Wednesday, 3 November 2010

Satu tahun sudah

Inilah muka orang yang berperasaan LEGA. Muka lega sambil makan gula-gula kapas. Tapi ini gambar sewaktu berkunjung ke Funfair Menai Bridge itu hari. Ini muka lega sebab dapat beli apa yang diingini.

Hari ini ada juga muka lega saya. Lega bermesyuarat. Alhamdulillah, lafaz kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana saya telah melepasi salah satu fasa penting di dalam perjalanan PhD ini. Masih banyak lagi cabaran yang perlu dihadapi.

Tetapi tadi..mesyuarat tahun pertama perbincangan antara penyelia-penyelia. Ianya telah berlangsung selama 2 JAM! Saya membuat persembahan slides lebih kurang 45minit. Berasap otak kesemua penyelia tadi menyatakan pendapat dan mencadangkan yang terbaik buat penyelidikan Puan Fara. Mereka memang supportive ar! Penyelia saya turut bersama dan kami berbincang 'all out'.

Saya lega kerana mereka telah menambahbaik metodologi saya. Saya lega kerana mereka memahami tempoh masa singkat yang ada. Saya lega kerana mereka mencadangkan apa yang saya perlu letak di dalam bab keputusan dan perbincangan thesis saya nanti. Saya lega kerana penyelia membantu dan menyokong saya sepenuhnya sepanjang itu. Saya lega kerana penyelia yang lain baik dan banyak membantu dan selamba dan saya tidak stress. Itulah sebenarnya perbincangan, kan? Hek!

LEGA!

3 comments:

An Aspiring Writer said...

leganya bila tfk lega! bestnya perasaan lega, kan?

IzanJay said...

Yeay!Way to go Fara!

fara said...

lya n kak izan: YEAHHHHH..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...