Friday, 26 November 2010

Alasan Snow


Snow sikit. Sleet shower sikit. Turunnya awal sikit. Turun salji di Menai dan Bangor sejak dari pagi tadi. Sewaktu menyediakan sarapan pagi, tersedar ada snow selepas hujan. Intai tingkap depan rumah, tengok snow turun atas Laut Selat Menai. Cantikkkk.

Kawasan lain sekitar England dan Scotland sudah menghadapi snow lebat dan banyak sejak 2 malam lepas.

Tahun lepas, kalau tak silap, bulan December 2009 baru lah ada snownya di sini. Masa tu kami di rumah sewa lama di Bangor. Ada pernah ketika, sewaktu snow di awal tahun ini, snow lebat, jadi kami membuatkan alasan jalan licin dan snow lebat untuk kami tidak ke school. :P

Kali ini, rasanya kalau snow turun lebat pun, jalan licin macamana sekalipun, semua alasan itu tidak dapat saya gunakan untuk tidak pergi school kerana:

1. School saya sangat dekat, jarak 9min jalan kaki.

2. Rutin untuk 'mengintai' tropical lab saya setiap pagi dan petang.

Jan 2010, Bangor, UK.

p/s: Berhajat nak main sledging di Snowdonia pada tahun ini, insyaAllah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...