Friday, 17 December 2010

Jakun LAGI

Setapak demi setapak

Snow turun untuk kali kedua pada musim sejuk kali ini! Tapi kali ini teramat lebat untuk bumi North Wales - B*angor dan M*enai. Kami warga sini memang jakun lah tengok snow tebal dan lebat kali ini. Omputih sini pun excited semacam. Kata kawan, jiran dia keluar rumah seawal pagi dan mengambil gambar di luar. Ingatkan warga Malaysia sahaja yang begitu. :p
Kata orang tua di sini, tahun terakhir bumi North Wales dilanda snow tebal adalah pada tahun 1979. Wah! Tapi moga-moga janganlah lebat lagi selepas ini. Cukuplah lebat dan tebal seperti hari ini saja.
Pagi tadi, kami cuba untuk mengeluarkan kereta dari carpark tepi jalan kami. Tapi tak dapat. Terlekat. Bila sudah hampir keluar, tersekat dengan snow, akhirnya Encik Suami cuba tolak kereta dan saya tekan minyak. Alang-alang kereta bergerak sedikit, kami terus masuk carpark kembali. Takut untuk memulakan perjalanan. Encik suami temankan saya jalan kaki ke sekolah. Saya melakukan seketika kerja di makmal. Kemudian, kami pun pulang bersama-sama dan singgah di satu-satunya kedai kopi yang dibuka. Sepanjang perjalanan pergi dan balik sekolah, kami mengambil gambar bersakan-sakan laksana orang jakun. :p

Sekian, laporan cuaca untuk hari ini.

p/s: kami membuat snowman kami yang PERTAMA TAMA kami di tepi Menai Straits !!

Lihatlah dunia

us love in snow

Snowman curi snowcap dan scarf encik suami

Bersama kapal universiti - Prince Madog

Teluk Menai Straits belakang school

Teluk Menai Straits yang membeku

Sekolah saya!

Me meronda M*enai High Street

By the straits

House and snow

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...