Wednesday, 22 September 2010

Entry raya LAGI!

Malam raya: sudah berada di 'kampung' seawal 2 hari kerana sangkakan raya jatuh pada hari Khamis, rupanya Jumaat. Menyambut malam raya dengan alunan lagu raya dan takbir dari komputer sahaja :p Tidak dilupakan untuk skype dengan ahli keluarga pada lewat malamnya.

Raya pertama: Kami berjalan kaki ke masjid. Makcik ingin menunjukkan di mana letaknya masjid kawasan tersebut. Tetapi kami sampai sedikit terlewat. Mereka baru sahaja selesai solat aidilfitri shift pertama. (Mereka mengadakan tiga shift solat raya, 8.30am, 9.30am dan 10.30am). Kami pulang rumah sahaja sementara menantikan waktu bagi solat shift yang kedua. Kemudiannya sang suami sahaja yang pergi masjid kerana wanita tidak dibenarkan menunaikan solat di masjid mereka. LELAKI semata-mata. Khutbah raya telah disampaikan dengan bahasa Urdu dan tiada translasi. Unik!

Petang raya: Berkunjung ke rumah rakan ahli keluarga. Meluangkan raya bersama beberapa keluarga Mesia dan Indonesia di bandar lain.

Raya kedua: Berkunjung ke open house di London. Pelbagai juadah dan RAMAIIIII sangat orang. Penat nak berebut nak ambil makanan. Phewwww. Maka tidak sempat mengambil gambar kerana sibuk berebut makanan. Haha. Melampau statement.
Lewat petang pula, sepulangan kami dari London, kami dijemput pula untuk beraya di rumah rakan makcik di bandar lain pula. Dihidangkan dengan biskut2 raya Mesia, oh enak sekali, puassss.

Raya ketiga: Pulang ke kampung Bangor. Berehat untuk hari-hari sekolah pula. Puassss.

p/s: Tak habis2 sang isteri cerita pasal raya. Harap bersabar yer tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Ini entry terakhir mengenai raya. Hek!

Juadah raya

Ahli keluarga

Ahli keluarga

Lama dah rindu

Budak ni ketap bibir sebab geramkan saya

Kami beraya bersama mereka

Kami beraya bersama mereka juga pada raya dua

Pengertian raya bagi anak-anak

Alamak! Baju raya saya. ;P


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...