Thursday, 23 December 2010

Alkesah top-up elektrik

Di saat-saat jalan berais ini lar, baru kami tersedar yang elektrik kami hampir habis. Tinggal £5 sahaja. Masak pun kena guna elektrik. Heater for sure lah. Modem yang penting bebenor, lagi lah kan. Memikirkan cuti panjang omputihs sudah tidak lama lagi, maka encik suami bercadang untuk jalan kaki sahaja ke kedai berhampiran.

Menai High Street 1 km dari rumah

Elektrik kami jenis top-up. Rumah di sini ada yang menggunakan elektrik secara bil seperti biasa di Malaysia, ada yang top-up macam mobile network dan ada juga yang masukkan syiling setiap hari seperti telefon awam di Malaysia (unik! biasanya di cottage houses di kawasan pedalaman sikit). Dan ada juga card operated electric/gas meter. Kami menggunakan gas (untuk heater) secara bil.

Coin operated electric meter

Electric top up dan juga coin meter ini mudah bagi tuan rumah, yelar tidak menghadapi masalah bil elektrik tertunggak yang ditinggalkan oleh penyewa yang tidak bertanggungjawab. Kan?

Alkisah kami kali ini, encik suami bersusah-payah (berjalan terkedek2 sebab jalan licin) ke pejabat pos untuk meng-top up. Sampai sahaja di pejabat pos aka kedai serbaneka, dia baru teringat dia sudah terlupa membawa 'that top up thing'. Terpaksa lah dia patah balik dari high street Menai yang jauhnya lebih kurang 1km!! Terkedek-kedek lar balik pula. :(

This top up thing

Akhirnya masalah elektrik hampir habis kami diselesaikan pada esok harinya (sebab dia dah penat). Keesokannya dapat lah top up £30 yang dijangka boleh digunakan untuk sebulan lebih sikit.

Pernah di awal kedatangan kami di mukabumi Cymru ini, kami tidak mengetahui apa-apa mengenai penggunaan aplikasi elektrik sebegini. Setahun yang lalu, di rumah sewa lama, kami baru pulang dari somewhere (lupa mana), cuba 'on' kan suis tapi tak berfungsi. Pelik bin ajaib. Kami cuma teringat yang agent rumah ada memaklumkan kami something about the top up. Telefon lah agent rumah, sebaik dia bagi handphone number. Bawa lah this thing ke stesen minyak terdekat, akhirnya kami faham bagaimana aplikasinya :D

Jika kita tak dapat top up, kita masih boleh tarik that thing, kemudian masukkan balik. Kita akan hutang £5 setiap kali berbuat demikian (boleh lah buat begini dalam keadaan emergency)


p/s: air, elektrik, gas semua penting

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...