Thursday, 30 December 2010

Lenguh tangan


Sumber gambar dari google.com

Laptop tidak disarankan untuk digunakan dalam keadaan yang lama. Kedudukan mengadap laptop yang tidak betul boleh mengakibatkan sakit leher, tulang belakang dan tangan. Jika ingin membuat kerja yang memerlukan masa yang lama di hadapan komputer, desktop computer adalah lebih sesuai. Semasa saya mengikuti kelas Health and Safety di awal tahun ini, kedudukan badan yang betul untuk menggunakan komputer juga telah diajar.
Postur badan yang tegak, jarak pandangan mata dengan skrin yang betul, kedudukan lutut yang lebih rendah atau sama dengan peha, kedudukan meja yang sama tinggi dengan siku. Semua itu perlu dipastikan ditepati. Kaki pun seharusnya tidak tergantung untuk orang2 pendek seperti Puan Fara. Jika kaki tidak sampai, pastikan ada pelapik. Cahaya pun dititikberatkan di dalam perkara ini iaitu dipastikan tiada silau dari tingkap yang menganggu penglihatan kita terhadap skrin komputer (mungkin ada silau dari arah belakang kita).

Sumber gambar dari google.com

Saya terfikir balik mengenai hal ini kerana sejak dua menjak menggunakan laptop di rumah ini (cuti omputihs ni kan panjang, belum dapat pergi school), pergelangan tangan saya sakit. Agaknya tersalah teknik/postur tangan apabila menggunakan laptop. Tak menyedarinya sampailah dah terasa sakitnya. Takut juga jika ini adalah simptom Carpal Tunnel Syndrome. Nauzubillah..

Tapi simptom utama untuk sakit ini adalah tapak tangan dan jari jemari berasa kebas kerana berkaitan dengan tergeliat atau ter'penyek' urat-urat tangan. Seringkali akan menganggu ketika tidur. Biasanya orang yang biasa melakukan kerja2 teliti yang terlalu banyak dengan menggunakan jari, iaitu menjahit, mengubah/mengukir (itu based daripada pengalaman orang yang pernah mengalaminya). Keadaan kroniknya apabila satu ketika seseorang itu tidak boleh memegang/mengenggam sesuatu. Apabila cuba memegang cawan atau teko, terketar-ketar dan akibatnya, barang dipegang akan terhempas.

Jika ada simptom penyakit ini, boleh diatasi dengan melakukan senaman ringan. Atau jalan akhir, adalah melakukan pembedahan kecil, membetulkan urat tangan tersebut. Namun penyakit ini tiada kaitan dengan tangan/postur badan yang tidak betul sewaktu menggunakan laptop.

Badan tegak, meja disengetkan supaya kedudukan tangan dan mata tengok skrin dengan betul

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...