Thursday, 2 September 2010

Jemputlah datang beraya :D


Ini lah teratak kami di sini

Jemputlah duduk

Ruang luar, tiada lagi boleh bercucuk tanam. Cuma kena jaga pokok bunga tuan rumah.

Tingkap bilik beradu

Sebahagian hallway. Tuan rumah ♥ cermin. Ini salah satunya.

Bilik mandi yang amat putih suci

Sudut kecil bilik mandi - cute!!

Dapur yang amat selesa buat saya. Satu fridge, satu freezer. Dapat bayangkan stok makanan yang boleh kami simpan? :p

Inilah rumah sewa yang kami dapat, setelah berbulan-bulan mencari. Melalui saat kecewa kerana rumah yang berkenan tapi tak sempat disewa. Melalui saat hampir berputus asa kerana tiada pilihan yang ada. Banyak bilik dan mahal, bilik sesuai tapi keadaan tidak elok, murah tapi terlalu kecil, pelbagai. Dah namanya mencari, memang lar macam-macam, kan? Melalui saat lega pabila tiba-tiba mendapat email daripada tuan rumah ini. Beberapa bulan sebelum itu, saya ingin menyewa rumahnya tetapi saya sedikit terlambat, ada orang yang dah 'chup' sebelum kami. Kemudian, tuan rumah mempunyai rumah baru untuk disewa, dia terus teringatkan kami. Rezeki di depan mata. Pasangan tuan rumah yang amat menyenangkan hati kami. Semoga kami selesa berada di sini, semoga keadaan semuanya baik buat kami. Amin. Kekawan, doakan semoga kami dapat menetap di sini sehingga di akhir pengajian kami, insyaAllah.

p/s: Sempena kemasukan rumah baru, ada orang kasik pokok kelsum. Alhamdulillah. Dapat lar makan laksa penang dan asam pedas beraromakan daun kelsum.

4 comments:

A.k.i.r.a ~ c.h.a.n said...

wah, cantikla rumah kak fara..besar plak tu.. berapa sewa??

:)

Hanis MY said...

lawanyaaaa...the best part tang dapur...ada 2 fridge tuuu wow wiii pastu suka ruangan kecil ada scale tu..best2...

fara said...

qila: besar lar juga berbanding sebelum ni walaupun 1 bilik jer. sewanya £465.

fara said...

hanis: yerp.. fara pun ruangan kecil tu.. tuan rumah dah letak almari kecil tu, suka sangat. tu yg ambik gambo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...