Friday, 17 December 2010

Album

Ingat lagi zaman dulu-dulu, waktu masih belum ada kamera digital. Pakai filem. Nak pergi jejalan, bekalan filem adalah antara dalam senarai yang perlu ada. Filem 36, kualiti 200 - antara pilihan kalau nak gambar banyak dan cantik. Ambil gambar berhati-hati, takut filem habis. Bila kamera dah mengeluarkan bunyi 'shreeeeeeeeet', bunyi filem berpusing, habis lah filem namanya tu. Bawa pergi kedai Tokyo lar, Ramlee lar, Ah Hong lar (nama adalah yang sebenar dan rekaan). Dah lepas cuci, letak dalam album, sekali dengan nombor gambar, suruh kekawan tengok dan pilih. Bawa negatif filem ke kedai, cuci banyak lagi. Siapa nak beli, sekeping gambar bayar 50sen.
google.com

Kini, bawa sahaja kamera, kecil, boleh selit dalam poket. Tidakpun, telefon bimbit sudah mencukupi. Ada camera, boleh ambil gambar apa sahaja, berapa banyak, kalau gig SD card besar. Klik sini, klik sana. Tak puas. Ambil lagi. Posisi sama dipetik kamera berulang kali. Habis jalan-jalan, masuk sahaja dalam komputer meja atau riba. Tengok2, pilih2, pampang untuk kekawan di alam maya. Kalau ada gambar kawan, tag atau email sahaja. Mudah, semuanya di alam maya.

Tekan2

'Shreeeeeettt', gambar siap diproses dalam seminit dua

Lama betul kami tak mencuci gambar. Tiba-tiba teringat, teringin juga kenangan bersama diabadikan di atas sekeping kertas dan dalam album. Tetapi gambar yang dipilih awal-awal, gambar kahwin jua (padahal album kahwin tentunya sudah ada). Rindu saat itu. Indah! Lain rupa! :D

Kami cuci di Boots, ambil yang segera siap, 35pence sekeping. Tapi hanya cuci 20keping, sudah 7pound. Huhu. Lenkali lah cuci lagi.


Helaian pertama :D

Helaian terkemudian

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...