Friday, 15 October 2010

Autumn love

Oh. Lama sepi. Berita sunyi. Kelibat tiada.

Seperti dimaklumkan, kehadiran emak dan ayah encik suami. Mendarat dengan selamatnya di Stanstedt minggu lepas. Rindu terubat. Hari minggu pertama mereka merehatkan diri dari pada jetlag di rumah makcik encik suami.

Kemudian, hari minggu singkat seterusnya dipadatkan dengan percutian pendek ke utara UK, Scotland. Namun, sedikit sahaja negeri yang berjaya dilawati. Aberdeen, St. Andrews, Dundee..terpaksa kami lupakan kerana kesuntukan masa. Namun, hati memang terpaut dan kagum dan terjatuh cinta dan tergoda dengan kecantikan dan keindahan Scotland! aaaaaaaaa

Hari-hari biasa, emak dan ayah berhoneymoon di teratak kami sementara kami berdua ke sekolah. Pada waktu petang, kami membawa mereka bersiar-siar sekitar North Wales.
Pejam celik pejam celik, kurang dari seminggu lagi kami akan dapat bersama-sama mereka di sini :(

Berlatarbelakangkan Snowdonia mountain

Godek2 gadget mak di Pier

Bergembira sakan di Edinburgh old town

Makan2 buah dengan sakannya di kebun kawan makcik

p/s: Autumn is beautiful.

3 comments:

Hanis MY said...

i agree with u! autumn is beautifulll, fara! sukanya jacket handbag segala bagai la, sgt cantik hokay, me lurvee it so much!

izzati said...

supervisor cuti...:)

fara said...

hanis: me lurvee it too. hehe. maceh. pakai apa yang ada.

izzati: oh, sv saja cuti. studentnya kerja juga. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...