Wednesday, 22 September 2010

Pemanasan rumah

Tak mahu cerita pasal school. Hari-hari saya rushing pepagi sebab meeting awal pagi. Biasa pergi school lambat2, ini bila ada hal pepagi, mula lah berkelam-kabut. Hiskh. Meeting pun hampir hari-hari. Nak setup kerja makmal yang masih belum siap-siap. Ya Allah Ya Tuhanku, Kau permudahkan lah PhD ku, suami ku dan rakan-rakan ku. Amin.

Saya nak cerita pasal raya. Sibuk lagi beraya walaupun dah 15hari dalam bulan Syawal. Psss..saya belum puasa enam! Anda sudah? Erk! Hari school saya pergi school. Hari minggu saya beraya. Boleh? Hehe!

Memandangkan gambar raya di rumah ahli keluarga di pinggir London aka makcik tidak dapat dimuat-turun disebabkan oleh masalah teknikal, maka saya muat-naikkan gambar-gambar di Bangor terlebih dahulu. Jamuan raya kecil-kecil, sikit-sikitan telah diadakan pada Sabtu tengahari dan Ahad tengahari dan malam yang lalu. Buat kecil-kecilan kerana tak mampu nak memasak juadah gempak-gempak, sekadar termampu saja bagi orang amateur ini. Buat sikit-sikitan kerana menjemput rakan-rakan Bangor part by part sebab keluasan rumah yang tidak mengizinkan. Takut tetamu tak selesa. Nak minta duduk atas lantai kesian sebab rumah kami ini sejuknya 'over' biarpun masih belum musim salju.

Open house yang open nya part by part kami ini masih belum selesai kerana masih ada lagi keluarga yang tak dapat kami jemput. Tapi, insyaAllah akan dilaksanakan pada hari minggu akan datang. Phewww (penat, tapi seronok. letih, tapi puas). Jamuan raya ini juga bersekali dengan pemanasan rumah aka house warming kami. Selain itu, ingin juga menjamu mereka yang sentiasa menjamu kami sebelum2 ini, tanda terima kasih kami pada mereka.


Meja pemanis mulut (air pun pemanis mulut kan?)

Serba sedikit - nasi dagang, nasi impit, kuah kacang, satay goreng, serunding

Tetamu pertama dan ahli-ahli keluarga mereka pada Sabtu

Budak demam. Kesian. Tak makan pun.

Maruku Tesco dan kacang

Sabtu malam- jemputan raya di open house orang

Pantang nampak lensa

Ahadnya: Kek coklat..yummy tak??

Ahadnya: Pasang lagu raya!

Coffee table dan drawer chest sajalah jadi tempat penghidang

Model bersama tambahan menu ahad: rendang dan lemang

'Biskut raya tunjuk Tesco'

Tetamu tengahari Ahad

Rendang sang suami.. teringat2 si isteri ke hari ini

Tetamu Ahad malam pula

Tetamu Ahad malam pula

Tetamu Ahad malam pula

Itu sahaja lah baju2 raya saya. Haha. Bukan2. Itulah sahaja gambar buat tatapan semua, kegembiraan kami untuk dikongsi bersama. Itulah sahaja beberapa keluarga di kampung Bangor ini. Ops..tertinggal a few lagi yang akan datang akhir minggu ini. Masih belum difikirkan juadah raya apa yang bakal dihidangkan memandangkan stok ketupat, lemang segera sudah habis, stok ikan tuna untuk kuah nasi dagang pun sudah ketiadaan! :P Guane guane?

Sekian!



2 comments:

A.k.i.r.a ~ c.h.a.n said...

wah..meriahnya kat Bangor! kat sini qila ngan aidy couple paling muda kat sini..dan merangkap orang yg ada umah saiz paling kecik..maka lagi afdhal la kami kerumah orang yang lebih tua dan saiznya juga yang lebih besar.. :) hehe

fara said...

qila: hehe. memang afdal dan harus tu. rumah besar, hidangan pun 'besar2' lar yek. best2. yang penting, beraya dan berkumpul bersama-sama, ye dakk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...