Friday, 24 December 2010

Burung liar pun nak disuap

Sekali lagi entry mengenai musim sejuk. Tolong, jangan bosan walaupun memang dah nak muntah baca blog entries saya sejak akhir-akhir ini :p

Terbaca daripada BBC News online sebentar tadi mengenai larangan untuk memburu kepada pemegang lesen memburu di musim sejuk sekarang. Musim sejuk begini, orang di sini bukan saja mengambil kisah akan manusia tetapi juga haiwan.

Depa nasihatkan supaya jangan kita lupa pada haiwan seperti serangga dan yang lebih penting, burung kerana katanya sukar bagi mereka ini mencari makanan di dalam keadaan cuaca kritikal begini.

Berkaitan dengan itu, mereka menyatakan mengenai pesanan daripada badan sukarelawan yang bertanggungjawab terhadap burung liar di UK ini, RSPB (Royal Society for the Protection of Birds).

Mereka mencadangkan supaya:
  1. Meletakkan makanan burung secara kerap. Letakkan meja burung dan menggunakan makanan (campuran biji) yang berkalori tinggi. Boleh juga letakkan sisa makanan seperti keju parut, pastri dan oats.
  2. Letakkan pada 'hanging feeders' makanan seperti biji benih bunga matahari atau kacang tidak bergaram.
  3. Pastikan bekalan air sentiasa mencukupi setiap hari. Jangan letak sebarang produk anti-beku di dalam air tersebut.
  4. Letakkan buah-buahan seperti epal atau pear untuk burung spesies thrush (blackbirds, song thrushes)
  5. Gantungkan atau sapukan food bars burung pada batang pokok untuk spesies burung; treecreepers, goldcrests dan lain-lain.
  6. Letakkan kotak sarang untuk burung-burung kecil untuk mereka tinggal. Mereka boleh menggunakannya untuk bertelur di musim biak akan datang.
Inilah contoh tempat untuk burung disediakan oleh kebanyakan orang di sini di dalam taman rumah mereka (best kan boleh tengok burung cute2 datang makan hari2):

Sumber gambar dari google.com:

Birds table

Birds Hanging Feeders (kacang tanah)

Nest Boxes

Birds bath

p/s: lens camera tak cukup panjang untuk mengambil gambar burung

2 comments:

Dari Kelate Ke Copenhagen said...

menarik..nanti nak leatk roti kat beranda la..kot2 burung datang

fara said...

ha'ah. good idea. untung2 leh tengok burung cute2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...