Saturday, 20 November 2010

Kesejukan musim sejuk

Rumah kami sejuk amat. Dikatakan cermin tingkap semua dah 'double glazing', tapi belum mencukupi. Pakai baju berlapis, berstokin segala di dalam rumah. :p

Heater sudah pasang. Setkan ia 'once'. Maka ia akan 'on' apabila ia merasakan suhu dalam rumah sejuk. Heater dalam rumah ini adalah centralized. Untuk mengelakkan pembaziran, kami akan pastikan pintu ruang tamu dan pintu bilik tidur ditutup supaya haba panas tak tersebar jauh. Kalau pasang heater kuat-kuat, sentiasa, takut bil gas melambung pula. huhu.

Sebelum tidur setiap malam kami akan 'bed warmer'. Mungkin dalam 15-20minit. Pemanas yang kami letakkan di bawah lapisan cadar katil. Sekadar untuk panaskan tilam, selesa untuk kami baring/tidur. Kalau naik terus katil, memang terketar-ketar sejuknya. Kalau dipasang sepanjang malam, mahunya berpeluh pabila dah menjelang tengah malam. Aduhai. Kekadang, kami setkan heater di dalam bilik tidur di paras paling minimum, kerana bimbang terlalu 'panas' apabila kami sudah nyenyak tidur.
Contoh Bed warmer
Gambar google

Tetapi, apa pun, haruslah kami memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana ada juga tempat untuk kami berteduh hari-hari, untuk kami berlindung dari hujan, panas, salji, hail, angin kuat, embun, fog, frost.


Tempat kami jarang winter
Gambar google

2 comments:

fa10 said...

salam tuan rumah,
singgah baca cerita org di sana...

fara said...

yer..silakan. welcome2! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...