Friday, 27 August 2010

Operasi pindah

Hanya sebahagian kecil

Kami mula memindahkan barang-barang ke rumah baru pada hari ini. Operasi telah dimulakan sejak pagi tadi. Alhamdulillah, cuaca bagaikan memahami. Hujan renyai hanya seketika. Menjelang tengahari, mentari kembali menyinari lagi. Walaupun kami masih belum cukup setahun menduduki Cymru..tapi barang!!.. (Mahunya mengangkut 2,3 trip ni). Kami secara rasmi akan menyewa rumah baru pada 1hb, tetapi tuan rumah yang baik hati lagi baik hati membenarkan kami memulakan operasi pemindahan terlebih awal.

Tujuan berpindah? Kerana inginkan sebuah rumah yang lebih dekat dengan school saya. Saya hanya perlu jalan kaki ke school memandangkan kerja makmal mungkin tidak menentu. Tujuan kedua, mencari rumah yang lebih murah sewanya. Alhamdulillah, walaupun satu bilik seperti kini, tapi rumah baru lebih besar dan bayaran sewa yang lebih rendah berbanding kini.

Sekarang, saya sedang berehat seketika di rumah lama, sementara encik suami menunaikan solat Jumaat. Sekarang, saya ingin menyambung operasi mengemas barang yang masih belum selesai. Sekian, harap maklum. Ya Allah Ya Tuhanku, Kau sihat sejahterakan lah kesihatan kami dan permudahkan segala urusan kami ini. Amin.

Wednesday, 25 August 2010

Kuih Tok Aji Serban

Saya memang ambil resepi Hanieliza.fotopages. Tapi saya tak gunakan tepung untuk bahagian 'serban'nya. Saya adjust mengikut suka hati saya berdasarkan pembacaan tips2 di internet.

Bahan-bahan
Lapisan Bawah

2 cawan pulut
*Masak pulut seperti biasa, masak bersama sedikit santan cair dan sedikit garam untuk menambahkan lemak.

Lapisan Atas
3 cawan santan pekat
Setengah cawan gula putih
Setengah cawan gula merah
3 biji telur
1 s/t garam

Cara-caranya adalah:
Lapisan Bawah (pulut)

1. Kukuskan pulut sehingga masak.
2. Setelah masak, keluarkan dari pengukus, mampatkan pulut tadi cantik-cantik.
3. Ketika masih panas, tuangkan adunan atas dan masak semula.

Lapisan Atas (serbannya)
1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau sehingga sebati.
2. Tapis terlebih dahulu, kemudian tuangkan ke atas pulut yang telah dimampatkan tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 30 minit atau kurang.
4. Setelah sejuk, boleh lah ianya dipotong. Lebih senang potong dengan pisau yang dibalut dengan plastik.

Selamat mencuba!!
Selamat berjaya!!

Sekian.

Tuesday, 24 August 2010

Biskut Lollikiss


Oh tak tak.. saya tak buat kuih raya :P

Saya order biskut. Oh tak tak..saya tak order biskut raya :p

Saya dan encik suami membuat order biskut comeil dari Mesia. Lollikiss namanya. Amat comeil!! Warna pastel seperti yang dijanjikan. Amat manis. Oh tak tak..saya tak merasa. Maksudnya 'sweet' dalam bahasa omputih.

Kami order dan minta Cik Cookies tersebut menghantarnya ke rumah ayahanda dan bonda tercinta di Gombak. Kami sangkakan Cik Cookies mahu menghantarnya melalui pos, tapi dia telah menghantarnya sendiri.. terharu sey! Dia bersusah payah mencari rumah mereka sehingga hampir waktu berbuka. Dah lar saya tak memberikannya nombor telefon tuan rumah padanya. Sebaik lar dia terjumpa jua. Kesian dia.

Terima kasih bebanyak Cik Cookies. Terima kasih bebanyak kerana menceriakan hari-hari Ramadhan kedua ibu-bapa mertua saya dengan hasil nukilan anda. Mereka teramat lar gumbira dan terkesima dengan suprise tersebut. Saya sukaa mereka surprised!! Mereka tak menyangka ia merupakan order dari orang UK khas buat orang Mesia. Sehinggakan ayah sangkakan Cik Cookies itu baru pulang dari Cymru, membawakan pesanan kami. Hek!

Cik Cookies bermurah hati berkongsikan gambar ini dengan kami.. Lalu, dapatlah kami berkongsi dengan kalian. Lollikiss yang cute arr buat ayahanda bonda yang jauh di mata, dekat di hati ;)

Love ayah, Love emak, Take care, From both of us ;)

Windows Dissolved

Its been quite some time since I used a Windows on my computers. There is a copy of Windows running on my computer, but I usually go straight away to Linux. At school, I'm using a Mac... and without even realising, I think that I've been living Windows free for 1 week!

I'm currently thinking about advocating wifey to go Mac... or at least Linux for the time being. With the fear of identity theft, phishing, trojans and so many other Windows problem, I think this is the right time to change. Previous Linux distros might not be perfect, but its getting there soon enough. (R U Ready Wifey?)  

Monday, 23 August 2010

Saya dah miliki

Saya dah memiliknya semalam. Hampir sama rupanya dengan gambar si google ini. (Saya dah ambil gambarnya tapi sekarang di sekolah, ambil saja yang ada di laman internet). Harganya cuma £1 di carboot semalam, super duper murah berbanding harga asal: £18 iaitu antara harga paling murah yang disurvey setakat ini. Dengan harganya semurah itu, memang keadaannya tidak lah berapa cantik, agak buruk. Tapi, tarak kesah. Asalkan masih boleh dipakai. Aku ingin memakainya ketika bekerja di lab!! Yey.

Video Games Dispute


Why the Defence Secretary didn't ban previous instalments of 'Medal of Honour' where players can play as the Axis?

Maybe the Defence Secretary is telling 'Electronic Arts' to consider a game that instead of fighting a real life enemy, players in 'Medal of Honour' should fight with aliens... after all, no one has been dead in the hands of aliens... (yet?)

Sunday, 22 August 2010

Menikmati kegemaran


Candid. Saya sedang menikmati pemandangan laut.

Juadah beramai

Semalam, hari minggu, kami berbuka bersama-sama rakan-rakan rapat di sini beramai-ramai. Tujuannya dapat bertukar-tukar menu supaya tidak bosan berbuka puasa dengan menu sendiri. Setiap minggu akan bergilir-gilir tuan rumah berbukanya. Kami insyaAllah di hari minggu bulan Ramadhan terakhir jika ada kesempatan. Semalam, kami berdua membawa hanya asam pedas mackerel. Kuih untuk dibawa kami tinggalkan di rumah kerana TAK JADI !! :(
Juadah yang menjadi hidangan kami semalam, mee rebus, asam pedas, lemak udang nenas, salmon panggang, pecal, burger malaysia, apam balik, air tembikai dan kopi. Alhamdulillah. Terima kasih Kak S kerana menjadi host yang terbayek lah!!


Hanya separuh meja dapat diabadikan


Hanya separuh tetamu yang dapat diabadikan

Gambar makan dan beramai-ramai tidak dapat diabadikan oleh kerana terlalu asyik menikmati segala macam hidangan. Harap maklum.

Saturday, 21 August 2010

Juadah hari ini

Tok Aji Serban

Apakah ianya? Kuih tradisional Terengganu - Negeri Cantik, Budaya Menarik . Bawahnya pulut, di atasnya sekaya (telur, santan dan gula merah). Tapi rupa kuih ini taklah secantik mana. Rasanya pun belum tahu. Huhu.
Akan dibawa ke pot luck berbuka puasa beramai-ramai hari ini. Kuih Tok Aji Serban. Kalau sedap, nanti saya sharekan resepinya. Kalau tak sedap, saya sharekan juga resepinya (iklan resepi Hanieliza tentunya) :p

Bukan kapur tulis



Kisah kapur lagi, setelah episod kuih kaswi. Saya telah mencari di mana untuk mendapatkan kapur kuih sebelum mengetahui Kak I ada kapur dari Mesia. Saya telah mencari -cari apakah terjemahan kapur makan di dalam bahasa Inggeris. Apabila mencari dengan si Google, pasti akan ada gambar buah limau nipis. Macam apakah? Pada mulanya tidak faham.

Kapur yang boleh dimakan

Tapi..setelah mengemas dapur semalam, saya terjumpa 'menda' ini di dalam almari saya. Rupanya saya ada KAPUR makan!!! Pemberian sahabat di sini yang ingin mengosongkan stok2 dapurnya. Saya terimanya bersama dengan rempah-ratus lain., maka tak sedar/tak ingin tahu/tak ambil tahu apakah ianya. Saat terjumpa Edible Lime ini semalam, baru lar saya terfikir, kapur di dalam bahasa Inggeris adalah 'lime'. Kerana itulah google menunjukkan gambar limau nipis. Aiya, slow pick up betul lah. :p

oH, Kapur!!

Minuman Creamy Latte


Kegemaran kami berdua ;) Sesuai sekali untuk dijadikan juadah berbuka puasa pada penggemar kopi.

Creamy Latte (untuk satu mug)

1/2 sudu besar serbuk kopi (Kenko atau Nescafe Gold Blend)
2 sudu besar gula perang/putih
Suku mug susu UHT Full cream
Air panas
Whipped cream
Serbuk koko

Caranya: Bancuhkan air kopi dan jangan letak air panas sehingga penuh. Kemudian, letakkan whipped cream sehingga mulut mug atau lebih sedikit. Taburkan serbuk koko di atasnya. Jika minuman tersebut mempunyai kandungan gula yang mencukupi, whipped cream tersebut akan terapung cantik. Jika tidak ia tenggelam sedikit demi sedikit.

Juadah semalam




Semalam kami berbuka puasa dengan nasi tomato, sekali lagi dengan resepi Hanieliza fotopages. Lauknya ayam masak merah resepi bondaku, kari masak hitam resepi orang lain (lupa cedok mana) dan acar timun hantam kromo (sebab tersilap potongan timun). Dessert pula atas permintaan sang suami, saya siapkan kuih lopes. Dahaga pula dilepaskan dengan air sirap bandung+strawberry cordial. Kak Y sedekahkan sepotong kek tiramisu yang teramatlah sedap!!


O-One Hundred Hour

It's almost 1 o'clock in the morning. Wifey has already taken her beauty sleep upstairs. Me on the other hand had only just finished reinstalling my OSes (again) (and again). Its not that there are any problem with my previous setting, I just like the idea of installing new OSes and watch my computer running like new.

Felt a little bit sleepy, but I hope that the caffeine in my Latte Macchiato will help me continue working through out the night. This is the problem with computer scientist/engineers. You couldn't sleep without thinking about finishing some work. Weekends doesn't bring any meaning if work isn't finished.

Computer is a little bit different from other research fields. Other research field may think that their work is following them home, but that is just metaphorically. Thanks to the innovation of laptop computers, work for computer researchers will follow them literally. We couldn't give any reasons not to do our work even if we are at home.. because we should be able to do it anywhere.

The other problem with computer researchers is that they could not do any work without the computer. And everybody knows that the computer itself has a lot of distracting things. Websites, games, SNSs, IMs are just to name a few. If other researches wanted to concentrate on working... they can just easily unplug their computer and start working peacefully. (except of course during their stats/writing)

Anyway... enough blabbering... and off to work. (this blog post is another good example of distracting things... tehehe)

Friday, 20 August 2010

Perihal suprise si Kaswi

Rutin
Sejak2 bulan Ramadhan, masih belum entry daripada sang isteri yerk. Dia busy sangat ke? Pagi ke sekolah seperti biasa, balik sekolah macam orang Mesia (pukul 4 atau 5) padahal waktu berbuka 9pm nanti. Pukul 7.30 dah mula memasak juadah, main dish dan juga dessert pilihan si suami. Selepas berbuka lebih kurang hampir pukul 9..berehat 15-20 minit sebelum mengerjakan solat. Setelah habis menunaikan solat, sudah hampir pukul 11, tak sempat nya nak menyentuh makanan kerana perut masih 'full'.. maka kami langsung beradu sehinggalah bangun sahur kemudiannya pukul 3.30am. Waktu Subuh kini pukul 4.35am.


Suprise
Bulan puasa lah bulan eksperimentasi bagi saya. Eksperimen kuih-muih. Semalam saya buat kuih kaswi, favourite si dia. Mulanya hampir tak menjadi, frust macam nak nangis. Tapi setelah dibiarkan seketika, rupanya, alhamdulillah!! Sebaik lar ada si dia yang penyabar. Kalau ikutkan saya, dah lama buang. Sebaik lar tengok internet last minute. Kalau ikutkan saya, dah lama buang. Huhu.

Sewaktu mula2 membancuh, dah siap letak dalam kukusan, ALAMAK!! Kapur lupa letak. Punya lar pinjam, 'pinjam'?Bukan2, codek sikit kapur dengan Kak I. Sebaik lar Kak I ada kapur, import dari Mesia. Letak lar kapur makan(kuih) tengah-tengah masak tu, sebaik lar sempat. Fuh! Tapi cuma sesuku sudu teh kapur. Kapur untuk apa, saya taktahu! :p

Culik daripada si Google

Setelah setengah jam masak, dia masih belum 'set', lembik semacam, berair lagi. Letak satu bekas dalam microwave selama 3minit, bila dah cukup masa, saya tengok masih ada airnya. Letak lagi 3minit dalam keadaan bertutup. Pabila dah sampai MASANYA..walla.. berkedut seribu kaswiku. Kecut!! Mengamuk uwak2 dah saya!! Si dia kata takpe lar, dia makan jua.

Petua
Oh ya, sebenarnya kaswi nak buat sebagai 'surprise' juadah buat si dia. Kegemaran dia. Ibunya suka buatkan untuknya. Saya nak lar buat kegemarannya. Saya bagitau dia yang saya nak buat tok haji serban. Haa..nak suprise sangat, kang dah TERsuprised diri sendiri.

Bekas kuih kaswi satu lagi sayang, takut untuk kami letakkan dalam microwave, malas pulak dah letak dalam pengukus lagi. Belek lar si Google. Rupa2nya, memang patut ada air di permukaan kuih itu (sebab masak dalam pengukus), biarkan saja, serapkan dengan kain/kitchen towel, kemudian sejukkan. Duhhh.
Kami pun biarkan lar kedua2 bekas. Setelah sejam, akhirnya dia 'set' elok. Kuih kaswi yang kedut memula tu, dia mengeras lembut. Kuih kaswi yang berair tu pun menjadi. Syukur. Diri ku tersurprised lar plak. Kemudian, dipotong dengan pisau balut dengan plastik, gaul-gaul dengan kelapa parut. Sebekas untuk kami, sebekas buat Kak I yang dermakan kapur :D

Moral of the story.. jangan putus asa dan berSABAR lah dengan dugaan. Jangan ngamuk2 tak tentu pasal :P

Resepi
Mahu resepinya? Saya dapatkan daripada rujukan favourite saya: Hanieliza fotopages. Saya gemarkan resepi2nya kerana sukatannya yang senang (cawan) dan resepi yang dimudahkan. Dan insyaAllah menjadi. Maka, saya memang trust resepi dia. Lagipun dia orang Ganu, maka ada lar masakan tradisional Ganu. ;)



Bahan Sirap
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir (saya gantikan dengan gula putih)

Masakkan semua dan sejukkan

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung (saya gunakan tepung jagung)
1 sudu kecil kapur kueh
Kelapa parut ( yang muda)
Sedikit garam

Cara:
1.Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. [Lapikkan pelastik saiz loyang]
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
4. Masakkan sehingga masak [30 minit]
5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong dengan pisau plastik.
6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.


*Oleh kerana bancuhan awal kelihatan warnanya agak pucat, saya letakkan beberapa titik kicap (petua internet) untuk mengelapkan warnanya. Walla..menjadi. Tapi sayang, kamera tak sempat menangkap gambarnya. Bulan puasa ni tak pernah keluarkan kamera pun, itu pasal tak pernah ada gambar juadah berbuka. Hik.

Tuesday, 17 August 2010

Plants vs Zombies

Plants vs Zombies (PnZ) is on of the most talked about real time strategy game in the market. It open up the paradigm of RTS games which was usually being related into war between races, beliefs and species.

In Plants vs Zombies, player plays the role of gardener trying to save his own house from the invasion of zombies. The only line of defence you will have is your plants.

Some of your plants can shoot seeds, some acts as a boulder, and some as a bomb. Resources in the game is not the tiberium or ore. The resources in the game is just sun rays. You collect sun rays to be able to plant more plants.

The zombies come in many types. There are normal zombies, zombies with a road cone on his head, zombies with cooking pan on his head, sporty zombie and even an old zombie reading newspaper. Each zombies will have a unique style of movement, and you have to place your plants accordingly so that the zombies would not reach your house.

Your house is not without any safety, if a zombie chew his way until the end of the garden, a lawnmower will come out and wipe out all of the zombies in its line.

All and all... I found that the game is addictive... (just like any other PopCap games). and very challenging. Good job PopCap. Plants vs Zombies is surely the best cute RTS game so far...

Friday, 13 August 2010

I Miss Partition Magic

I didn't remember my last time using the software, but Partition Magic has worked its magic so many times during my computer life. Yesterday as I am thinking about installing a new Operating System (OS) to make it easier for me to do my research. As usual, when there is something related to extra OS, Partition Magic was the first thing that came up to my mind.

Then I browsed the Internet and found out that the latest version of that software was 5 years ago! People are saying that it is not usable with Windows Vista or 7. The only way to partition my computer would be by buying an online disk partitioner... which I don't know the maker of the software... as Bart would say... "Dodgiiee".

Then I found out that current Windows Vista and 7 Disk Management can shrink and expand partitions! Horay! I was very glad to hear that, and straight away try it. I did try to shrink the partition... but sadly found out that  Disk Management couldn't shrink/expand any partition that is having the system file and/or an NTFS. Which in my case, the partition was both of them. Dang...

So there's nothing else to do but to go back to square one and uses my USB bootable Ubuntu Linux. I just have to live with the USB stick dongle at the side of my laptop from now on... Urghhh...

My current USB Live Ubuntu 64-bit Screenshot.

ps: I have a minor problem, the Linux didn't shut down properly. Is it just me or everybody is having that problem?

Tuesday, 10 August 2010

Steam boat?


Hari minggu lepas, kawan kami bermurah hati menjamu kami dengan ini. Steamboat! Yummy!! Dah lama teringin mereka nak buat makan-makan steamboat sedunia, akhirnya tercapai jua bebaru ini. Makan-makan sempena bulan puasa yang bakal menjelang. Steamboat berserta kuah tomyam dan sambal pedas. Nikmat sekali.

Tuan rumah bersama tetamu2nya. Tuan rumah yang tersenyum paling lebar, yang paling depan. Memang akak berdua tu rajin betul menjamu kami berdua. Kami berdua yang sentiasa lapar ni, tak dilepaskan peluang dan rezeki.

Inilah juadah kami sepetangan di sana. Punya lar makan bertambah waktu tengahari, kemudian bersambung dengan sesi borak-borak segala isu. Lepas itu diadakan lagi sesi makan-makan pada waktu lewat petang. Memang puas hati lar tuan rumah menjamu.

Ops, korang pembaca sedang berpuasa yek? Kurang pahala lar plak si blogger cerita pasal makanan banyak2. Ampun! :p

Sekian.

Here it is

Ramadhan kini muncul kembali Alhamdulillah, kita masih dipanjangkan usia untuk bertemu dengan Ramadhan sekali lagi. Semoga kita semua beroleh kekuatan dan kesihatan yang baik untuk berpuasa dengan sempurna sepanjang bulan ini. Semoga semua ibadah kita diberkati dan diterima oleh Yang Maha Esa.

Tahun ini sudah kali ketiga kami menyambut Ramadhan bersama-sama. Tahun ini merupakan kali pertama lar sang isteri berpuasa di perantauan. Huhu. Si suami sudah biasa..bertahun2 di negara orang. Tapi puasa dia di perantauan kali ini, dia gumbira, dia tak perlu masak sendiri, dia ada 'tukang masak'. Apa lar menu nak masak best untuk buka puasa hari-hari.. kuih muih pastinya tiada di dalam senarai menu sang 'tukang masak' ini. Hik! Tapi telur dan sardin mungkin menjadi pembuka selera kami semasa bersahur (tapi takmau lar hari-hari). Dah ada stok, rezeki daripada kawan London, alhamdulillah. Tesco sini ada jer sardin dalam sos, tapi pastinya bukan brand Ayam.

Tapi.. kami belum pasti bila kami akan berpuasa. Nanti malam baru telefon pak2 imam yang ada. Kami akan berpuasa dari pukul 3am sampai 9pm. Huhu. Semoga diriku tabah!

Berita terkini! Ar osod = To let


Berita terkini, rumah kami untuk disewa. Hik. Baru sahaja minggu lepas maklumkan kepada tuan rumah dan agensi rumah yang kami akan berpindah keluar. Semalam, terus mereka pacakkan tiang penanda 'to let' tersebut. Efisyen! Tak sabor2 nak suruh kami keluar yerk. Hik. Tapi tentunya, mereka orang berniaga, mesti taknak rugi sehari pun. Semalam pacak, semalam keluar kut internet, semalam juga lar ada 3 orang yang datang bersama pihak agensi untuk melihat2 rumah kami tersebut. Bagaikan pisang panas.



Saturday, 7 August 2010


Dear Hubby,
I wanna go shopping. Shopping. Period.
Hihik.

Love,
Wifey

Thursday, 5 August 2010

Weekend Planning

Couple of guys came into our room again and trying to do something with the network switch. Well, what is the problem with them? Are they trying to have a grid computing too? Why don't they just take their research project money and buy themselves a new one?

I wonder what are they trying to do with a lot of internet connection. From what I know, they should be able to connect wirelessly without having to hassle with the LAN. I just hope that whatever they do, they do not interfere with me or my Internet.

Well, we just leave them doing anything they like for now. Lets talk about something else.... Today feels a little bit hotter as the sun shines brightly. Closing some of the window do help to increase the temperature of this room. I just love the heat...

Tomorrow would be the final working day of the week. I have a plan for Saturday but no plans for Sunday yet. I guess going window shopping at the car boots sales might be pleasant. What do you think wifey? Any ideas?

Turn Off the Grid!

There is a person in my research lab that uses 8 computers for his research. Other person in the room are assuming that he is doing some number crunching on those machines. The person don't usually come to the lab and just leaves the computer on.
For the last 6 months in the lab, I've only seen the person 2 times, meddling with the computers. I wonder what he is doing with it. What ever research he is doing, if the number crunching operation would last more than a week, I don't think that the system he uses is feasible for the research.

IMO, he should have upgraded the computers and I suspect that the calculations time might be cut into half. Better still, he should think about improving his algorithms so that the calculations wouldn't consume as much time as it would now.

Several days ago, two lads came to our lab. It seems like they're trying to hook their cables to the network switch. They were suspicious with all the 8 computers running in the corner of the room. One of them interested at the network switch behind the computers. 

A friend of mine told them that the computers is running doing something. Then while my friend is conversing with the person, the person suddenly turned off all of the computers! Wow! That's a bold thing to do. He then said that, that is the only way to know whether the computers are still in use or not.

Now, we just have to wait for the owner of the computers to come to the lab and go amok. I just hope he would spare me and my gadgets I left in school. What ever it is... by turning off the computers, our lab temperature has gone down at least 2 Celsius degrees, and it is much calmer than before. I can even hear my friend's mouse clicking at the other end of the room. 

Wednesday, 4 August 2010

I love those food

As I told you in previous entry, we received our raya food stock box from Ganu yesterday. Alhamdulillah. (pernah sekali kotak tak sampai2..itu yang bersyukur sangat yang ini sampai jua). Apa ada dalamnya? Ada rempah nasi dagang, rempah kuah nasi minyak Ganu, ikan bilis and BUDU!! and lots more. Budu paling excited nak makan. Budu cap ketereh sekarang sudah advanced. Dia sediakan paket2 kecil budu dalam plastik tahan lasak (untuk sekali makan, 50 sen harganya di Pasaraya Maidin). Senang lar nak untuk diposkan. Yang itu pun I saw in one of my friends pictures in FB. I told my mom to search for it. Memang my parents tawaf supermarket, akhirnya ketemua jua. Yey! Mungkin dah lama ada, I jer yang tak tahu menahu.

Budu cap ketereh new packaging
Source: google pic

Alkesah, rempah kuah nasi dagang. Actually, I'm not a fanatic fan of nasi dagang. Tapi, bila sudah di perantauan, mengada-ngada. Yang susah dapat lar yang kita nak, kan. And, back in Ganu, usually I love to ask my dad to buy nasi dagang banana leaf for me. Nasi dagang dalam bekas2 lain, tak mau. Takmauuu! Orang cekeding memang banyak songel kalau bab makan. Sebab tu cekeding. Hik!

So, my mom tagged me in this picture in FB..to show me how to fold those banana leaf for my favourite nasi-dagang-dalam-daun-pisang. She said sorry if this picture could make me terliur. Saya pun buat2 lar kata tak terliur. Kesian kat bonda takut dia rasa sedih. Padahal memang lar teringin ! Huhu.

That day, I told her that I wanted 'lepuk duriang' but she couldnt find any suitable one (meaning, a well packaged and processed) to be posted. Takut berkulat dalam perjalanan. But a few days after they posted the food box, she finally found the 'lepuk', but it was too late then And she said, she couldnt bear to see and eat that 'lepuk'. Sebab teringatkan saya yang teringin. Huhu. Sedih pulak nya macam tu. Dia sedih kat saya, saya sedih kat dia. Oh bonda! Alaa puan fara pung..baru tinggalkan mesia tak sampai setahun, dah gedik nak itu ini. Hik!

Rempah kuah nasi dagang ada. Beras pulut ada. Ikan apa yer yang sesuai? Daun pisang dapat dicari di Manchester. Ada kelapangan, ada kudrat, insyaAllah nasi dagang dalam daun pisang akan diusahakan nanti. (kemungkinan besar untuk juadah raya akan datang) :D Moga rasa sedap macam bonda selalu buat di pagi raya :)

Tuesday, 3 August 2010

Mood hari ini


Bercelaru. Tak faham. Pening. Penat. Malas. Tiada mood. Gusar. Sedih. Syukur. Sedih jugak.

Baru habis kerja di sekolah. Kerja paksa rajin sikit-sikit. Mungkin hari pertama bekerja setelah ada hari minggu extra 1 hari. Semalam sepetangan entertain rakan-rakan suami merangkap rakan-rakan baru isteri dari belah selatan Cymru. Sebentar nanti ke rumah rakan untuk aktiviti wajib (makan+borak), tapi kali ini berseorangan kerana rakan serumah sibuk di sekolah dia.

Kotak azimat-penuh-makanan dari bumi Ganu baru sampai di rumah rakan petang tadi, alhamdulillah. Menggunakan alamat rumah rakan kerana sangkakan kotak sampai lambat lagi, sewaktu kami berpindah nanti. Sangkaan meleset. Kotak sampai awal kerana melalui ruangan udara. Pantas gitu! Terima kasih ayahanda bonda. Tak sabar nak masak raya. Hik!

Minggu ini belum lagi berjumpa dengan supervisor hensem. Hurm. Apa nak cerita kat dia minggu ni? Opp oooo.

Till next time peeps!

Sunday, 1 August 2010

Hari minggu = Hari Jalan

Baru sahaja sampai rumah. Laptop yang menjadi sasaran. Facebook pertamanya. Makin hari, facebook tiada apa lagi yang menarik. Minatku hanya meninjau2 status kengkawan.

Kami baru sahaja pulang dari bandar L*landudno. Bersiar2 bersama kawan sekeluarga. Dah puas dengan pekan B*angor, ke tempat lain pulak lar kami. Bandar Llandudno memang selalu juga menjadi kunjungan kami kerana adanya ayam halal di pasaraya sana. Itu lar pilihan kami selain ke Manchest*er.

Niat window shopping dua tiga minggu ini adalah untuk mencari baju hujan. Mahal lar, (dia) besar lar (for me especially), tak cantik lar (i lar pemilih tu). Tapi tadi, akhirnya ketemu jua kami dengan windbreaker..fuh! Hujan dah berminggu2, tapi baju hujan barulah dijumpai. Harap hujan lagi lar selepas ni. Nak merasa baju baru. Hik. Harga baju2 tu pulak..mak ai ai..murah sangat. Kalah carboot! Apa lagi, grab saja lar. White for me (cepat kotorkah) and dark brown for him (the colour suits him very well). Nak beli warna sama tapi tiada yang sama. Tak sedondon lar kami. Takpe lar, sekolah lelain (apa kes?).

Kalau ini..tak payah raincoat. :p
Source: google pictures

Niat di hati suci murni nak wellies macam ni.. tapi tapi tapi.. taktau tapinya apa. I guess there's no reason for me to buy it. But I love it soo! Their people love to wear this during rainy days. Cute!! Love it!! (psss... love it sooo!!) Berapa kali daaa.
Love pink sooo!! :p

Ada heels!! :)

Sesuai dengan my white windbreaker kan? :D

Till next time peeps!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...