Tuesday, 2 November 2010

Musim gugur yang kehujanan

Hari ini cuaca kelam. Pagi tadi angin kuat. Semalam hujan lebat. Musim gugur yang kehujanan.

Pagi tadi datang sekolah awal. Encik hubby ber-demostrator untuk kelas praktikal. Puan wifey nak jumpa Mr. Supervisor awal-awal pagi supaya boleh 'tangkap' dia sewaktu dia masih lagi kelapangan. Nanti apabila hari menjelang tengahari atau petang, dia akan kalut dengan perbincangan dan pengajaran. Dia janji nak serahkan persembahan slides saya pada tengahari ini untuk pembentangan/committee meeting saya esok. Tolong doakan kejayaan buat saya, rakan-rakan. Perut saya kecut, hati saya berdebar kencang. Tapi jari saya masih semangat tulis blog. *Mata pusing-pusing*.

Mary Poppins
Credit to Ai*mi

Hari minggu bebaru ini hari bahagia. Kami dapat saksikan suasana hutan musim gugur yang belum sangat gugur daunnya. Warna emas kuning-kuning atau kuning keemasan. Kami dan rakan-rakan. Rakan-rakan yang ada kamera dan ada kegilaan untuk bergambar. Walaupun hujan rintis, hujan lebat sampai hujan batu (a'ah, hujan batu!), baru kami tahu jalan pulang. *Bahagia*. Oh ya, lagi lar rasa bahagia kerana sewaktu di air terjun Betws Y Coed, kami berkesempatan melihat ikan salmon melompat-lompat, melawan arus, untuk pergi bertelur. Fenomena yang mengagumkan. Ikan salmon hidup di laut, dan apabila tiba musimnya, ia akan berhijrah ke sungai untuk bertelur. Sejurus sahaja bertelur, ia akan mati.

InsyaAllah jika ada rezeki dan kesempatan, hutan lain pula kami akan kunjungi pada hujung minggu ini. Masing-masing masih lagi di dalam 'mood' kegilaan bergambar! *Mata bersinar-sinar*

Saya kongsi gambar-gambar yer? Terima kasih. :P

Bethesda, Gwynedd

Rakan-rakan sekampung dan seperjuangan

Taman semulajadi

Kami cemburu dengan aktiviti mereka

Sesi bertambah serius

Candid yang marvellous

Credit to Ai*mi

Fenomena kegemaran saya pada hari bahagia itu di Betws Y Coed

(semua gambar2 ini adalah hasil kreativiti Encik Hubby, kesian dia tak sempat bergambar :P)



2 comments:

Hanis MY said...

bestnyaaaaa fara tgk ikan salmon mcm dl tv tuu huu dulu ada tgk kat animal planet, best2 tumpang sekaki, lagi best kalau leh ikut huhu..apapun autumn memang cantik kan pemandangan dia..wahh mcm ada penggambaran khas di hutan rimba syoknyaaa

fara said...

itu lar kan. fara pun tengok tv jer sebelum2 ni. dapat juga tengok dengan mata kepala sendiri. sebaik takde bear kat situ yg tangkap2 ikan tu lompat2. hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...