Saturday, 25 December 2010

Paprik Mudah Untuk Suami

Paprik ayam pesen AzrulFara

Biasanya untuk menu tengahari atau makan malam, saya akan hidangkan sekurang-kurangnya dua masakan, iaitu lauk utama dan juga lauk yang bersayur. Tapi jika saya 'malas', saya cuma masak paprik, kerana ia adalah lauk utama yang bersayur. Lagipun, ini adalah favourito encik suami.

Sewaktu bergelar siswi di universiti dulu, saya suka order nasi putih bersama paprik ayam atau paprik campur. Atau kegemaran saya juga order nasi putih bersama tomyam ayam/campur bersama telur dadar. Mak ai, memang sedap menjilat2 jari. Bukan ke semua orang sukakan menu tersebut? :D

Saya mula mempelajari resepi untuk memasak menu ini daripada sahabat baik saya di universiti dulu, iaitu Cik E. Sekarang sudah bergelar Cikgu E (I miss her so much, nak duduk lepak borak lama2 dengan dia..huhu).

Jom kita belajar resepi Paprik Ayam daripada Cikgu E!

Bahan-bahannya:
Bawang besar mayang, bawang putih mayang, seketul dua cili padi yang diketuk, ayam potong kecil, serai diketuk, daun limau purut, sos tiram, kicap manis, sos cili, sos tomato, sayur kobis bunga, carrot, kacang panjang, baby jagung.

Resepinya:
  1. Tumis bawang besar, bawang putih mayang dan cili padi sehingga wangi.
  2. Kemudian, masukkan ayam, goreng sehingga agak2 masak. Masukkan air (jangan terlalu banyak, ayam dan sayur akan keluarkan air juga).
  3. Letak serai dan daun limau purut (koyakkan dulu supaya keluar baunya).
  4. Jika ayam sudah putih masak, masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap secukup rasa.
  5. Biar mendidih seketika. Kemudian masukkan sayur2nya.
  6. Taburkan garam secukup rasa. Tak perlu serbuk perasa kerana semua sos2 tersebut sudah ada cukup rasa.
  7. Akhir sekali letak sedikit lagi daun limau purut yang dikoyak2 untuk lebih wangi. Terlalu banyak pun tak sedap (saya jarang ada daun limau purut di sini. Maka, pernah saya gunakan kulit buah limau untuk rasa tersebut..menjadi lar juga)
  8. Agak mendidih, sila tutup api dan angkat dan hidang untuk yang tersayang.
  9. Hidang bersama nasi putih panas atau nasi goreng kosong. Oh yummy!!
p/s: Gambar paprik saya di atas tidak cukup sifatnya kerana tidak ada sayur2 seperti yang dicadangkan :p

2 comments:

fa10 said...

good idea.. blh guna kulit limau utk perisa daun limau purut, dah lama x buat ni...
happy belated birthday.. br 21, muda belia lg ni...

fara said...

fa10: itulah, terdesak takde daun limau, guna jer kulit limau, sedap juga sebab ada bau2 tu. :D

hehe. '21' sebenarnya. thanks anyway.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...