Saturday, 27 November 2010

Bingit telinga

Kelmarin, sewaktu tengah 'syiok-syiok' berborak setelah pulang dari school, tetiba bingit telinga kami dengan bunyi smoke detector alarm rumah.

Gambar dari Google

Rumah kami rumah flat. Jika alarm itu berbunyi, tak semestinya rumah kami. Mungkin jiran atas kami atau jiran atas jiran atas kami. Kami tiada aktiviti memasak atau memanaskan makanan di dapur pada ketika itu, maka kami yakin bunyi itu bukan disebabkan oleh kami.

Periksa dapur dan ruang tamu dan semua. Tiada apa-apa. Oleh kerana kami penghuni yang terbawah, yang terdekat dengan alarm system tersebut, encik suami pun bergesa-gesa lar ke hallway luar, untuk me-reset-kan sistem alarm flat kami.

Setelah 'reset' kan nya, lega terasa telinga sebab bunyi tersebut telah di'diam'kan. Jiran atas, Andrian tanya kami. Kami tak buat apa-apa. Andrian pun tak buat apa-apa. Jiran atas sekali, Sa'adiyah pun tidak berbuat apa-apa, sebab dia demam, duduk di depan televisyen seharian.

Soalan Andrian, 'no fire no nothing?' 'Ok'!

Aik? Lepas itu siapa kah buat angkara? Kemudian, setelah hampir jam 7 malam, saya memulakan aktiviti memasak makanan malam. Masak hanya menu biasa, bukan yang jenis berkepul-kepul asap segala. Lagipun memang tiada asap atau bau atau hangit ketika itu, TIBA-TIBA, alarm kami ber'desing' lagi. Aduhai. Bingit-bingit.

Andrian tiada di rumah, Sa'adiyah pula hanya menonton televisyen lagi. Encik suami resetkan sistem alarm tersebut, silentkan 'buzzer' nya, dan kami meneruskan aktiviti2 kami. Tenang.

Tak tahu apa yang tidak kena dengan sistem smoke detector kami. Mungkin ada serangga ke apa ke yang menganggu alat tersebut.

Menu itu hari - paling mudah, paling kegemaran


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...