Wednesday, 17 November 2010

Belaan

4 spesis karang

Haiwan Belaan Saya

Haiwan ini namanya coral. Best sikit kalau kita sebut nama inggerisnya. Kalau sebut nama Melayunya, dia nya tidak glam. :D

Ini 4 ketuanya, si poli, si monti, si seria dan si stylo. Anak-anak buahnya tiada di dalam gambar. Berdebar nak membela mereka ini. Mereka semuanya terlalu manja. Air tak bergerak elok ke, air kurang masin ke, terkurang atau terlebih cahaya ke, air tak cukup nutrisi ke, semua itu membuatkan mereka tidak gembira dan berasa tertekan.

Kali ini saya nak buatkan mereka gembira dulu sebelum 'menyedihkan' mereka. Selepas beberapa ketika mereka sudah gembira, saya akan menguji mereka dengan beberapa keadaan 'stress'. Hurm.. stress stress.

Haiwan ini tak perlu makan pun mereka akan sihat. Kalau bagi makan, lagi lah sihat. Tapi kalau kita suap mereka, kita perlu berhati-hati sebab nanti banyak kotoran, iaitu alga hijau. Alga itu kotor. Alga itu membuatkan coral tak gembira. Bila coral tak gembira, nanti dia mengeluarkan 'peluh' @ mukus. Jika dia dah bermukus, saya pasti tidak suka. Jadinya untuk membuatkan mereka lebih gembira dan tidak ada wujudnya lumut, saya akan membela juga kawan mereka iaitu hermit crab atau mungkin ikan. Kita tengok dulu!

Gembira lar engkau wahai corals. Kalau awak semua gembira, mummy fara pun gembira tau! :p

p/s: Play with it, pesan Mr. Supervisor

2 comments:

An Aspiring Writer said...

awww.. so cute la like that! and bestnya buat research mcm bela pets!

fara said...

erk. wish me luck dear.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...