Friday, 29 October 2010

Panas dan Obses

Kamilia Kamil bersiaran dari bilik research di sekolah.

Menai, 29 Oktober 2010 – Suasana bilik research di sekolah saya pada hari ini dan hari-hari sebelum ini terasa teramat berhaba, panas. Sepatutnya membuatkan penghuninya berasa selesa, oleh kerana suhu di luar lebih kurang 14deg C. Tetapi, sebaliknya yang berlaku. Hanna, kawan sebilik, menggelarkan bilik kami ‘a tropical room’. Memang benar. Kekadang terasa kaki saya berpeluh dalam stoking dan kasut. Muka saya terasa seperti berhaba. Seringkali ke tandas untuk menjirus air ke muka, biar terasa sejuknya. Mungkin heater terlalu kuat untuk bilik yang tidak sebesar mana dan dihuni oleh 4 orang termasuk diri saya. Oleh kerana itu, kekawan bilik saya membuka pintu dan tingkap seluas-luasnya. Masih juga terasa panasnya. Tetapi sebaik tak berpeluh badan. Lebih panas daripada keadaan bilik sewaktu musim panas. :P

Semalam saya terbaca di salah satu blog kegemaran saya, mengenai Obsessive–compulsive disorder (OCD). Mengenai dirinya yang terlalu berhati-hati dalam penulisan blog, diperiksanya berulang kali sebelum bercadang untuk ‘publish’. Dia sanggup berpatah kembali jika sesuatu benda tidak dilaksanakan (e.g. membaca nota-nota iklan). Dipetik daripada sumber Wikipedia, maksud sebenar OCD:

Obsessive–compulsive disorder (OCD) is an anxiety disorder characterized by intrusive thoughts that produce uneasiness, apprehension, fear, or worry, by repetitive behaviors aimed at reducing anxiety, or by a combination of such thoughts (obsessions) and behaviors (compulsions). Symptoms may include repetitive handwashing; extensive hoarding; preoccupation with sexual or aggressive impulses, or with particular religious beliefs; aversion to odd numbers; and nervous habits, such as opening a door and closing it a certain number of times before one enters or leaves a room.

Tambahan lagi: The acts of those who have OCD may appear paranoid and come across to others as psychotic.

Ramai yang mengutarakan komen mengenai ‘penyakit’ tersebut dihadapi oleh diri masing-masing. Saya cuma membaca dan mengulas. Ada yang terlalu particular mengenai kekotoran. Sehelai rambut pun tidak boleh dilihat berada di atas lantai, sanggup membeli sejenis pelekat untuk mengutip rambut yang gugur. Ada yang terlalu obses mengenai susunan baju di dalam almari, hanger warna sama, baju mengikut kategori warna. Ada yang terlalu obses menggosok baju, semua pakaian/menda di dalam almari akan digosoknya. Ada yang suka men’clear’kan recycle bin di desktop computer, pantang melihat ianya penuh. Ada yang apabila ‘click’ tetikus computer sebelah kiri 2 kali, sebelah kanan juga harus ditekan 2 kali atau sebaliknya. Kegemarannya begitu. Ada yang macam watak Bree di dalam Desperate Housewife, pantang melihat sebarang benang yang terjurai-jurai. Atau seperti watak di dalam ‘Monk’ yang berulang kali mencuci tangannya dan terlalu tidak boleh dengan keadaan kotor, pasir pun dia takut. Ada yang tidak boleh melihat setitik pun kekotoran di dalam tandas terutamanya, ada setitik hitam, dijirusnya air berulang kali.

Pelbagai ragam orang yang menghadapi OCD. Adakah ini dikategorikan sebagai OCD atau mungkin mempunyai sifat sebagai seorang perfectionist atau mungkin penyakit was-was? Perasaan inginkan kesempurnaan atau bisikan syaitan untuk melemahkan keyakinan dan iman kita.

Bacaan untuk menghindari penyakit was-was, dipetik daripada sumber internet.

"Dan katakanlah: 'Ya Tuhanku, aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan setan'. "



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...