Friday, 24 September 2010

Ulangtahun tersayang

Hari ini merupakan hari ulangtahun kelahiran bonda saya. Tetapi saya tidak menghantar sebarang hadiah, mahupun sekeping kad buatnya. Saya alpa. Saya terlupa. Saya terasyik dengan rutin harian saya di sini. : ( Ucapan hanya disampaikan melalui facebook. Tetapi dia cukup gembira (dia terlebih dahulu menyambut hari ulangtahunnya bersama keluarga kami pada hari raya lalu). Harap dia terus bergembira hari ini di Ganu bersama ayahanda saya (dan hari-hari seterusnya). Pasti ayahanda saya dapat menceriakan hari-hari bonda saya tanpa anak-anaknya di sininya.

Saban tahun sejak dari kecil pasti kami mengadakan hadiah buatnya. Dan juga sekeping kad. Sewaktu kami lima beradik masih kecil, ayahanda pasti akan membelikan hadiah dan kad buat bonda dan menyuruh kami menulis di dalam kad tersebut. Tidakpun, kami akan keluar bersama-sama ayahanda, membeli sesuatu. Sepulangan dari membeli-belah pasti bonda akan bertanya. Kami pun punyai pelbagai akal untuk menipu itu dan ini. Pelbagai akal juga ingin menyorokkan hadiah kami daripada pandangannya (pasti bonda dah tahu, saja bertanya nak tengok kami pandai tipu ke tak..hihi). Semakin menginjak ke alam remaja, ayahanda akan memberikan sedikit wang untuk kami membeli sendiri hadiah harijadi buat bonda. Pabila kami sudah 'terlebih sedikit remaja' dan jauh dari kampung halaman, ayahanda pasti akan mengingatkan kami supaya mencari sesuatu buat harijadi bonda. Tetapi dah ala-ala dewasa ini, ayahanda tidak mengingatkan diriku lagi, dan anakanda 'bertuah' ini memang terlupa terus. Aduyai.

Mama, walaupun tiada hadiah buatmu, namun anakandamu ini tidak pernah lupa untuk sentiasa mendoakan dirimu.

Hari raya korban 2009

p/s: entries harini semua pasal mak dan bonda. hik! homesick gamaknya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...