Monday, 20 December 2010

Khabar gembira tapi...

Hari ini kami berdua mengambil keputusan untuk tidak keluar rumah. Maka, pendek kata, kami tidak mahu ke sekolah. Kerana jalan bersnow sudah bertukar menjadi ais. Huhu. Padahal, itu hari saya mengatakan bahawa tiada alasan untuk saya tidak ke sekolah kerana snow semata-mata (janji tinggal janji)

Kami terpaksa mengambil keputusan 'berat' tersebut :p Kerana memang logik dan munasabah untuk menggunakan alasan jalan licin. Baiklah, berbalik kepada tajuk entry - khabar gembira yang kami terima adalah email daripada pihak universiti yang berbunyi begini;

Bahasa Cymru (Wales):
O ystyried rhagolygon y tywydd a’r ffaith bod ffyrdd, llwybrau a meysydd parcio yn yr ardal yn beryglus iawn, bydd y Brifysgol ar gau tan ar ôl gwyliau’r Nadolig. Dylai'r rhai sy’n gwneud gwaith hanfodol gysylltu â’u goruchwylwyr i drafod eu trefniadau.

Please scroll down for the English version (selalu email universiti akan ada dua bahasa, terpaksa scroll ke bawah lagi *tak suka*)
\\\///


\\//


\/


In view of the weather forecast and the fact that roads, pavements and car parks in the area are very dangerous, the university will now be closed until after the Christmas vacation. Individuals who carry out essential duties should contact their supervisors regarding arrangements.


Khabar gembira buat kami tapi universiti mengisytiharkan cuti bermula pada hari ini. Apa yang kami nak buat duduk di rumah dari hari ini (20 Dis) hingga 4 Januari nanti??? Sejak beberapa bulan yang lalu, kami memang tidak merancang untuk ke mana-mana sempena cuti raya mereka ini kerana:

a) risiko menaiki kapal terbang apabila musim sejuk
b) bercadang untuk ke sekolah dan juga makmal
c) yang lebih tepat lagi: keadaan kewangan yang tidak mengizinkan :D

Maka, akan duduklah kami di teratak kami ini sehingga 'lebam'. Atau mungkin jika keadaan jalan dan cuaca sudah bertambah baik, kami boleh lah ke sekolah pada tarikh yang lebih awal.

Sejurus keluar dari flat kami

Salji sudah mencair menjadi air, lalu membeku

Air membeku menjadi permukaan ais

Jalan berais semata-mata

p/s: Hari cuti pertama ini kami luangkan untuk bermain FB dan bermain Wii seharian !!!

2 comments:

Hanis MY said...

Fara mmg tak best bila salji dah sejuk huhu licin (masa tu mulalah rasa tak suka pada snow hehe) tapi kat sini walau salji tebal mana jangan harap cuti umum, cuti krismas pun sehari je, kami akan ke lab macam biasa, jalan akan diclearkan seperti biasa mereka dah standby awal2 tabur garam etc...owh sungguh jeles, bestnya kalau cuti sebab snow tebal... have a wonderful time k! nanti hanis emel ada benda nk tny hik2

fara said...

Hanis, kat area rumah fara ni tak ditaburnya garam.itu yang susah.huhu.
cuti sehari je ek? kat sini, suka ar cuti2 niii.. semangat betul beraya. sampai januari depan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...