Sunday, 24 October 2010

Short notice

Asyik tajuk short-short jer ni. Entry pun short-short juga.

Pada minggu lepas, kebetulan jumpa di coffee room, dengan girangnya Mr. Supervisor memaklumkan bahawa mesyuarat ahli-ahli penyelia saya akan diadakan minggu ini! Erk. Muka saya kelat gamaknya, sekelat kopi yang saya sedang minum. Tapi Supervisor mengkhabarkan berita ini dengan penuh kegembiraan. Saya sejujurnya memang rasa macam lemah jantung dan kaki. Mahu saja saya terjelepuk di situ. Tetapi, Mr. Supervisor dengan yakinnya mengatakan tiada apa yang perlu dibimbangkan, saya telah melakukan semuanya mengikut perancangan dan saya hanya perlu membentangkan apa yang telah dibincangkan sepanjang tahun ini.

Saya tidak dapat melayan tip top emak dan ayah pada hari-hari terakhir mereka di sini kerana saya perlu siapkan slides pembentangan saya. Namun, pada short notice juga, Mr. Supervisor menyatakan bahawa pembentangan saya dibatalkan oleh kerana ketidakdapathadiran supervisor2 yang lain. Fuh.

Oh ya, emak dan ayah telah selamat sampai di tanahair pada hari Jumaat yang lalu. Sunyi sepi rumah ini tanpa gurauan ayah dan seloka emak. Uwak. Sehinggakan semalam, kami berdua tiada selera makan..kerana tiba-tiba terasa tidak biasa duduk berdua sahaja. Rasa macam something is missing. Uwak lagi.

Sehingga ketemu lagi!!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...