lebih kurang 11 pagi. Lalu kami teruskan senaman jalan kaki. Kenapa senaman? Kerana, AberFalls tersebut hanya boleh sampai dengan berjalan kaki sejauh 7KM dari tempat letak kenderaan. Kami berdua cuma sediakan sebotol air mineral, 6 keping biskut digestive (nak habiskan biskut, itu jer stok makanan yang sesuai dibawa), sehelai kain pelekat dan camera. :D Kekawan yang lain pun hanya membawa sedikit roti dan air mineral. Tapi tak disangka-sangka kawan kami seorang lagi membawa kek, sandwich, roti, air nescafe, air teh, buah epal, sosej, air tropical fruit !! Wah, idea untuk piknik tanpa dimaklumkan. Malu lar kami yang lain. :P

Perjalanan kami sepanjang ke air terjun itu mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sekejap-sekejap berhenti. Sekejap-kejap bergambar. Alhamdulillah, cuaca agak baik. Panas pada awalnya, sedikit hujan rintis, kemudian mendung.
Sampai sahaja di air terjun tersebut..wahhhhhhhhhhhhhh..memang memukau kalbu lar! Terpesona. Tingginya lebih kurang 110 kaki. Suasananya memang sejuk membeku. Sebaik ada nescafe panas kawan kami. Kami berpiknik lar di situ tanpa hiraukan omputihs. :D
Kami kembali berjalan kaki pulang lebih kurang pada pukul 2 petang. Esok pagi, saya bangun tidur dalam keadaan lenguh sana dan sini (begini lah orang kurang bersenam!).

p/s: Masih lagi teringat-ingat keindahan aberfalls.

Suasana hutan Welsh

Nampak Aberfalls dari sini..hampir ke destinasi

Kuda liar Welsh yang jinak

Sikittttttt lagi.. Kami tak sabar sangat dah masa ni

Alhamdulillah..menikmati keindahan ciptaan-Nya

Alhamdulillah...menikmati rezeki-Nya

Syiok sendiri


Tinggi kan. Lihat sahaja manusia kerdil itu.

Sejuk macam ais

Wednesday, 3 November 2010

Satu tahun sudah

Inilah muka orang yang berperasaan LEGA. Muka lega sambil makan gula-gula kapas. Tapi ini gambar sewaktu berkunjung ke Funfair Menai Bridge itu hari. Ini muka lega sebab dapat beli apa yang diingini.

Hari ini ada juga muka lega saya. Lega bermesyuarat. Alhamdulillah, lafaz kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana saya telah melepasi salah satu fasa penting di dalam perjalanan PhD ini. Masih banyak lagi cabaran yang perlu dihadapi.

Tetapi tadi..mesyuarat tahun pertama perbincangan antara penyelia-penyelia. Ianya telah berlangsung selama 2 JAM! Saya membuat persembahan slides lebih kurang 45minit. Berasap otak kesemua penyelia tadi menyatakan pendapat dan mencadangkan yang terbaik buat penyelidikan Puan Fara. Mereka memang supportive ar! Penyelia saya turut bersama dan kami berbincang 'all out'.

Saya lega kerana mereka telah menambahbaik metodologi saya. Saya lega kerana mereka memahami tempoh masa singkat yang ada. Saya lega kerana mereka mencadangkan apa yang saya perlu letak di dalam bab keputusan dan perbincangan thesis saya nanti. Saya lega kerana penyelia membantu dan menyokong saya sepenuhnya sepanjang itu. Saya lega kerana penyelia yang lain baik dan banyak membantu dan selamba dan saya tidak stress. Itulah sebenarnya perbincangan, kan? Hek!

LEGA!

Dinar Emas

Bila agaknya Dinar Emas akan terlaksana?

excerpt from Utusan Malaysia
‘Dolar seperti tisu tandas’– Dr. M

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Penggunaan dinar emas perlu dipertimbangkan oleh semua kerajaan negara dunia kerana kestabilan nilainya berbanding penggunaan mata wang yang tidak menentu naik turunnya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, langkah menggunakan dinar emas sebagai ganti mata wang utama seperti dolar Amerika Syarikat (AS) dalam pelbagai transaksi juga boleh menghentikan perang mata wang

Katanya, dolar AS kini sudah tidak bernilai seperti mana beberapa tahun dahulu dan penggunaan mata wang kertas juga tiada lagi sehebat sebelum krisis ekonomi pada tahun 1997/98 dan penggunaan dinar emas adalah jalan penyelesaian terbaik.

“Mata wang AS kini boleh dianggap sebagai tisu tandas kerana nilainya semakin menyusut dan tidak berharga berbanding emas yang diterima di semua negara dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini hari ini.

Bagaimanapun, kata bekas Perdana Menteri itu, dinar emas tidak sesuai untuk digunakan dalam urus niaga runcit seperti mana hasrat Kerajaan Kelantan yang mahu menggunakan dinar emas dalam transaksi jual beli.

Mengulas lanjut kata beliau, penyusutan nilai dolar AS pada ketika ini menjadi satu masalah yang cukup besar kepada negara-negara yang menyimpan dan bergantung kepada nilai mata wang itu.

“Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, pasti akan ada perang mata wang dan sudah tentu, menyumbang kepada krisis,” katanya.

Beliau tetap berpegang bahawa emas mempunyai nilai kukuh dan merupakan nilai yang lebih baik berbanding mata wang.

“Mata wang tidak ada sokongan kecuali dicari oleh orang ramai. Sekiranya negara-negara mula menurunkan nilai mata wang mereka, akan berlaku kekecohan dalam perdagangan antarabangsa,” kata Dr. Mahathir.

Terdahulu dalam ucaptamanya, negara-negara Islam mesti membangunkan pengurusan sistem kewangan Islam yang berhemat. Ia mesti lebih baik berbanding sistem kewangan konvensional sedia ada, yang mampu menampung kejutan dan tidak dimanipulasi penyangak.

Dengan peserta industri mencari jalan untuk mencergaskan kewangan, sistem kewangan global sendiri amat memerlukan pengurusan yang sempurna, katanya.

“Saya jangka kewangan Islam akan berkembang, tetapi cabarannya ialah pengurusan berhemat dan sistem yang lebih baik. Jangan ikut sistem konvensional yang berurusan dalam segala bidang,” katanya.

Antara gesaan beliau kepada negara Islam ialah menggunakan dinar emas sebagai alternatif, bagi mengurangkan pergantungan terhadap dolar AS sebagai mata wang global untuk perdagangan.

Wordless Wednesday

Tuesday, 2 November 2010

Promoting Wii

Yesterday we successfully finished the purchase of Nintendo Wii for our friend. Their kids love the game console so much, I can see sparkles in their eyes.

They all patiently waited on the sofa as I try to set up the console. Before finishing the setup, I let two of  them to open the game boxes and they were very psyched! They all went "Mama! Mama! I want to open this, Uncle Azrul let us!" across the hallway.

I bet the little one doesn't even know what were there inside the box. Yet she was very happy. What ever it is, even I can feel the happiness of opening a new game. Give it to a child, than the happiness would multiply a hundred times more.

I went and set up several Mii (Wii characters), and let them finish the others. They were very happy and even put their father and mother inside the Wii, even though they might not play the console at all.

We spent the whole night watching the children playing Wii Party. They were very fast to catch up with the games. They were brilliant. I hope the parents would be able to stop them from playing after this.

Talking about Wii, there is another game that I am planning to have. Gamespot only give it a 6.0, but I do think that the experience is in the eye of the beholder.

Star Wars: The Force Unleashed 2

Musim gugur yang kehujanan

Hari ini cuaca kelam. Pagi tadi angin kuat. Semalam hujan lebat. Musim gugur yang kehujanan.

Pagi tadi datang sekolah awal. Encik hubby ber-demostrator untuk kelas praktikal. Puan wifey nak jumpa Mr. Supervisor awal-awal pagi supaya boleh 'tangkap' dia sewaktu dia masih lagi kelapangan. Nanti apabila hari menjelang tengahari atau petang, dia akan kalut dengan perbincangan dan pengajaran. Dia janji nak serahkan persembahan slides saya pada tengahari ini untuk pembentangan/committee meeting saya esok. Tolong doakan kejayaan buat saya, rakan-rakan. Perut saya kecut, hati saya berdebar kencang. Tapi jari saya masih semangat tulis blog. *Mata pusing-pusing*.

Mary Poppins
Credit to Ai*mi

Hari minggu bebaru ini hari bahagia. Kami dapat saksikan suasana hutan musim gugur yang belum sangat gugur daunnya. Warna emas kuning-kuning atau kuning keemasan. Kami dan rakan-rakan. Rakan-rakan yang ada kamera dan ada kegilaan untuk bergambar. Walaupun hujan rintis, hujan lebat sampai hujan batu (a'ah, hujan batu!), baru kami tahu jalan pulang. *Bahagia*. Oh ya, lagi lar rasa bahagia kerana sewaktu di air terjun Betws Y Coed, kami berkesempatan melihat ikan salmon melompat-lompat, melawan arus, untuk pergi bertelur. Fenomena yang mengagumkan. Ikan salmon hidup di laut, dan apabila tiba musimnya, ia akan berhijrah ke sungai untuk bertelur. Sejurus sahaja bertelur, ia akan mati.

InsyaAllah jika ada rezeki dan kesempatan, hutan lain pula kami akan kunjungi pada hujung minggu ini. Masing-masing masih lagi di dalam 'mood' kegilaan bergambar! *Mata bersinar-sinar*

Saya kongsi gambar-gambar yer? Terima kasih. :P

Bethesda, Gwynedd

Rakan-rakan sekampung dan seperjuangan

Taman semulajadi

Kami cemburu dengan aktiviti mereka

Sesi bertambah serius

Candid yang marvellous

Credit to Ai*mi

Fenomena kegemaran saya pada hari bahagia itu di Betws Y Coed

(semua gambar2 ini adalah hasil kreativiti Encik Hubby, kesian dia tak sempat bergambar :P)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...