Saturday, 30 October 2010

Call of Duty: Black Ops

9 Nov 2010 would be the day that I've been waiting for. On that day, Activision will release their latest, long awaited game of Call of Duty franchise, Call of Duty: Black Ops!


Yeah. It's been a long time since I last played a CoD game. CoD along with Gears of War (GoW) were the games that opened my gaming world to First Person Shooter (FPS) genre. I never played and liked any FPS before that. (GoW is considered FPS or TPS?)

Well... Xbox 360 would be one of the reasons that I turn out to like that genre. Maybe I'm just waiting for the right combination of games and console before jumping over to that genre. I just can't stand playing it in a slow and low pixelate system. It will gimme a headache after 5 minutes of playing.

Anyway... the price of CoD Black Ops now is £34.99. I guess I'm going to have to wait for several years before its going down to £22.99. Or should I just wait for rich kids felt boring with it and sell it to me for half the price.

Friday, 29 October 2010

Panas dan Obses

Kamilia Kamil bersiaran dari bilik research di sekolah.

Menai, 29 Oktober 2010 – Suasana bilik research di sekolah saya pada hari ini dan hari-hari sebelum ini terasa teramat berhaba, panas. Sepatutnya membuatkan penghuninya berasa selesa, oleh kerana suhu di luar lebih kurang 14deg C. Tetapi, sebaliknya yang berlaku. Hanna, kawan sebilik, menggelarkan bilik kami ‘a tropical room’. Memang benar. Kekadang terasa kaki saya berpeluh dalam stoking dan kasut. Muka saya terasa seperti berhaba. Seringkali ke tandas untuk menjirus air ke muka, biar terasa sejuknya. Mungkin heater terlalu kuat untuk bilik yang tidak sebesar mana dan dihuni oleh 4 orang termasuk diri saya. Oleh kerana itu, kekawan bilik saya membuka pintu dan tingkap seluas-luasnya. Masih juga terasa panasnya. Tetapi sebaik tak berpeluh badan. Lebih panas daripada keadaan bilik sewaktu musim panas. :P

Semalam saya terbaca di salah satu blog kegemaran saya, mengenai Obsessive–compulsive disorder (OCD). Mengenai dirinya yang terlalu berhati-hati dalam penulisan blog, diperiksanya berulang kali sebelum bercadang untuk ‘publish’. Dia sanggup berpatah kembali jika sesuatu benda tidak dilaksanakan (e.g. membaca nota-nota iklan). Dipetik daripada sumber Wikipedia, maksud sebenar OCD:

Obsessive–compulsive disorder (OCD) is an anxiety disorder characterized by intrusive thoughts that produce uneasiness, apprehension, fear, or worry, by repetitive behaviors aimed at reducing anxiety, or by a combination of such thoughts (obsessions) and behaviors (compulsions). Symptoms may include repetitive handwashing; extensive hoarding; preoccupation with sexual or aggressive impulses, or with particular religious beliefs; aversion to odd numbers; and nervous habits, such as opening a door and closing it a certain number of times before one enters or leaves a room.

Tambahan lagi: The acts of those who have OCD may appear paranoid and come across to others as psychotic.

Ramai yang mengutarakan komen mengenai ‘penyakit’ tersebut dihadapi oleh diri masing-masing. Saya cuma membaca dan mengulas. Ada yang terlalu particular mengenai kekotoran. Sehelai rambut pun tidak boleh dilihat berada di atas lantai, sanggup membeli sejenis pelekat untuk mengutip rambut yang gugur. Ada yang terlalu obses mengenai susunan baju di dalam almari, hanger warna sama, baju mengikut kategori warna. Ada yang terlalu obses menggosok baju, semua pakaian/menda di dalam almari akan digosoknya. Ada yang suka men’clear’kan recycle bin di desktop computer, pantang melihat ianya penuh. Ada yang apabila ‘click’ tetikus computer sebelah kiri 2 kali, sebelah kanan juga harus ditekan 2 kali atau sebaliknya. Kegemarannya begitu. Ada yang macam watak Bree di dalam Desperate Housewife, pantang melihat sebarang benang yang terjurai-jurai. Atau seperti watak di dalam ‘Monk’ yang berulang kali mencuci tangannya dan terlalu tidak boleh dengan keadaan kotor, pasir pun dia takut. Ada yang tidak boleh melihat setitik pun kekotoran di dalam tandas terutamanya, ada setitik hitam, dijirusnya air berulang kali.

Pelbagai ragam orang yang menghadapi OCD. Adakah ini dikategorikan sebagai OCD atau mungkin mempunyai sifat sebagai seorang perfectionist atau mungkin penyakit was-was? Perasaan inginkan kesempurnaan atau bisikan syaitan untuk melemahkan keyakinan dan iman kita.

Bacaan untuk menghindari penyakit was-was, dipetik daripada sumber internet.

"Dan katakanlah: 'Ya Tuhanku, aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan setan'. "



Thursday, 28 October 2010

Ada apa pada Kamilia

Saya baru tahu yang daun green tea adalah daripada pokok Camellia sinensis. Nama saya! :P Kamilia suka minum air daun Camellia.

Itu hari saya dah cerita yang saya suka green tea. Bila baca kotak Twinnings pagi tadi, baru perasan tea yang saya minum diperbuat daripada apa. Ini lah pokoknya. Tapi saya tak pasti adakah spesies yang sama ditanam oleh tuan rumah di belakang rumah kami. Kena tunggu musim bunga baru dapat kami tahu bunganya, baru dapat kami tahu speciesnya.

Google pic

Pagi tadi saya mencuba produk yang baru kami beli. Green tea with apple and pear. Bila disua ke mulut, baunya epal. Sejurus bila minum, rasa pertama ada green teanya, seketika kemudian terasa kesegaran pear. Best! Nyaman sungguh! Cubalah!

Pada mulanya saya minum green tea kerana saya terbaca bahawa green tea dapat mengurangkan lingkaran hitam di sekeliling mata. Tetapi saya tidak nampak kesannya. Nak kurang macamana, tengok computer hari-hari, waktu tidur malam tak menentu. Huhu! Tetapi saya menyukai rasanya yang sedaplicios serta juga kesan psikologinya. Dan setiap pagi saya harus minum green tea (emak sangkakan itu air ubat dek kerana warnanya :p).

Daripada petikan internet, inilah khasiat green tea, yang mengandungi antioksidan epigallocatechin gallatedan.
  • Green tea helps to lower bad cholesterol (LDL) and increase the ratio of good cholesterol (HDL).
  • Green tea helps to stop the development of blood clots which lead to strokes and heart attacks.
  • Green tea helps to reduce high blood pressure.
  • Green tea helps to lower blood sugar levels and prevents Type 2 diabetes.
  • Green tea helps to protect the liver against toxins.
  • Green tea helps to promote oral health by destroying the bacteria that forms plaque.
  • Green tea helps destroys free radicals.
  • Green tea helps to boost the immune system.
  • Green tea has antibacterial and antiviral properties. ---> tapi masih ada jerawat!
  • Green tea helps to maintain a healthy fluid balance which helps to relieve stress and fatigue. ---> perlu perlu
  • Green tea helps to stimulate your metabolism which helps with weight loss. ---> yang ini tak sesuai dengan diri Kamilia. Iskh iskh.
Sekian mengenai Camellia tea.

Alang-alang mengenai Camellia, jom kita dengar lagu Kamelia, nyanyian Sweet Charity dan Camelia, nyanyian Irwanshah.


Sweet Charity


Irwansyah

Sekian mengenai Kamilia Kamil :)

Reminiscing

Year 2000 would be the first time I'm being exposed to the formal education in computer science. At that time, the 450MHz Intel processor was the best thing that someone would have to play with.

I was very lucky to get the chance to play with them during my programming class, even though what I was doing was just no more than 'Hello World' and 'sorting'.

Today, after 10 years. I'm in a computer lab with loads of dual core 2.5GHz systems at my disposal. Looking at the new students exploring their way into Java programming. This must be the feeling that my demonstrator has had looking at us spitting errors across the screen.

Student nowadays are even luckier than me. They get advanced facility, and some of them even bring their own Netbook (a term which was just created in 2009) to program on those thing.

So here I am, looking at them... reminiscing memory of my youth. I just hoping that they'll turn out to be a good (skillfully & ethically) programmer someday.

http://www.marriedtothesea.com/archives/2007/Aug/

Setia menanti

Semalam kami ber'honeymoon' seketika daripada kerja sekolah. Honeymoon kami maksudnya menonton movies. Pilihan movies semalam adalah Hachiko: A Dog's Tail, ops.. A Dog's Tale dan The Blind Side.




Kebetulan, kedua-duanya filem tersebut adalah hasil adaptasi daripada kisah benar. Kisah Hachi mengenai seekor anjing yang telah kematian tuan, tetapi tetap dengan rutinnya iaitu menanti tuannya pulang daripada kerja di stesen keretapi. Kisah pilu. Kisah sebenarnya terjadi di Shibuya Jepun tetapi diubah serba sedikit ceritanya dan dikisahkan berlaku di Amerika. Kisah sebenar, tahun 1924, anjing tersebut telah dijumpai oleh seorang Professor University Tokyo. Anjing tersebut setia menunggu tuannya setiap hari kerja di Stesen Keretapi Shibuya sehinggalah setahun selepas itu, ketika tuannya meninggal dunia kerana pendarahan otak (dalam movie, sebab sakit jantung). Hachi telah diberikan kepada orang lain (dalam movie, Hachi dijaga oleh anak tuannya) tetapi Hachi tetap pulang ke rumah tuan lamanya dan akhirnya Hachi hanya menunggu tuannya (yang tak tak kunjung tiba) kat stesen keretapi tersebut pada waktu dan tempat yang sama setiap hari..selama 9 TAHUN!! (dalam movie, dia tunggu 10 tahun). Akhirnya, Hachi mati di atas jalan raya kerana kecacingan.

Kesian. Penantian Hachi yang tiada kesudahan. Kerana kesetiaannya dan uniknya Hachi, tugu peringatannya telah diletakkan di Stesen Keretapi Shibuya sebagai tanda ingatan. Bangkai Hachi pula telah diawet dan diletakkan di National Museum of Japan. Satu lagi keunikan Hachi adalah ianya baka Akita, dan ia adalah salah satu daripada 30 baka asli yang masih ada pada tahun 1930-an.

Hachi yang sebenar

Tugu Hachi

Hachi awet

p/s: movie lama kami baru nak tonton. harap maklum. :P

Sunday, 24 October 2010

Short notice

Asyik tajuk short-short jer ni. Entry pun short-short juga.

Pada minggu lepas, kebetulan jumpa di coffee room, dengan girangnya Mr. Supervisor memaklumkan bahawa mesyuarat ahli-ahli penyelia saya akan diadakan minggu ini! Erk. Muka saya kelat gamaknya, sekelat kopi yang saya sedang minum. Tapi Supervisor mengkhabarkan berita ini dengan penuh kegembiraan. Saya sejujurnya memang rasa macam lemah jantung dan kaki. Mahu saja saya terjelepuk di situ. Tetapi, Mr. Supervisor dengan yakinnya mengatakan tiada apa yang perlu dibimbangkan, saya telah melakukan semuanya mengikut perancangan dan saya hanya perlu membentangkan apa yang telah dibincangkan sepanjang tahun ini.

Saya tidak dapat melayan tip top emak dan ayah pada hari-hari terakhir mereka di sini kerana saya perlu siapkan slides pembentangan saya. Namun, pada short notice juga, Mr. Supervisor menyatakan bahawa pembentangan saya dibatalkan oleh kerana ketidakdapathadiran supervisor2 yang lain. Fuh.

Oh ya, emak dan ayah telah selamat sampai di tanahair pada hari Jumaat yang lalu. Sunyi sepi rumah ini tanpa gurauan ayah dan seloka emak. Uwak. Sehinggakan semalam, kami berdua tiada selera makan..kerana tiba-tiba terasa tidak biasa duduk berdua sahaja. Rasa macam something is missing. Uwak lagi.

Sehingga ketemu lagi!!


Gangguan

Setiap hari kehadiran sms yang tidak dikehendaki
Setiap malam bunyi deringan telefon yang tidak diingini
Pada pagi hari minggu.. satu-satunya hari yang kami inginkan keamanan.. satu-satunya hari yang kami inginkan ketenangan.. satu-satunya hari yang kami ingin BEREHAT..
Di pagi hari, loceng rumah ditekannya 3 kali ..

Kenapa dia mesti menghadirkan diri di pepagi buta..
Kenapa dia ingin menjaga tepian kain kami..
Kenapa dia asyik menganggu kami..

Mungkinkah dia terlalu 'caring'..
Mungkinkah dia terlalu 'nosy'..
Mungkinkah dia ..

Kami RIMAS.

Sekian luahan hati.

Friday, 22 October 2010

All New Apple Macbook Air

As I was again denied to logon onto Facebook, I went to visit the Apple website again to read further regarding the all new MacBook air. I have read about it this afternoon, but not that amazed about it as the first time it went out last year.


MacBook Air is smaller, and with SSD as storage surely seems like a good tech, however, I do find that the storage capacity and it's processor is not to my standard. I couldn't do my work on that kind of processor, and the limited storage capacity will surely and immediately cause headache.

To Steve Jobs and friends. Keep up the good work, but I think I'll pass for this time.

 http://www.marriedtothesea.com/archives/2007/Aug/

Friday, 15 October 2010

Short one

Mr. Supervisor baru pulang dari Africa. Dia demam. Maka perbincangan ditangguhkan ke minggu depan.

Autumn love

Oh. Lama sepi. Berita sunyi. Kelibat tiada.

Seperti dimaklumkan, kehadiran emak dan ayah encik suami. Mendarat dengan selamatnya di Stanstedt minggu lepas. Rindu terubat. Hari minggu pertama mereka merehatkan diri dari pada jetlag di rumah makcik encik suami.

Kemudian, hari minggu singkat seterusnya dipadatkan dengan percutian pendek ke utara UK, Scotland. Namun, sedikit sahaja negeri yang berjaya dilawati. Aberdeen, St. Andrews, Dundee..terpaksa kami lupakan kerana kesuntukan masa. Namun, hati memang terpaut dan kagum dan terjatuh cinta dan tergoda dengan kecantikan dan keindahan Scotland! aaaaaaaaa

Hari-hari biasa, emak dan ayah berhoneymoon di teratak kami sementara kami berdua ke sekolah. Pada waktu petang, kami membawa mereka bersiar-siar sekitar North Wales.
Pejam celik pejam celik, kurang dari seminggu lagi kami akan dapat bersama-sama mereka di sini :(

Berlatarbelakangkan Snowdonia mountain

Godek2 gadget mak di Pier

Bergembira sakan di Edinburgh old town

Makan2 buah dengan sakannya di kebun kawan makcik

p/s: Autumn is beautiful.

Monday, 11 October 2010

Ulangtahun sayang

Hari ini hari dia
Dia disambut oleh yang tersayang dari Malaysia
Ibunya menyediakan hadiah hari jadi istimewa buatnya
Sambutan meriah walau hanya kami berempat
Syukur padaNya
Semoga Allah merahmati seluruh keluarga kami, dimurahkan rezeki, diberkati dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat. Amin.

Pulut kuning ter-best lah

Ucapan ter-best lah


Hari dia 2010

Hari dia 2009

Tuesday, 5 October 2010

LyX and JabRef Combo

I would like to recommend the following tools for people doing their dissertation out there.

Lyx

JabRef

These two tools is not that user friendly, and the learning curve might be steep. HOWEVER, once you got your hands on their tricks and trades... you can do wonders and finish up writing without the hassle of formatting like other Word processors.

For those who worry about OS compatibility, don't. Because these software are runnable on Mac, Windows and Linux. Not sure about BSD, but BSD fans could give them a try. 

There is another thing I forgot to mention... these two software are available free of charge!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...