Wednesday, 1 September 2010

Cuba jadi malas

Hari ini saya malas memasak. Tiap hari saya cakap saya malas dan tidak akan memasak, tapi bila menjelang hampir waktu berbuka, saya masak beriya-riya juga. Banyak juga makanan left-over yang disimpan dalam peti sejuk. Jadinya, hari ini ingin menghabiskan stok makanan yang saki-baki di dalam peti sejuk. Nak habiskan juga!! Tapi, nak buat dessert sahaja. Masak juga. Eh, buat trifle tak dikira memasak kan? Ianya dikira susun2, tuang2 saja.

Alhamdulillah, proses pemindahan ke rumah baru telah selesai sepenuhnya. Rumah baru sudah dikemas, rumah lama sudah digilap, dicuci, dibersih sebersih-bersihnya. Gunalah Dettol Mould and Mildew Remover untuk menghilangkan kesan kulat yang baru mahupun yang lama.


Kini, kami cuma menunggu hari untuk berjumpa dengan pihak agen rumah sewa lama bagi menyelesaikan prosedur terakhir, iaitu proses pemeriksaan, penyerahan kunci dan penerimaan wang deposit (jika pihaknya berpuas hati dengan tahap kebersihan).

Pagi ini saya jalan kaki ke sekolah dari rumah. :D Suka sangat. Hari cerah, suasana cantik, suhu best, Subhanallah. 9 min sahaja jarak dari rumah kami ke sekolah saya.

Jom lihat pemandangan laut (Me*nai Straits) dari tingkap ruang tamu kami.. Kami suka sangat!

Di suatu pagi



3 comments:

A.k.i.r.a ~ c.h.a.n said...

kak fara letakla lagi gamba rumah sewa baru..nak tengok!

:)

Hanis MY said...

lawanya rumah baru..i likee.. letak gambar lg k..nk tgkkk..

fara said...

hehe. tak sabo yer. yep2, coming.next entry!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...