Monday, 8 November 2010

AberFalls during Fall season

Ter-serupa pula dengan Hana Sakura, dia pun berjalan-jalan ke air terjun pada hujung minggu bebaru ini. Tak tiru tau, kebetulan. :D

Kami dengan kumpulan fotografi yang sama sepertimana minggu lepas, kali ini membuat 'photography outing' bersekali dengan senaman jalan kaki ke Aber Falls. Letaknya di bandar bersebelahan Bangor, iaitu Abergwyngregin (berbelit lidah nak menyebutnya). Kami Carina Convoy sampai di lokasi lebih kurang 11 pagi. Lalu kami teruskan senaman jalan kaki. Kenapa senaman? Kerana, AberFalls tersebut hanya boleh sampai dengan berjalan kaki sejauh 7KM dari tempat letak kenderaan. Kami berdua cuma sediakan sebotol air mineral, 6 keping biskut digestive (nak habiskan biskut, itu jer stok makanan yang sesuai dibawa), sehelai kain pelekat dan camera. :D Kekawan yang lain pun hanya membawa sedikit roti dan air mineral. Tapi tak disangka-sangka kawan kami seorang lagi membawa kek, sandwich, roti, air nescafe, air teh, buah epal, sosej, air tropical fruit !! Wah, idea untuk piknik tanpa dimaklumkan. Malu lar kami yang lain. :P

Perjalanan kami sepanjang ke air terjun itu mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sekejap-sekejap berhenti. Sekejap-kejap bergambar. Alhamdulillah, cuaca agak baik. Panas pada awalnya, sedikit hujan rintis, kemudian mendung.
Sampai sahaja di air terjun tersebut..wahhhhhhhhhhhhhh..memang memukau kalbu lar! Terpesona. Tingginya lebih kurang 110 kaki. Suasananya memang sejuk membeku. Sebaik ada nescafe panas kawan kami. Kami berpiknik lar di situ tanpa hiraukan omputihs. :D
Kami kembali berjalan kaki pulang lebih kurang pada pukul 2 petang. Esok pagi, saya bangun tidur dalam keadaan lenguh sana dan sini (begini lah orang kurang bersenam!).

p/s: Masih lagi teringat-ingat keindahan aberfalls.

Suasana hutan Welsh

Nampak Aberfalls dari sini..hampir ke destinasi

Kuda liar Welsh yang jinak

Sikittttttt lagi.. Kami tak sabar sangat dah masa ni

Alhamdulillah..menikmati keindahan ciptaan-Nya

Alhamdulillah...menikmati rezeki-Nya

Syiok sendiri


Tinggi kan. Lihat sahaja manusia kerdil itu.

Sejuk macam ais

1 comment:

Hanis MY said...

lawaaaaaa sgt i very very like! nak ituttttttt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...