Thursday, 28 October 2010

Setia menanti

Semalam kami ber'honeymoon' seketika daripada kerja sekolah. Honeymoon kami maksudnya menonton movies. Pilihan movies semalam adalah Hachiko: A Dog's Tail, ops.. A Dog's Tale dan The Blind Side.




Kebetulan, kedua-duanya filem tersebut adalah hasil adaptasi daripada kisah benar. Kisah Hachi mengenai seekor anjing yang telah kematian tuan, tetapi tetap dengan rutinnya iaitu menanti tuannya pulang daripada kerja di stesen keretapi. Kisah pilu. Kisah sebenarnya terjadi di Shibuya Jepun tetapi diubah serba sedikit ceritanya dan dikisahkan berlaku di Amerika. Kisah sebenar, tahun 1924, anjing tersebut telah dijumpai oleh seorang Professor University Tokyo. Anjing tersebut setia menunggu tuannya setiap hari kerja di Stesen Keretapi Shibuya sehinggalah setahun selepas itu, ketika tuannya meninggal dunia kerana pendarahan otak (dalam movie, sebab sakit jantung). Hachi telah diberikan kepada orang lain (dalam movie, Hachi dijaga oleh anak tuannya) tetapi Hachi tetap pulang ke rumah tuan lamanya dan akhirnya Hachi hanya menunggu tuannya (yang tak tak kunjung tiba) kat stesen keretapi tersebut pada waktu dan tempat yang sama setiap hari..selama 9 TAHUN!! (dalam movie, dia tunggu 10 tahun). Akhirnya, Hachi mati di atas jalan raya kerana kecacingan.

Kesian. Penantian Hachi yang tiada kesudahan. Kerana kesetiaannya dan uniknya Hachi, tugu peringatannya telah diletakkan di Stesen Keretapi Shibuya sebagai tanda ingatan. Bangkai Hachi pula telah diawet dan diletakkan di National Museum of Japan. Satu lagi keunikan Hachi adalah ianya baka Akita, dan ia adalah salah satu daripada 30 baka asli yang masih ada pada tahun 1930-an.

Hachi yang sebenar

Tugu Hachi

Hachi awet

p/s: movie lama kami baru nak tonton. harap maklum. :P

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...