Sunday, 28 November 2010

Kegemaran



Dia seludup makanan luar


Kegemaran tiap tahun sejak di sini adalah rancangan I'm A Celebrity, Get Me Out of Here.

Setiap malam kecuali malam Rabu.

Geli tapi suka! Menyampah tapi nak tengok! Tahun ini, kami menyampah (sangat!) dengan Gillian McKeith, nutritionist kononnya. Apabila dikaji latarbelakangnya di Wikipedia, rupanya dia seorang yang suka menipu. Patutlah dalam rancangan tersebut, dia pandai mengelat, buat-buat pengsan, buat-buat mengandung, seludup barangan yang tidak dibenarkan dalam seluar 'kecil' dia. Ei, teruk!! Sekarang, dia terkecuali daripada melakukan sebarang 'bush tucker trials' oleh pihak produksi atas alasan kesihatan! (Adoko!!). Dia begitu fobia dengan semua semua. Termasuk lah seekor lalat. Terloncat-loncat jika ada lalat hinggap. Uik! Kalau fobia, kenapa memasuki rancangan ini. Dia kata dia tak pernah melihat rancangan ini seumur hidupnya, uik! Mungkin benar.

Dia pura-pura pengsan untuk mengelakkan diri daripada 'bermain' dengan serangga

Dia hos rancangan You Are What You Eat.

Dipetik daripada Google:

Asked about McKeith's advice, Amanda Wynne, senior dietician with the British Dietetic Association, said: "We are appalled. I think it is obvious she has not a clue about nutrition. In fact her advice, if followed to the limit, could be dangerous. Her TV programme takes obese people and puts them on a crash diet that is very hazardous to health."

Dia juga dikenali sebagai 'celebrity stool-sifter'. Itu adalah cara dia mengkaji nutrisi seseorang. Pelik! Dia inginkan kelainan mungkin. Dia juga mengatakan dia boleh melihat kesihatan seseorang melalui lidah, keadaan jerawat, dari kuku, rambut, bibir dan kulit.

Katanya PhD nya bukan daripada kolej yang diiktiraf. Mungkin dia hanya mendapatkan PhD di dalam bidang holistik nutrisi, yang jarang-jarang orang ingin mempercayainya.

Sekian mengumpat orang.

p/s: I want you to get out of the I'm Celebrity, Get Me Out of Here!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...