Wednesday, 29 September 2010

Saya dan dia

Kalau kami buat window shopping, kami suka masuk kedai baju, kedai sukan, kedai handphone, kedai komputer dan kedai game. Semua kedai lar kan.

Tapi kalau saya masuk butik baju mesti encik suami akan menguap. Kalau dia masuk kedai computer, kedai game, langkah saja kaki ke dalam, saya pula yang akan menguap. Bukan sekali dua, banyak kali!! Harus! Apa tandanya kalau menguap? Mengantuk/tidak cukup oksigen/tidak cukup gembira/kebosanan melampau. Yer. Memang selalu akan terjadinya keadaan sebegitu. Sudah diperhatikan dan dibuktikan dengan jelasnya. Memasing tidak dapat menahan kebosanan di dalam kedai yang tidak diminati masing-masing. Tetapi saya tak suka shopping baju sendirian (i need his opinion) dan saya tak mahu berjalan sendirian (i'm not confident enough sometimes), maka saya ikut sahaja dia ke kedai komputer dan juga kedai game.

Saya paksa dia masuk butik baju dan memilih bersama saya. Makanya, saya terpaksa masuk kedai yang dia suka dan menjadi pendengar setianya. Boleh? Hek.

Pada hujung minggu yang lalu, saya masuk PC World bersamanya tetapi ajaibnya, saya tidak menguap. Sebab saya teringinkan netbook. Walaupun dah ada laptop ringan dan berwarna, tapi nak juga netbook. Tidak mungkin saya akan memilikinya kerana itu adalah sifat orang yang tamak haloba dan tidak sedor diri namanya. Huhu. Maka, saya hanya telah mencuci mata dengan seronoknya. Satu persatu netbook saya belek dan saya terlalu berkenan dengan netbook mini HP yang ini. Colour pink (my favourite colour forevaaa), keyboard nya selesa (sesuai sangat dengan jari2 kontot saya) dan mestilah boleh letak dalam handbag (berangan!!).


Hp Mini 210

Cute cover case netbook

Asalnya saya teringinkan Apple Ipad. Alasannya kerana saya ingin membaca journal hari-hari di mana-mana sahaja (e.g dalam kereta biasanya) dengan semangat dan mudah. Haha, what a reason. Tetapi, Ipad adalah sesuatu yang tidak berbaloi untuk dimiliki untuk kami yang belum kaya-raya lagi ini. Harganya yang tidak mungkin lagi kami mampu untuk membelinya, maka encik suami menyarankan saja untuk menunggu edisi Samsung Galaxy tab yang akan keluar tidak lama lagi. Harganya sedikit murah berbanding Ipad tetapi saiznya agak berbeza berbanding Ipad. Tetapi ianya memang tidak berbaloi untuk dibeli, hanya sekadar dapat bermain internet dengan pandangan luas dan dipegang bak buku (sour grapes?)


Ipad dan Galaxy Tab Samsung

Terfikir juga untuk memiliki tablet netbook. Agak2 nak baca journal or anything, pusing saja screennya, pegang bagaikan memegang kertas tapi bergram-gram lebih beratnya. Ala-ala Ipad konon rasanya.
Acer netbook

Tetapi, buat apa nak beli kalau dah ada laptop dan print saja lar journal itu (read it by hardcopy cukup sudah) kalau nak dibaca hari-hari di mana-mana sahaja berada. Kalau hendak, seribu daya. Kalau tak mahu, seribu lah dalihnya. ;p

p/s: He is my bestfriend. xoxo.



2 comments:

A.k.i.r.a ~ c.h.a.n said...

comel la akak ni :)

btw, pink is my favourite too.. huhu
;)

fara said...

hek. apa yg comelnya. sebab minat pink? kui2. awak lagi comel qila.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...