Thursday, 30 September 2010

D5000 Twin Lens Combo

The main interesting thing about interchangeable lens is the interchangeability (that's a word right?). All these times we have been using the same lens day in and day out. The 18-55mm lens has been on the camera without fail. May it a indoor take, or outdoor, or macro... just name it, and 18-55 will be the only lens. Talk about default photography...

We have thought about buying a 18-270mm... and it will then cost us pretty big amount of dough. The logical answer would be us finally utilising the interchangeability of the interchangeable lens (a bit tongue twister). 18-55mm VR + 55-200mm VR combo. Nikon didn't say that their 55-200mm VR could do any macro, but I think we're not that particular about it.

The only thing to do now is just wait and see... From where will the money come rolling to us...
Achievable, but not just yet

Wednesday, 29 September 2010

Saya dan dia #2

Dah lama di FB tapi saya masih suka sangat lagu ini. Berjuta kali dengar pun belum bosan.



p/s: 'Rahsia kita berdua'

Saya dan dia

Kalau kami buat window shopping, kami suka masuk kedai baju, kedai sukan, kedai handphone, kedai komputer dan kedai game. Semua kedai lar kan.

Tapi kalau saya masuk butik baju mesti encik suami akan menguap. Kalau dia masuk kedai computer, kedai game, langkah saja kaki ke dalam, saya pula yang akan menguap. Bukan sekali dua, banyak kali!! Harus! Apa tandanya kalau menguap? Mengantuk/tidak cukup oksigen/tidak cukup gembira/kebosanan melampau. Yer. Memang selalu akan terjadinya keadaan sebegitu. Sudah diperhatikan dan dibuktikan dengan jelasnya. Memasing tidak dapat menahan kebosanan di dalam kedai yang tidak diminati masing-masing. Tetapi saya tak suka shopping baju sendirian (i need his opinion) dan saya tak mahu berjalan sendirian (i'm not confident enough sometimes), maka saya ikut sahaja dia ke kedai komputer dan juga kedai game.

Saya paksa dia masuk butik baju dan memilih bersama saya. Makanya, saya terpaksa masuk kedai yang dia suka dan menjadi pendengar setianya. Boleh? Hek.

Pada hujung minggu yang lalu, saya masuk PC World bersamanya tetapi ajaibnya, saya tidak menguap. Sebab saya teringinkan netbook. Walaupun dah ada laptop ringan dan berwarna, tapi nak juga netbook. Tidak mungkin saya akan memilikinya kerana itu adalah sifat orang yang tamak haloba dan tidak sedor diri namanya. Huhu. Maka, saya hanya telah mencuci mata dengan seronoknya. Satu persatu netbook saya belek dan saya terlalu berkenan dengan netbook mini HP yang ini. Colour pink (my favourite colour forevaaa), keyboard nya selesa (sesuai sangat dengan jari2 kontot saya) dan mestilah boleh letak dalam handbag (berangan!!).


Hp Mini 210

Cute cover case netbook

Asalnya saya teringinkan Apple Ipad. Alasannya kerana saya ingin membaca journal hari-hari di mana-mana sahaja (e.g dalam kereta biasanya) dengan semangat dan mudah. Haha, what a reason. Tetapi, Ipad adalah sesuatu yang tidak berbaloi untuk dimiliki untuk kami yang belum kaya-raya lagi ini. Harganya yang tidak mungkin lagi kami mampu untuk membelinya, maka encik suami menyarankan saja untuk menunggu edisi Samsung Galaxy tab yang akan keluar tidak lama lagi. Harganya sedikit murah berbanding Ipad tetapi saiznya agak berbeza berbanding Ipad. Tetapi ianya memang tidak berbaloi untuk dibeli, hanya sekadar dapat bermain internet dengan pandangan luas dan dipegang bak buku (sour grapes?)


Ipad dan Galaxy Tab Samsung

Terfikir juga untuk memiliki tablet netbook. Agak2 nak baca journal or anything, pusing saja screennya, pegang bagaikan memegang kertas tapi bergram-gram lebih beratnya. Ala-ala Ipad konon rasanya.
Acer netbook

Tetapi, buat apa nak beli kalau dah ada laptop dan print saja lar journal itu (read it by hardcopy cukup sudah) kalau nak dibaca hari-hari di mana-mana sahaja berada. Kalau hendak, seribu daya. Kalau tak mahu, seribu lah dalihnya. ;p

p/s: He is my bestfriend. xoxo.



Monday, 27 September 2010

Dari mata jatuh ke hati

Sewaktu di jamuan makan tempoh hari, tiba-tiba kawan menyapa saya dan bertanya adakah saya berketurunan cina atau jepun. Kerana katanya mata saya sepet macam cina. Terkejut dan tergelak saya mendengarkan soalan itu! Tak pernah orang kata mata saya sepet. Bonda dan kekawan saya kata mata saya kuyu :D Oleh kerana itu, saya memakai contact lens untuk besarkan anak mata saya macam kartun jepun sewaktu hari perkahwinan saya. Hehe! Meleleh-leleh airmata sebab nak masuk contact lens. Tetapi bertahan juga lah untuk sewaktu malam akad nikah itu. Tetapi itulah kali terakhir saya memakainya.

Berbalik pada soalan kawan tadi, 'tapi, kak.. saya tiada berketurunan cina atau jepun, tapi memang mata saya kecil dan agak sepet lar kot'. Setelah teguran itu, berkali-kali juga lar membelek mata sendiri di depan cermin. Hik


Mata bila ber-contact lens

Mata bila senyum

Mata kuyu

Friday, 24 September 2010

Ulangtahun tersayang

Hari ini merupakan hari ulangtahun kelahiran bonda saya. Tetapi saya tidak menghantar sebarang hadiah, mahupun sekeping kad buatnya. Saya alpa. Saya terlupa. Saya terasyik dengan rutin harian saya di sini. : ( Ucapan hanya disampaikan melalui facebook. Tetapi dia cukup gembira (dia terlebih dahulu menyambut hari ulangtahunnya bersama keluarga kami pada hari raya lalu). Harap dia terus bergembira hari ini di Ganu bersama ayahanda saya (dan hari-hari seterusnya). Pasti ayahanda saya dapat menceriakan hari-hari bonda saya tanpa anak-anaknya di sininya.

Saban tahun sejak dari kecil pasti kami mengadakan hadiah buatnya. Dan juga sekeping kad. Sewaktu kami lima beradik masih kecil, ayahanda pasti akan membelikan hadiah dan kad buat bonda dan menyuruh kami menulis di dalam kad tersebut. Tidakpun, kami akan keluar bersama-sama ayahanda, membeli sesuatu. Sepulangan dari membeli-belah pasti bonda akan bertanya. Kami pun punyai pelbagai akal untuk menipu itu dan ini. Pelbagai akal juga ingin menyorokkan hadiah kami daripada pandangannya (pasti bonda dah tahu, saja bertanya nak tengok kami pandai tipu ke tak..hihi). Semakin menginjak ke alam remaja, ayahanda akan memberikan sedikit wang untuk kami membeli sendiri hadiah harijadi buat bonda. Pabila kami sudah 'terlebih sedikit remaja' dan jauh dari kampung halaman, ayahanda pasti akan mengingatkan kami supaya mencari sesuatu buat harijadi bonda. Tetapi dah ala-ala dewasa ini, ayahanda tidak mengingatkan diriku lagi, dan anakanda 'bertuah' ini memang terlupa terus. Aduyai.

Mama, walaupun tiada hadiah buatmu, namun anakandamu ini tidak pernah lupa untuk sentiasa mendoakan dirimu.

Hari raya korban 2009

p/s: entries harini semua pasal mak dan bonda. hik! homesick gamaknya.

Tetamu kehormat

My parents in law are coming to England and Wales next weekend. (awat tak tulis UK jer?hik) Yey yey, boleh minum teh tarik Mak. Boleh minum kopi Kluang kaw-kaw Mak. Boleh Mak masak cekodok kentang sedap nanti time breakfast. Boleh Mak buatkan kek butter untuk makan petang pulak. Boleh Mak masakkan sup ayam untuk makan malam, sekali dengan cili kicap pedas.
Bertuah punya menantu! Tak2, saya takkan minta Mak buat semua tu, yang penting kami ingin membawa Mak dan Ayah berjalan-jalan di kampung Wales ni sepanjang 2 minggu lebih mereka di sini. InsyaAllah. Tak sabarr!!

Kami beraya bersama 2009

Semoga Allah berkati perjalanan mereka ke sini. Semoga mereka dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang percutian ini dan sekembalinya. Amin.

Wednesday, 22 September 2010

Entry raya LAGI!

Malam raya: sudah berada di 'kampung' seawal 2 hari kerana sangkakan raya jatuh pada hari Khamis, rupanya Jumaat. Menyambut malam raya dengan alunan lagu raya dan takbir dari komputer sahaja :p Tidak dilupakan untuk skype dengan ahli keluarga pada lewat malamnya.

Raya pertama: Kami berjalan kaki ke masjid. Makcik ingin menunjukkan di mana letaknya masjid kawasan tersebut. Tetapi kami sampai sedikit terlewat. Mereka baru sahaja selesai solat aidilfitri shift pertama. (Mereka mengadakan tiga shift solat raya, 8.30am, 9.30am dan 10.30am). Kami pulang rumah sahaja sementara menantikan waktu bagi solat shift yang kedua. Kemudiannya sang suami sahaja yang pergi masjid kerana wanita tidak dibenarkan menunaikan solat di masjid mereka. LELAKI semata-mata. Khutbah raya telah disampaikan dengan bahasa Urdu dan tiada translasi. Unik!

Petang raya: Berkunjung ke rumah rakan ahli keluarga. Meluangkan raya bersama beberapa keluarga Mesia dan Indonesia di bandar lain.

Raya kedua: Berkunjung ke open house di London. Pelbagai juadah dan RAMAIIIII sangat orang. Penat nak berebut nak ambil makanan. Phewwww. Maka tidak sempat mengambil gambar kerana sibuk berebut makanan. Haha. Melampau statement.
Lewat petang pula, sepulangan kami dari London, kami dijemput pula untuk beraya di rumah rakan makcik di bandar lain pula. Dihidangkan dengan biskut2 raya Mesia, oh enak sekali, puassss.

Raya ketiga: Pulang ke kampung Bangor. Berehat untuk hari-hari sekolah pula. Puassss.

p/s: Tak habis2 sang isteri cerita pasal raya. Harap bersabar yer tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Ini entry terakhir mengenai raya. Hek!

Juadah raya

Ahli keluarga

Ahli keluarga

Lama dah rindu

Budak ni ketap bibir sebab geramkan saya

Kami beraya bersama mereka

Kami beraya bersama mereka juga pada raya dua

Pengertian raya bagi anak-anak

Alamak! Baju raya saya. ;P


Pemanasan rumah

Tak mahu cerita pasal school. Hari-hari saya rushing pepagi sebab meeting awal pagi. Biasa pergi school lambat2, ini bila ada hal pepagi, mula lah berkelam-kabut. Hiskh. Meeting pun hampir hari-hari. Nak setup kerja makmal yang masih belum siap-siap. Ya Allah Ya Tuhanku, Kau permudahkan lah PhD ku, suami ku dan rakan-rakan ku. Amin.

Saya nak cerita pasal raya. Sibuk lagi beraya walaupun dah 15hari dalam bulan Syawal. Psss..saya belum puasa enam! Anda sudah? Erk! Hari school saya pergi school. Hari minggu saya beraya. Boleh? Hehe!

Memandangkan gambar raya di rumah ahli keluarga di pinggir London aka makcik tidak dapat dimuat-turun disebabkan oleh masalah teknikal, maka saya muat-naikkan gambar-gambar di Bangor terlebih dahulu. Jamuan raya kecil-kecil, sikit-sikitan telah diadakan pada Sabtu tengahari dan Ahad tengahari dan malam yang lalu. Buat kecil-kecilan kerana tak mampu nak memasak juadah gempak-gempak, sekadar termampu saja bagi orang amateur ini. Buat sikit-sikitan kerana menjemput rakan-rakan Bangor part by part sebab keluasan rumah yang tidak mengizinkan. Takut tetamu tak selesa. Nak minta duduk atas lantai kesian sebab rumah kami ini sejuknya 'over' biarpun masih belum musim salju.

Open house yang open nya part by part kami ini masih belum selesai kerana masih ada lagi keluarga yang tak dapat kami jemput. Tapi, insyaAllah akan dilaksanakan pada hari minggu akan datang. Phewww (penat, tapi seronok. letih, tapi puas). Jamuan raya ini juga bersekali dengan pemanasan rumah aka house warming kami. Selain itu, ingin juga menjamu mereka yang sentiasa menjamu kami sebelum2 ini, tanda terima kasih kami pada mereka.


Meja pemanis mulut (air pun pemanis mulut kan?)

Serba sedikit - nasi dagang, nasi impit, kuah kacang, satay goreng, serunding

Tetamu pertama dan ahli-ahli keluarga mereka pada Sabtu

Budak demam. Kesian. Tak makan pun.

Maruku Tesco dan kacang

Sabtu malam- jemputan raya di open house orang

Pantang nampak lensa

Ahadnya: Kek coklat..yummy tak??

Ahadnya: Pasang lagu raya!

Coffee table dan drawer chest sajalah jadi tempat penghidang

Model bersama tambahan menu ahad: rendang dan lemang

'Biskut raya tunjuk Tesco'

Tetamu tengahari Ahad

Rendang sang suami.. teringat2 si isteri ke hari ini

Tetamu Ahad malam pula

Tetamu Ahad malam pula

Tetamu Ahad malam pula

Itu sahaja lah baju2 raya saya. Haha. Bukan2. Itulah sahaja gambar buat tatapan semua, kegembiraan kami untuk dikongsi bersama. Itulah sahaja beberapa keluarga di kampung Bangor ini. Ops..tertinggal a few lagi yang akan datang akhir minggu ini. Masih belum difikirkan juadah raya apa yang bakal dihidangkan memandangkan stok ketupat, lemang segera sudah habis, stok ikan tuna untuk kuah nasi dagang pun sudah ketiadaan! :P Guane guane?

Sekian!



Tuesday, 21 September 2010

Nikon D7000

Finally we got the picture of the long awaited replacement for Nikon's D90; a Nikon D7000. But slow down cowboy. This product is not on the shelf yet! It will only be available from 25 October 2010. But up till now, there are several things that is quite confirmed about the product.

  • RRP: £1299.00
  • 16.2 Megapixel DX-Format CMOS Image Sensor
  • High ISO (100-6400) light sensitivity - extendable up to 25600
  • EXPEED 2: Nikon's advanced image processing engine.
  • Magnesium Alloy Top and Rear cover - Durable!
  • Twin SD Card slots - SDXC Compatible (Possible 4TB maximum - need citation)
  • Razor Sharp 39-points AF system.
  • 100% Viewfinder Coverage
  • Durable shutter unit 150,000 cycle
  • 2016 pixel RGB metering sensor
  • 6 fps continuous shooting
  • Near instant start up
  • 0.052 seconds shutter release time lag
  • D-Movie - Full HD! (1920 x 1080)
  • Continuous autofocus movie.
  • 3 inch LCD display
This is surely a good replacement for the long praised Nikon D90. However, the price tag is quite high. For those who want a good amateur camera but lacks the dough, I recommend you the D90.


Drool.

Monday, 20 September 2010

10 Signs You Play Too Many Games


Only #3, #6, #8, #10 may refer to me. Well that means I don't play too many games yet.

Saturday, 18 September 2010

HTC Wildfire 2

The handset has arrived safely. My world has finally opened to Android mobiles. Without even blinking, I've took my sim card from my phone and test it on the HTC Wildfire.

Sure you have to do some settings at first, but once you keyed in all you login information, you are ready to go. Your friends on Facebook and Twitter can be seen in the window. I fell in love with HTC Sense seamlessness. All smartphone GUI should have done the same.

Without even typing any names, your friends who have their telephone numbers written on Facebook will be accessible through your phone address book. How cool is that?

Other than that, the Android OS is quite amazing. You can easily download all the apps from the Android store and all the software runs smoothly. Unlike the Symbian counterpart, in which the software needed to be developed to fit each handphone. There are no cure for all in Symbian, but Android doesn't seem to have that problem.

After playing it for a while, I noticed that I prefer the Facebook official app rather than using the HTC Sense's Friend Stream. The former shows more recent wallposts than the latter. Plus the latter doesn't have any ability for you to write personal messages in Facebook. Maybe it is because there is no such thing as private messages in Twitter (which Friend Stream try to integrate).

Whatever it is. HTC Wildfire is a very good product. I certainly recommend it for those who couldn't afford HTC Desire. HTC's superior HTC Sense really makes sense, and is the selling point for me.

Friday, 17 September 2010

Belum

Raya kami belum habis. Hari minggu raya telah diraikan bersama ahli keluarga dan kawan-kawannya di pinggir kota Lond*on. Hari minggu akan datang esok dan lusa akan diraikan bersama rakan-rakan kami di Men*ai dan Bang*or, insyaAllah. Pada pagi raya, rakan-rakan kami di sini telah berkumpul sesama mereka di dewan universiti. Malam sebelumnya, mereka berkumpul bersama jua untuk malam takbir raya. Alangkah meriahnya dan ruginya tak dapat kami raikan bersama mereka.
Namun, hari raya kami bersama ahli keluarga tidak kurang meriahnya. Juadah raya kami cukup simple - nasi dagang Ganu dan nasi impit. Kemudian, hari pertama dan kedua kami penuhi dengan mengunjungi 'open house' rakan-rakan ahli keluarga.

Walaupun kali ini raya kami di lain benua, suasana berbeza dengan kampung halaman, namun diri ini amat bersyukur kerana masih ada tenaga dan kudrat untuk meraikannya, masih ada rezeki yang enak untuk dijamah, masih ada ahli keluarga dan rakan-rakan untuk bersama. Sesungguhnya Dia Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.

p/s: letak sekeping dulu gambar raya sebab masih berada di school. Nanti saya update lagi!


HTC Wildfire

I was searching for a new handphone for someone else (not Fara). Her main priorities are 1. Facebook 2. Photography and 3. Satellite Navigation.

The first gadget that came across my mind was, of course, iPhone 4G. However she doesn't want any contracts, and that would make a normal iPhone 4G cost almost £700! I then came into the second in line, that is iPhone 3Gs.

iPhone 3Gs price without a contract is quite OK, but the only problem with the 3Gs is that the camera is so inferior compared to other handphones in its class. So I just omit it and keep my eyes peeled and continue searching into the rabbit hole of Android.

There are a lot of Android phones out there, but I don't have any experience using any of it. Looking at the current top notch Androids... and I see that they have a lot of nice features too. 

The names of Samsung Galaxy S, HTC Desire, HTC Wildfire and even Dell Streak came into the calculations. These variables has made the selection even difficult than before.

After a several days of thinking, I decided to buy HTC Wildfire for her. It is the cheapest among the Android 2.1, and it has the all celebrated and honoured HTC Sense.


To be continued...

Tuesday, 14 September 2010

HD Component Cable for Nintendo Wii

After buying two sets of Wii Motion Pluses, Nunchuks, and Classic Remotes... I don't have any idea what to buy for my white console. Then I went on searching for more things to buy online, and found out that I left out HD component cable.
I browsed the Internet and found several brands that is selling such thing. Even though I was not fully convinced that the product will do any good with my gameplay, I placed an order anyway. A no brand cable was sold online for under £4, and even if there are no differences, I won't bother as much.

The product arrives quite long after the order have been placed. Once I get my hands on it, I just tore the packaging and hooked the cables from Wii to my TV. Turned the Wii on, and noticed some differences in color depth. The reds and greens seems to be brighter than usual. ... and that's only the welcome & home screen (without twitching anything in the settings)

Then I turned the setting to HDTV (480p), and start a game. The color was marvellous! It seems a lot better than I expected. The reflection seems more white, and the edges became sharper than ever. Well they say that is as good as it gets with Nintendo Wii.

All and all... for under £4, the HD Component Cable for Nintendo Wii is a must have add-ons for those who have a Nintendo Wii & a HDTV connected to it. IMO, it is worth every penny...

Monday, 6 September 2010

Salam Perantauan AzrulFara

Buat semua pembaca blog AzrulFara di seluruh dunia, kami mengucapkan selamat menyambut lebaran aidilfitri, kami juga ingin memohon kemaafan di atas kekhilafan diri di dalam menulis blog ini sama ada yang disedari atau tidak. Didoakan semoga lebaran tahun ini memberikan seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat kita semua. Semoga kalian semua sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat Allah S.W.T.

p/s: Post entry ni awal2 sebab takut sibuk balik kampung dan beraya nanti.

Thursday, 2 September 2010

Jemputlah datang beraya :D


Ini lah teratak kami di sini

Jemputlah duduk

Ruang luar, tiada lagi boleh bercucuk tanam. Cuma kena jaga pokok bunga tuan rumah.

Tingkap bilik beradu

Sebahagian hallway. Tuan rumah ♥ cermin. Ini salah satunya.

Bilik mandi yang amat putih suci

Sudut kecil bilik mandi - cute!!

Dapur yang amat selesa buat saya. Satu fridge, satu freezer. Dapat bayangkan stok makanan yang boleh kami simpan? :p

Inilah rumah sewa yang kami dapat, setelah berbulan-bulan mencari. Melalui saat kecewa kerana rumah yang berkenan tapi tak sempat disewa. Melalui saat hampir berputus asa kerana tiada pilihan yang ada. Banyak bilik dan mahal, bilik sesuai tapi keadaan tidak elok, murah tapi terlalu kecil, pelbagai. Dah namanya mencari, memang lar macam-macam, kan? Melalui saat lega pabila tiba-tiba mendapat email daripada tuan rumah ini. Beberapa bulan sebelum itu, saya ingin menyewa rumahnya tetapi saya sedikit terlambat, ada orang yang dah 'chup' sebelum kami. Kemudian, tuan rumah mempunyai rumah baru untuk disewa, dia terus teringatkan kami. Rezeki di depan mata. Pasangan tuan rumah yang amat menyenangkan hati kami. Semoga kami selesa berada di sini, semoga keadaan semuanya baik buat kami. Amin. Kekawan, doakan semoga kami dapat menetap di sini sehingga di akhir pengajian kami, insyaAllah.

p/s: Sempena kemasukan rumah baru, ada orang kasik pokok kelsum. Alhamdulillah. Dapat lar makan laksa penang dan asam pedas beraromakan daun kelsum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...