Monday, 13 December 2010

Penangan pukul

Celik sahaja mata pagi tadi, badan terasa berat untuk membangunkan diri. Habis lenguh dan sakit terasa. Dari bahu, tangan sampai ke peha dan betis. Kenapa? Penangan badminton.
Setiap minggu aktiviti itu dihadiri tapi jarang-jarang bermain bersungguh-sungguh. Dua court badminton disewa selama dua jam oleh rakan senegara. Biasa yang bermain lebih kurang 10 orang lelaki dan perempuan. Bergilir-gilir lar kami. Ada yang serius, ada yang main-main. Bebaru ini, saya memang 'bermain-main' tetapi bersungguh-sungguh. Lompat sana sini, terkam depan belakang. Biasa lah, lepas bermain memang tak terasa. Esoknya, baru lah otot-otot 'memberontak' kesakitan. Padahal, senaman panaskan badan telah dijalankan, tetapi kemungkinan tidak mencukupi. Gagahkan juga diri ini untuk ke sekolah.
Beginilah kalau badan yang ketiadaan stamina. Diharapnya minggu depan kesakitan akan berkurangan selepas 'bermain-main' bersungguh-sungguh.

Tiada kaitan, cuma berkaitan dengan p/s

p/s: tetiba perasaan romantika

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...