Saturday, 25 December 2010

Sambutan dan Boxing day

Semalam, tanggal 24hb Disember 2010, genap umur saya '21' tahun 2 hari, kekawan buat majlis makan2 dan juga tiup kek untuk diri saya. Seronok pula bila diraikan sebegitu. Makanan pun lazat dan meriah. Ada ayam panggang (cari turkey halal tak jumpa) dan nasi lemak dan kek sedap tentunya.

Hari ini, tanggal 25hb Disember 2010, genap umur saya '21' tahun 3 hari, kawan aka jiran Menai buat majlis makan2 dan sambut hari kelahiran saya. Seronok! Soto simple tapi mengenyangkan dijamu pada tenghari/petang tadi.

Alhamdulillah, rezeki kami dijamu. Moga rezeki mereka dimurahkan sentiasa olehNya. Amin.

Kek sedap, ayam panggang di sebelah kanan, sambal sotong di belakang, rupa coleslaw sedikit di sebelah kiri
(gambar ditaja oleh a*imi)

Tiup lilin yang sengaja tak dicukupi bilangannya
(gambar ditaja oleh a*imi)

Pada hari esok pula, tanggal 26hb Disember 2010, bersempena dengan Boxing day - hari bershopping sakan, kami akan 'terpaksa' bershopping. Kami tiada mood sakan nak bershopping. Tapi oleh kerana kesiankan kekawan yang tidak berkereta dan tidak ke mana pada musim cuti panjang ini, kami pun volunteerkan diri bershopping. Berjumpa mereka di high street Bangor, kemudian ke bandar terdekat yang lebih meriah dengan kedai2 lain untuk sambung membeli-belah.

Boxing Day AzrulFara 2009

Hasil shopping kerana ada mood :D

Bergaya di Bull Ring

p/s: Mungkinkah aura boxing day esok akan mewujudkan mood shopping kami?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...