Tuesday, 7 December 2010

Licin bagaikan sabun

Pagi tadi, encik suami hantar separuh jalan. Jalan licin sangat pagi tadi. Penuh dengan ais. Setapak demi setapak saya melangkah bagaikan itik, terkengkang2.
Ada orang laki jalan belakang saya, tetiba kedengaran 'kedebuk', dia jatuh berdebuk. Kesian. Tapi saya tak tolong dia. Dia jauh di belakang. Saya hanya berpaling untuk seketika, tidak merenung lama, saya takut dia malu.
Selepas menyaksikan dia sudah terduduk berdebuk di atas jalan tar tersebut, saya memperlahankan lagi langkah saya. Sewaktu menaiki jalan agak berbukit yang mana sudah hampir ke bangunan sekolah, saya berpaut pada pagar batu, mendaki sedikit demi sedikit, mujur tak merangkak jer :p

p/s: Ya Allah, Kau jauhkan kami dari balamalapetaka dan azab api neraka. Amin

google.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...