Thursday, 23 December 2010

Sejuk dan hangat

Siang hari di North Cymru

Minggu ini, suhu siang lebih kurang 0 sehingga 2 darjah celsius. Manakala, pada waktu malam pula, suhu menjangkau sehingga -9 darjah celsius. Kawasan pergunungan di North Cymru ini iaitu Snowdonia, suhu pada hari Ahad lalu -17 darjah celsius. Itulah suhu yang paling rendah di kawasan kami ini.

Matahari terbit pada pukul 8.30 am dan terbenam pula seawal jam 4.00 pm. Siang yang pendek membuatkan diri terasa tidak sempat berbuat apa-apa. Bila keadaan sekeliling dah gelap malam, automatik terasa seperti, 'tibanya masa untuk makan malam, berehat dan tidur'. Percayalah, memang begitu perasaannya. Mungkin juga dipengaruhi oleh suhu yang sejuk.

Subuh : 6.20am
Zohor : 12.16pm
Asar : 1.46pm
Maghrib: 4.01pm
Isyak : 6.05pm

Selalu bila keadaan begini, rindunya pada kehangatan dan kenyamanan cuaca Malaysia. Rindunya pada waktu siang dan malam yang normal Malaysia :D

Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri pun tak apa...

Siang hari di timur Semenanjung Malaysia

p/s: muka terbakar untuk hari kahwin di sebelah encik suami :p

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...